Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

TELEVISYEN DADAH

on 1 November 2012


TELEVISYEN DADAH - Tipu daya seorang ‘keldai dadah’ yang menyorok dadah di dalam televisyen terbongkar apabila rumahnya diserbu dalam operasi sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di sebuah pangsapuri di Bayu Perdana, di sini, Ahad lalu.

Dalam serbuan kira-kira jam 10.30 pagi itu, lelaki berusia 53 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu ditahan di rumahnya ketika sedang berehat seorang diri, manakala isterinya tiada di rumah.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusof berkata, hasil maklumat awam, polis melakukan serbuan di rumah suspek sebelum menjumpai sebuah televisyen 29 inci di atas lantai dalam bilik ketiga rumah berkenaan.

Katanya, pemeriksaan ke atas televisyen berkenaan polis menemui satu plastik putih mengandungi empat sampul surat coklat.

“Sampul surat berkenaan dililit menggunakan pita pelekat dan apabila dibuka polis dapati ia mengandungi dadah disyaki jenis heroin seberat 2.2 kilogram (kg) bernilai hampir RM150,000.

“Siasatan lanjut terhadap suspek mendapati dia mempunyai satu jenayah iaitu penipuan di Banting pada 1992,” katanya, di sini, semalam.

Mohamad berkata, polis percaya suspek menyimpan dadah berkenaan sejak enam bulan lalu sebelum dihantar ke luar negara dengan upah sebanyak RM10,000.

Katanya, suspek memperoleh bekalan dadah berkenaan daripada seorang lelaki warga Nigeria yang kini sedang diburu polis.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan di Jalan Labu, Pandamaran, di sini pada jam 4.30 petang kelmarin, polis menahan seorang lelaki berusia 34 tahun kerana dipercayai memiliki dadah jenis ganja.

Mohamad berkata, hasil pemeriksaan badan terhadap suspek, polis menjumpai satu peket plastik lutsinar dipercayai mengandungi dadah jenis ganja seberat 3.35 gram.

“Suspek kemudian membawa polis ke tempat simpanan dadah di sebuah almari pakaian dalam bilik ketiga rumah berkenaan,” katanya.
Ranking: 5

{ 4 ong gedek gedek... read them below or add one }

ct cheery said...

macam2x cara kan?


1 November 2012 at 12:59
Diari Si Froggie said...

betapa kreatifnya depa.. haha. sampai sanggup buat cenggitu. hish3


1 November 2012 at 14:00
Unknown said...

macam2 cara depa nak seludup dadah nie.....


1 November 2012 at 16:47
♥ Nana BamBam ♥ said...

tp yang pelik nye macam mana polis dapat kesan ek? kat tv pon depa boleh simpan dadah...trick yg bagus tapi kantoi gak..kahkah


2 November 2012 at 00:36
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved