Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

PAM BAYI DALAM TANDAS

on 15 November 2012


PAM BAYI DALAM TANDAS - Seorang wanita bertindak di luar batasan apabila dipercayai mengepam bayi yang baru dilahirkannya ke dalam tandas di sebuah hotel di Jalan Macalister, di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, wanita terbabit tidak menyedari imejnya ketika berlegar-legar di kawasan hotel itu sebelum masuk ke tandas berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Melalui rakaman CCTV, wanita berusia 20-an terbabit dilihat menuju ke tandas hotel kira-kira jam 7 malam, tetapi kejadian berkenaan hanya disedari beberapa jam selepas itu ketika seorang pekerja pencuci membersihkan tandas.

Pekerja itu yang takut selepas melihat titisan darah pada mangkuk tandas dan lantai terus memaklumkan kejadian itu kepada pengurusan hotel.

“Pihak pengurusan hotel terbabit kemudian melaporkan kejadian itu kepada polis dan susulan daripada itu, sepasukan anggota penyiasat dan juga unit forensik bergegas ke lokasi kejadian.
Ranking: 5

{ 1 ong gedek gedek... read them below or add one }

Unknown said...

kejam sungguh...... tunggulah balasan Allah nanti......


15 November 2012 at 16:53
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved