Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Gempar! Akaun Kewangan Negara Kini Sudah Tenat???

on 16 May 2012

Semalam 14 hb Mei 2012, Sk menghadiri satu mesyuarat jabatan di Ibu Negara Kuala Lumpur. Kebiasaannya mesyuarat ini di pengerusikan oleh seorang ketua jabatan yang sebelah paginya membincangkan mengenai kerja-kerja teknikal projek itu dan projek ini, projek-projek pembangunan yang dilaksanakan adalah diseluruh negeri tanah air. Suasana mesyuarat berjalan dengan selesa dan baik.

Selesai waktu rehat sekitar jam 1.30 hari disusuli pulak mesyuarat kedua disebelah petang mengenai peruntukan kewangan mengurus negeri. Mesyuarat ini agak panas apabila pengerusi mengajukan pelbagai soalan kepada ahli-ahli mesyuarat mengenai peruntukan yang diberikan tapi masih lagi tidak dibelanjakan. Soalan yang diajukan oleh pengerusi kebanyakan dapat dijawab dan dapat diselesaikan namun ada juga beberapa waran peruntukan yang diberikan masih tidak dibelanjakan oleh negeri masing-masing dan peruntukan tersebut terpaksalah ditarik balik.

Dalam kerancakkan perbincangan dan kehangatan pelbagai isu yang dibangkitkan, tiba-tiba pengerusi ada menyebut :

“tahukah kamu semua, MOF (Kementerian Kewangan) kini tenat” ketika itu semua terdiam seketika.

“Saya bersusah payah turun naik MOF untuk memohon peruntukan yang kamu semua mohon tapi bila dapat kamu tidak belanjakan”.

Untuk makluman semua, peruntukan yang diterima oleh suatu agensi kerajaan perlulah dibelanjakan semaksima yang boleh pada perkara yang perlu. Kepada mereka dikalangan kakitangan kerajaan memang dah maklum perkara ini.

“Kamu semua tahu tak, sekarang ni kerajaan pusat dah tak ada duit untuk belanja. Saya di maklumkan kementerian dah ambil langkah untuk menggadaikan tanah negara semata-semata nak tampung belanja, saya sebenarnya dah takut bila pegawai kementerian bagitau benda ni” ujar pengerusi tersebut.

“Apa yang PM umum untuk bagi tu bagi ni semuanya umum sahaja. Lepas pilihanraya ni kita akan lagi akan teruk sebab kerajaan tak ada duit. Mungkin permohonan bajet kita lepas ni tidak akan dapat sebanyak sekarang, saya dah bocor rahsia hari ni, tapi tak apa lah” sambungnya sambil meneruskan agenda mesyuarat sehingga selesai.

Apa yang di dedahkan oleh ketua jabatan itu sebenarnya memang benar. Kalau sebelum ini sudah banyak kali ahli politik pembangkang mengungkitkan perkara ini di setiap program ceramah-ceramah Pakatan rakyat. Sudah berbuih mulut ahli politik menerangkan tindakan menggadai tanah rizab negara oleh PM Najib selaku Menteri yang bertanggungjawab keatas Kementerian Kewangan sekarang. Kalau rakyat tak nak percaya maklumat yang disampaikan oleh golongan politik tak apa, tapi maklumat yang disampaikan sendiri oleh pegawai berkaitan adakah kita tak nak percaya? Adakah nak tunggu negara kita tergadai dan merempat barulah kita percaya. Nasi sudah menjadi bubur.

Sikap berbelanja boros, penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa menteri yang bertanggungjawab ini adalah faktor utama sehingga menyebabkan akaun negara berada dikedudukan yang amat tenat. Pemberian BR1M, Bonus tahunan atau imbuhan untuk warga FELDA RM15,000.00 yang sepatutnya untuk hujung tahun dan bermacam-macam lagi imbuhan, semua ini adalah umpan cacing yang akan dicangkuk di mata kail.

Walaupun Ketua Jabatan tersebut tidak menceritakan tanah kawasan mana yang menjadi mangsa kerakusan Menteri Kewangan ini dan Jika ditakdirkan kerajaan tidak dapat menebus kembali tanah yang dipajakgadai tersebut, apa akan terjadi seterusnya kepada negara kita?

 

Ranking: 5

{ 8 ong gedek gedek... read them below or add one }

Unknown said...

baca pun dah rasa tenat,..... tak tahu lah apa yg nak jadi lepas nie.....
takut menang sorak kampung tergadai.....


16 May 2012 at 18:10
saiful azli said...

rasanya korang pun tahu tanah yang mana satu............ tanah yang diusahakan oleh satu syarikat GLC yang sekarang ni beria-ia benar hendak disenaraikan di FBM KLCI


17 May 2012 at 08:16
Anonymous said...

sebutla nama pegawai tu abang aku kerja kat mof tu cakap jangan percaya
ini fitnah dari pembangkang


17 May 2012 at 23:17
Anonymous said...

hahahaha ...penfitnah mereka cerita komik siot ..hehehe


17 May 2012 at 23:29
Anonymous said...

nak percaya susah xnak percaya pun payah....sebab klu dikira logik akal..mana mungkin, kerajaan yg tenat dapat membelanjakan berpuluh2 bilion tiap2 bulan dan paling membanggakan negara luar sentiasa memberi kepercayaan utk menabur duit di negara ini...org yg berjalan diatas jln yg baik takkan berterima kasih pada pmbuat jln tp jika anda jatuh kerana adanya lubang di jalan anda akan terus persalahkan org yg membuat jln tersebut....kenapa??? fikirkan


18 May 2012 at 09:16
Anonymous said...

Memang betul, apa yang pengerusi tu cakap, saya pun kerja buat kewangan, sebab itu, kursus-kursus kebanyakannya diadakan di tempat kerja, pemotongan peruntukan kewangan di setiap jabatan kerajaan sejak Najib jadi P.M. Setiap 3 bulan sekali, saya perlu hantar laporan kewangan ke Putrajaya, bagitau berapa yang sudah dibelanja, dan berapa lagi yang tinggal. kalau ikutkan zaman Pak Lah, tak kena bagitau dekat hujung tahun je.


18 May 2012 at 12:03
Anonymous said...

huhuhu...rekod cmrlg sblm2 nh pnh & mang ubn yg pegg bb2 cmnh..korg xpyh riso r..ubn juara gdai hrte ngra..tpm yg duk ad skrg dulu pn pnh wt keje pro cmnh time jd mb johor..xpsl2 org selatan johor menanggung bahana..kononnye ats dsr pbgunn..tapi tetp setia gk pgkh dacing..xpela,pasnh 1 malaysia lak kene gdai kalo perlu...pru13 nh bg la ag ubn meng,perinth negara...hanya ubn je reti perinth negara..org len xbleh...insfla sgt..da dpt kuasa,xde nk g jmpe rkyt..ble da lemh,reti plak nk merayu..owh,pendidikn percuma xleh bg kt ktorg..duit rakyat rm250 juta bkn men seng korg rembt beli kondo,mkn angin same sndri...ak pn rase xsbr 1st time vote nh..nk pgkh dacing..opppsss,terbagitau plak...hahahahahaha


19 May 2012 at 07:47
Anonymous said...

Ala. apa susah.. kalo duit abis pon.. AnuWar Brahim kan ramai konco2 yahidu IMF.. ingat x tahun 1998.. Dia n penjilat2 setianya buat demonstrasi mendesak kerajaan ambil bantuan IMF?? Ini Adalah fakta..
Tapi Kalo setakat post sampah yang macam ni.. takde fakta, n bukti.. budak darjah 5 pon pandai karang..


19 May 2012 at 10:17
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved