Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

TELEVISYEN DADAH

on 1 November 2012


TELEVISYEN DADAH - Tipu daya seorang ‘keldai dadah’ yang menyorok dadah di dalam televisyen terbongkar apabila rumahnya diserbu dalam operasi sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di sebuah pangsapuri di Bayu Perdana, di sini, Ahad lalu.

Dalam serbuan kira-kira jam 10.30 pagi itu, lelaki berusia 53 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu ditahan di rumahnya ketika sedang berehat seorang diri, manakala isterinya tiada di rumah.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusof berkata, hasil maklumat awam, polis melakukan serbuan di rumah suspek sebelum menjumpai sebuah televisyen 29 inci di atas lantai dalam bilik ketiga rumah berkenaan.

Katanya, pemeriksaan ke atas televisyen berkenaan polis menemui satu plastik putih mengandungi empat sampul surat coklat.

“Sampul surat berkenaan dililit menggunakan pita pelekat dan apabila dibuka polis dapati ia mengandungi dadah disyaki jenis heroin seberat 2.2 kilogram (kg) bernilai hampir RM150,000.

“Siasatan lanjut terhadap suspek mendapati dia mempunyai satu jenayah iaitu penipuan di Banting pada 1992,” katanya, di sini, semalam.

Mohamad berkata, polis percaya suspek menyimpan dadah berkenaan sejak enam bulan lalu sebelum dihantar ke luar negara dengan upah sebanyak RM10,000.

Katanya, suspek memperoleh bekalan dadah berkenaan daripada seorang lelaki warga Nigeria yang kini sedang diburu polis.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan di Jalan Labu, Pandamaran, di sini pada jam 4.30 petang kelmarin, polis menahan seorang lelaki berusia 34 tahun kerana dipercayai memiliki dadah jenis ganja.

Mohamad berkata, hasil pemeriksaan badan terhadap suspek, polis menjumpai satu peket plastik lutsinar dipercayai mengandungi dadah jenis ganja seberat 3.35 gram.

“Suspek kemudian membawa polis ke tempat simpanan dadah di sebuah almari pakaian dalam bilik ketiga rumah berkenaan,” katanya.

NERAKA 100 KM


NERAKA 100 KM | Isu Semasa - “Aku nak kereta, kalau tak aku tembak!,” kata seorang penjenayah paling dikehendaki polis sambil mengacukan pistol di leher Siti Norhafizah Omar, 27, sebelum melarikan kereta Perodua Myvi bersama anak lelakinya berusia setahun lima bulan dalam kejadian berhampiran Masjid Kampung Paloh, Gua Musang, awal pagi semalam.

Penjenayah itu, Zawa Abdul Halim, 34, dalam buruan polis berkaitan kejadian tembak di Paloh, kelmarin dan beberapa jam kemudian dia ditembak mati selepas berbalas tembakan dengan anggota polis di Kilometer 45, Kampung Kemuning, di sini, jam 7.30 pagi semalam.

Biarpun dilarikan 100 kilometer (km) dan berada dalam kereta ketika berlaku kejadian berbalas tembakan, anak Siti Norhafizah, Mohd Haikal Harraz Hasrizal terselamat tanpa kecederaan.

Selepas dikejar polis, Zawa yang terbabit samun, curi kereta, pecah rumah dan pengedaran dadah, terbabas apabila Perodua Myvi dicurinya itu terlanggar pembahagi jalan.

Bagaimanapun, ketika keluar dari kereta dia melepaskan beberapa das tembakan ke arah sekumpulan anggota polis dan satu daripadanya mengenai tangan dan rusuk kanan Koperal Mat Raduan Mat Hassan, 50, yang kemudian dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

BOS KENA KELENTONG RM 500 000


BOS KENA KELENTONG RM 500 000 - Dek terlalu percayakan kakitangannya yang konon mampu mengubati isterinya yang menderita penyakit misteri, seorang pengurus bank kerugian lebih RM500,000 termasuk wang tunai lebih RM300,000, barang kemas, sebuah kereta dan dua ekar tanah di Kampung Inas, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Mangsa berusia 51 tahun itu meminta bantuan kakitangannya itu yang berusia 30-an untuk mengubati isterinya yang mengalami kemurungan sejak Ogos lalu selepas diberitahu isteri kakitangannya itu seorang pengamal perubatan tradisional serta mengikut cara Islam.

Sumber polis berkata, selepas mangsa membawa isterinya yang berusia 40-an berjumpa isteri kakitangannya itu, dia diberitahu rawatan akan dilakukan secara ghaib, termasuk berhubung terus dengan Allah,” katanya.

Menurutnya, sejak berkenalan buat kali pertama, mangsa bagaikan dipukau dan menuruti setiap permintaan pasangan suami isteri itu.

Katanya, mereka juga memaklumkan jumlah bayaran bakal meningkat sekiranya tahap penyakit dialami isteri mangsa berada pada tahap kritikal.

GAMBAR MESRA TIZ ZAQYAH DAN REMY ISHAK DI LONDON

on 31 October 2012

GAMBAR MESRA TIZ ZAQYAH DAN REMY ISHAK DI LONDON | Gambar Artis - Tiz Zaqyah dan Remy Ishak telah terbang ke kota London untuk merakamkan drama bersiri 26 episod arahan Khabir Bhatia bersama krew penggambaran

Drama bersiri berjudul Cinta Jangan Pergi itu bakal ke’udara di TV9 apabila siap sepenuhnya nanti dan mereka berada di kota London selama 20 hari bermula 18 Oktober lalu.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved