Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

NENEK RM 10 JUTA TUMPAS

on 9 November 2012


NENEK RM 10 JUTA TUMPAS - Seorang nenek berusia 61 tahun yang sering berhijrah bagi menyembunyikan diri selepas disyaki terbabit dalam penipuan pelaburan dana korporat bernilai RM10 juta ditahan di sebuah kondominium di Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang Jaya kelmarin.

Serbuan dilakukan sepasukan polis Bahagian Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, kira-kira jam 1 tengah hari hasil risikan yang dibuat sejak Ogos lalu.

Timbalan Pengarah II, JSJK Bukit Aman, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof berkata, hanya wanita itu ditahan untuk siasatan lanjut manakala ahli keluarganya yang lain tidak ditahan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati wanita warga emas itu tinggal menyewa di kondominium berkenaan sejak tiga bulan lalu dan dia direman sehingga esok.
Ranking: 5

{ 4 ong gedek gedek... read them below or add one }

Nyue said...

nenek tu.... ishh2...


9 November 2012 at 09:49
Jahirah said...

nenek2....dasat tu...


9 November 2012 at 09:50
Unknown said...

ha ha ha hebat sungguh aku kan Katak comel?? >..<


9 November 2012 at 09:55
Unknown said...

tua2 pun masih nak menipu..... dunia2.....


9 November 2012 at 10:44
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved