Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

SHERA AIYOB KINI DISAHKAN HAMIL

on 9 November 2012

SHERA AIYOB KINI DISAHKAN HAMIL | Berita Artis - Isteri kepada pelakon hebat Zahiril Adzim, Shera Aiyob telah berkongsi berita kehamilannya di laman Twitter miliknya.

WANITA PALING KOTOR DI DUNIA


WANITA PALING KOTOR DI DUNIA - Wanita ini memang sangat cantik dan menawan namun pasti anda semua akan tawar hati ingin mengorat apabila .........

NENEK RM 10 JUTA TUMPAS


NENEK RM 10 JUTA TUMPAS - Seorang nenek berusia 61 tahun yang sering berhijrah bagi menyembunyikan diri selepas disyaki terbabit dalam penipuan pelaburan dana korporat bernilai RM10 juta ditahan di sebuah kondominium di Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang Jaya kelmarin.

Serbuan dilakukan sepasukan polis Bahagian Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, kira-kira jam 1 tengah hari hasil risikan yang dibuat sejak Ogos lalu.

Timbalan Pengarah II, JSJK Bukit Aman, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof berkata, hanya wanita itu ditahan untuk siasatan lanjut manakala ahli keluarganya yang lain tidak ditahan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati wanita warga emas itu tinggal menyewa di kondominium berkenaan sejak tiga bulan lalu dan dia direman sehingga esok.

BUAT DUIT SENDIRI, 6 BERANAK DIBURU GUNA WANG PALSU


BUAT DUIT SENDIRI, 6 BERANAK DIBURU GUNA WANG PALSU - Polis sedang memburu enam beranak kerana disyaki menggunakan wang palsu untuk membeli-belah dan menjamu selera di sebuah pusat beli-belah di sini tanpa menyedari gerak geri mereka dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Kejadian berlaku Isnin lalu dan enam beranak itu membabitkan seorang lelaki, dua perempuan dewasa selain dua kanak-kanak serta seorang bayi.

Mereka dikatakan berlagak seperti satu keluarga sedang bercuti dan berkunjung ke pusat beli-belah berkenaan untuk berbelanja di sekurang-kurangnya tiga kedai.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Asisten Komisioner Nor Hashim Mohamad berkata, ketika berurusan petugas di beberapa kedai didatangi enam beranak itu tidak menyedari pembayaran dilakukan menggunakan wang palsu.

“Hasil siasatan mendapati keluarga terbabit membuat pembayaran menggunakan wang palsu di tiga kedai di kompleks itu. Wang palsu yang mereka gunakan hampir menyamai wang kertas tulen berdasarkan warna, kualiti kertas dan ciri keselamatan lain seperti pelekat bersinar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved