Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

BUAT DUIT SENDIRI, 6 BERANAK DIBURU GUNA WANG PALSU

on 9 November 2012


BUAT DUIT SENDIRI, 6 BERANAK DIBURU GUNA WANG PALSU - Polis sedang memburu enam beranak kerana disyaki menggunakan wang palsu untuk membeli-belah dan menjamu selera di sebuah pusat beli-belah di sini tanpa menyedari gerak geri mereka dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Kejadian berlaku Isnin lalu dan enam beranak itu membabitkan seorang lelaki, dua perempuan dewasa selain dua kanak-kanak serta seorang bayi.

Mereka dikatakan berlagak seperti satu keluarga sedang bercuti dan berkunjung ke pusat beli-belah berkenaan untuk berbelanja di sekurang-kurangnya tiga kedai.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Asisten Komisioner Nor Hashim Mohamad berkata, ketika berurusan petugas di beberapa kedai didatangi enam beranak itu tidak menyedari pembayaran dilakukan menggunakan wang palsu.

“Hasil siasatan mendapati keluarga terbabit membuat pembayaran menggunakan wang palsu di tiga kedai di kompleks itu. Wang palsu yang mereka gunakan hampir menyamai wang kertas tulen berdasarkan warna, kualiti kertas dan ciri keselamatan lain seperti pelekat bersinar.
Ranking: 5

{ 2 ong gedek gedek... read them below or add one }

Remy hazza said...

macam2 ragam org sekarang nie....


9 November 2012 at 10:45
♥ Nana BamBam ♥ said...

sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah jua..\


tunggu dan lihat sjaa la..


9 November 2012 at 19:51
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved