PAM BAYI DALAM TANDAS - Seorang wanita bertindak di luar batasan apabila dipercayai mengepam
bayi yang baru dilahirkannya ke dalam tandas di sebuah hotel di Jalan
Macalister, di sini, kelmarin.
Bagaimanapun, wanita terbabit tidak menyedari imejnya ketika
berlegar-legar di kawasan hotel itu sebelum masuk ke tandas berkenaan
dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
Melalui rakaman CCTV, wanita berusia 20-an terbabit dilihat
menuju ke tandas hotel kira-kira jam 7 malam, tetapi kejadian berkenaan
hanya disedari beberapa jam selepas itu ketika seorang pekerja pencuci
membersihkan tandas.
Pekerja itu yang takut
selepas melihat titisan darah pada mangkuk tandas dan lantai terus
memaklumkan kejadian itu kepada pengurusan hotel.
“Pihak pengurusan hotel terbabit kemudian melaporkan kejadian
itu kepada polis dan susulan daripada itu, sepasukan anggota penyiasat
dan juga unit forensik bergegas ke lokasi kejadian.