KATE MOSS BENCIKAN PAYUDRANYA KETIKA KECIL - Sebagai seorang ikon yang dikenali dalam dunia fesyen, kelibat Kate
Moss melewati pentas peragaan sering mendapat perhatian semenjak dua
dekad yang lalu. Namun begitu tidak ramai yang tahu mengenai satu
perkara yang sering menghantui dirinya dan kini ia sudah diketahui umum.
Ketika mula memasuki kancah dunia fesyen di usia yang masih muda, Kate
yang kini 38, menyatakan perasaan benci dan jeleknya apabila disuruh
bergambar telanjang dada. "Saya bencikan payudara saya lebih daripada
segalanya.
"Saya akan buat segalanya supaya tidak perlu menanggalkan baju saya," ata model tersebut merujuk kepada waktu dia masih remaja.
"Setelah memahami, foto sedemikian(separa bogel) mendapat perhatian,
saya akur. Tetapi sebelum itu saya menangis bertahun-tahun,"ujarnya
lagi.
Hal ini sampai ke pengetahuan umum setelah supermodel ini menceritakan
kisah perjalanan hidupnya sebagai model di dalam buku tulisannya, Kate:
The Kate Moss Book melalui temubual yang dibuat terhadapnya.
Ketika dia mula mengenali dunia modeling, Kate yang tinggal di Croydon
telah mengejutkan ibunya dengan mengenakan skirt mini, t-shirt dan
sepatu Vivienne Westwood yang ketika itu dikenali dengan nama 'kasut
pelacur' untuk keluar berparti di usia 15 tahun.
Dia juga berkongsi pengalaman pertama kali bertemu dan berada di
kalangan selebriti seperti Boy George, Kylie Minogue dan John Galliano.
Di usia 16 tahun dengan ketinggian 5 kaki 6 inci, Kate telah berjaya
menghiasi sebuah kulit majalah hip ketika itu, The Face dengan
penggambaran berjudul The 3
rd Summer of Love. Mendapat perhatian, dia menerima tawaran Calvin Klein dan terus bermula dengan 8 pertunjukkan fesyen sehari.
Setelah dilaporkan memiliki kekayaan berjumlah 48 juta Pound Sterling,
wanita ini mula melihat kulit dan tubuh badannya dari sudut yang
berbeza.
"Buat apa ingin kembali menjadi gadis 18 tahun kalau saya masih boleh
beraksi tanpa perlu mengenakan sebarang make-up. Tetapi tidak bermaksud
saya menolak proses penuaan seperti kedutan kerana ia penting untuk kita
memiliki muka yang menunjukkan diri kita sebenar.
"Walaupun pelbagai perkara boleh dilakukan untuk mengaburi apa sahaja
yang asli, saya belum puas menikmati apa yang ada sekarang,"tambahnya
lagi. Kate juga menyentuh isu yang melibatkan kehidupan peribadinya dan
juga diet yang sebelum ini telah membuatkan dia tidak gembira.
Dia juga pernah dikritik oleh Presiden US ketika itu, Bill Clinton yang mengatakan dia seorang yang anoreksia pada 1993.
"Kalau saya seorang anoreksia mahupun dibawah pengaruh heroin, pasti
saya akan berkelakuan ganjil. Tetapi saya seperti apa yang mereka
katakan itu. Tidak ada apa yang mahu saya perkatakan mengenai diri saya
yang dahulu. Bagi saya siapa yang mengenali diri saya, mereka akan tahu
perkara sebenar.
"Saya beruntung kerana pernah bersama dengan Johnny (Depp) pada suatu
ketika itu. Dia mengajar saya mengenai dunia glamor. Ucapnya 'never
complain, never explain' (usah mengeluh, usah jelaskan).
"Kerana itu saya tidak gunakan medium seperti Twitter dan perkara
seumpamanya. Saya tidak mahu orang mengetahui apa yang tidak perlu
mereka tahu dan itulah yang menjadikan ia lebih 'misteri',"tambahnya
lagi.