Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

SUMPAH ARIEL SHARON PADA WARGA PALESTIN

on 26 November 2012


SUMPAH ARIEL SHARON PADA WARGA PALESTIN - "Saya bersumpah, saya akan bakar setiap bayi baru yang dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan..."

Inilah sumpah janji Ariel Sharon pada 1956. Daripada ucapannya ini, tahulah kita kenapa Israel sehingga hari ini sengaja mensasarkan roketnya ke arah penempatan padat di Palestin. Tujuannya, mahu menunaikan sumpah Ariel Sharon. Menghapuskan pewaris di bumi Palestin.

Bagi Israel, ancaman kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding pemuda dewasa. Betapa tidak, di usia masih muda, kanak-kanak Palestin sudah ramai mampu menghafal al-Quran. Perkara ini menjadi momok luar biasa menakutkan Israel. Mereka menilai kanak-kanak generasi penerus perjuangan Palestin yang akan menentang berdirinya negara Zionis Israel.

“Tidak sempurna iman seseorang di antara kalian sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.” (H.R Bukhari dan Muslim).

Bagi umat Islam, antara sesama Muslim ibarat satu tubuh. Jika satu disakiti, maka yang lain juga menderita. Dan bagi sesama manusia pula, tidak kira bangsa dan agama, jika ada nilai kemanusiaan yang tulen, derita orang lain, setidaknya ada rasa kasihan terdetik di jiwa.

Jadi, sudah tentu menjadi kewajiban kita semua membantu segenap warga Palestin yang ditimpa musibah dan bencana akibat sumpah kerakusan Zionis Israel yang mahu melenyapkan anak-anak Palestin di negara kiblat pertama itu.

NABIL RAJA LAWAK TERKEJUT BAYI PEREMPUAN LAHIR AWAL TIGA MINGGU


NABIL RAJA LAWAK TERKEJUT BAYI PEREMPUAN LAHIR AWAL TIGA MINGGU - Pengacara dan pelawak tersohor tanah air, Nabil Ahmad mengakui terkejut menyambut kelahiran anak perempuannya pada pagi Ahad yang dilahirkan lebih awal daripada jangkaan.

Nabil, 29, berkata, perasaan itu wujud kerana anak yang masih belum diberikan nama itu dilahirkan tiga minggu lebih awal dari tarikh jangkaan isterinya Nazirah Ayub, 24, bersalin iaitu pada pertengahan Disember depan.

Menurutnya, anak sulungnya itu selamat dilahirkan pada pukul 8.40 pagi menerusi pembedahan Caesarean di sebuah klinik di Shah Alam, dekat sini selepas isterinya mengadu kesakitan pada sekitar pukul 3 pagi Ahad.

“Sebenarnya, saya masih terkejut dan rasa hendak menangis kerana tidak jangka dia (isteri) akan bersalin secepat ini. Kalau mengikut perkiraan dia dijangka bersalin dalam tempoh tiga minggu lalu.

“Memandangkan kelahiran ini berlaku secara mengejut, saya masih belum sempat ambil cuti kerana ikut perancangan saya akan mula bercuti pada Disember nanti,” katanya.

Pengacara program MeleTop itu berkata, dia berasa gembira dengan kelahiran itu turut mengakui debaran untuk menjalani fasa baru kehidupan sebagai seorang bapa.


“Saya bersyukur dan gembira kerana semuanya selamat dan terkawal. Namun, saya juga berasa gementar dan berdebar untuk bergelar bapa.

“InsyaAllah, saya akan menyesuaikan diri secara perlahan-lahan. Yang penting, isteri dan bayi berada dalam keadaan selamat dan sihat,” luahnya.

Ditanya mengenai nama pilihan untuk anak perempuan itu, Nabil berkata, dia dan isteri masih belum menetapkan sebarang nama pada waktu ini kerana kelahiran yang berlaku secara mengejut.

“Kami belum ada pilihan nama untuk anak ini lagi kerana tidak sangka kelahiran berlaku terlalu awal. Kalau ikutkan, kami memang buat persiapan untuk bulan depan.

“Kalau hendak tahu, saya dan isteri baru sahaja membeli buku panduan nama-nama Islam ketika kami keluar bersama pada malam tadi (malam Sabtu).

“Belum sempat pun saya selak nama-nama yang sesuai, anak sudah lahir. Tunggulah sehari dua lagi baru saya akan berikan nama,” kongsinya.

AURA APEK, PENJENAYAH SERAH DIRI LEPAS BERGAMBAR


AURA APEK, PENJENAYAH SERAH DIRI LEPAS BERGAMBAR - Teruja dengan kehadiran pelakon dan pelawak terkenal tanah air, Saiful Apek dalam operasi sekatan jalan raya, seorang lelaki yang diburu polis rela menyerah diri selepas hasratnya merakamkan gambar dengan artis idolanya itu tertunai.

Lelaki itu menunggang motosikal dan lalu di kawasan sekatan jalan raya di Jalan Bukit Mertajam jam 12.30 tengah malam Khamis lalu.

Ketika itu polis melakukan Operasi Bayan (Ops Bayan) dan program Kepolisan Berprofil Tinggi (HPP) membabitkan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 2, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang.

Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 43, berkata, ketika lelaki itu memberhentikan motosikal dia menyerahkan kepadanya risalah pencegahan jenayah yang tertera tandatangannya sempena program terbabit.

Menurutnya, lelaki itu kemudian turun dari motosikalnya dan meminta izin untuk bergambar bersama-sama sebelum membuat pengakuan dia suspek kes jenayah yang dikehendaki polis.

KEPUTUSAN MALAYSIA VS SINGAPURA 25 NOVEMBER 2012 PIALA AFF SUZUKI 2012

on 25 November 2012


Satu perlawanan yang sangat dinantikan bagi peminat Harimau Malaya. Ini adalah perlawanan pertama dalam Piala AFF Suzuki 2012 bagi skuad kendalian K Rajagobal. Keputusan bagi perlawanan Malaysia menentang Singapura adalah seperti berikut.

MALAYSIA VS SINGAPURA
0-3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved