Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

AURA APEK, PENJENAYAH SERAH DIRI LEPAS BERGAMBAR

on 26 November 2012


AURA APEK, PENJENAYAH SERAH DIRI LEPAS BERGAMBAR - Teruja dengan kehadiran pelakon dan pelawak terkenal tanah air, Saiful Apek dalam operasi sekatan jalan raya, seorang lelaki yang diburu polis rela menyerah diri selepas hasratnya merakamkan gambar dengan artis idolanya itu tertunai.

Lelaki itu menunggang motosikal dan lalu di kawasan sekatan jalan raya di Jalan Bukit Mertajam jam 12.30 tengah malam Khamis lalu.

Ketika itu polis melakukan Operasi Bayan (Ops Bayan) dan program Kepolisan Berprofil Tinggi (HPP) membabitkan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 2, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang.

Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 43, berkata, ketika lelaki itu memberhentikan motosikal dia menyerahkan kepadanya risalah pencegahan jenayah yang tertera tandatangannya sempena program terbabit.

Menurutnya, lelaki itu kemudian turun dari motosikalnya dan meminta izin untuk bergambar bersama-sama sebelum membuat pengakuan dia suspek kes jenayah yang dikehendaki polis.
Ranking: 5

{ 1 ong gedek gedek... read them below or add one }

Remy hazza said...

macam tu pun boleh...senang ler.....


26 November 2012 at 12:45
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved