Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

SISWA SISWI KINI BOLEH BELI KERETA

on 11 October 2012


SISWA SISWI KINI BOLEH BELI KERETA - Pelajar tahun akhir institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta kini berpeluang membeli kereta keluaran PERODUA dengan bayaran serendah RM 299 sebulan.

Tawaran itu diberikan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) yang juga pengeluar kereta nasional kedua, menerusi program pemilikan kereta terbarunya iaitu ‘What's Up Graduates’. Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata program itu adalah inisiatif PERODUA untuk memberi peluang kepada kumpulan pelajar tahun akhir memiliki kenderaan sendiri tanpa bayaran pendahuluan.

Katanya, tawaran itu terbuka untuk model Viva dan MyVi yang bermula semalam dan akan berakhir 31 Mac 2013.

Pelajar hanya perlu menunjukkan kad pelajar dan membawa seorang penjamin bagi memohon tawaran berkenaan ketika melaksanakan urusan jual beli kenderaan di semua cawangan PERODUA.

“Program ini ditawarkan kepada pelajar tahun akhir hanya untuk tempoh bayaran bulanan bagi tahun pertama saja, sebab mereka ini bakal memasuki alam pekerjaan sementara gaji pula masih kecil.

“Selepas tahun pertama, bayaran bagi tempoh seterusnya akan beransur-ansur meningkat dari tahun ke tahun sehinggalah habis tempoh pinjaman, sejajar dengan kenaikan gaji mereka,” katanya.

Selain pembelian kereta, Aminar Rashid berkata, kumpulan pelajar itu juga akan menerima perlindungan insurans kemalangan bernilai RM20,000 secara percuma, di samping diskaun 50 peratus bagi servis asas di semua pusat servis PERODUA di seluruh negara.
Ranking: 5

{ 2 ong gedek gedek... read them below or add one }

Anonymous said...

masih belum mampu utk beli....ahahaa


11 October 2012 at 12:09
Unknown said...

masih setia ngan keta kecik remy tu.....


11 October 2012 at 19:15
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved