Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

GAMBAR BULAN MADU AWAL ASHAARI DAN SCHA AL-YAHYA DI EROPAH

on 28 November 2012

GAMBAR BULAN MADU AWAL ASHAARI DAN SCHA AL-YAHYA DI EROPAH - Pasangan pengantin baru popular, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya telah dibawa ke Istanbul, Turki oleh Mister Potato untuk menyaksikan perlawanan Champions League.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

EZAD EXIST SUDAH PUTUS TUNANG


EZAD EXIST PUTUS TUNANG | Berita Artis - Pada 1 Jun 2012 yang lalu, Ezad Lazim telah mengikat tali pertunangan dengan pembantu peribadi beliau, Asliza Abdullah dalam satu majlis serba ringkas.

Walaupun tiada sebarang tarikh diberikan ketika itu dan bilakah mereka akan berkahwin, tetapi riak wajah Ezad Lazim nyata gembira.

Namun, maklumat terbaru yang kami dapat daripada seorang yang rapat dengan keluarga Ezad Lazim mengatakan pasangan ini sudah pun memutuskan hubungan mereka.

Menurut sumber, urusan untuk perkahwinan sudah pun bermula sejak Julai 2012 lagi dengan pihak lelaki menguruskan segala dokumen yang berkaitan dengan pejabat agama.


Tetapi tidak menariknya, urusan dokumen di sebelah pihak perempuan tidak ‘berjalan’ seperti dimahukan dan tertangguh sehingga empat bulan lamanya tanpa punca.

Ezad Lazim sendiri merasakan yang pihak perempuan tidak bersungguh dalam proses perkahwinan mereka dan mengambil keputusan untuk membatalkan hasrat untuk berkahwin.

TONTON VIDEO ADAM DAN HAWA EPISOD 54



TONTON VIDEO ADAM DAN HAWA EPISOD 54 - Terlepas menonton Adam & Hawa episod 55, tidak mengapa kami ada sediakan link download dan menonton secara streaming.


GADAI EMAK UNTUK BAYAR HUTANG


GADAI EMAK UNTUK BAYAR HUTANG - Seorang ibu ditawan selama empat jam dan semua barang kemasnya dirampas selepas dia ‘digadai’ anak lelakinya yang terdesak untuk melepaskan diri daripada cengkaman ceti haram atau along.

Ibu berusia 63 tahun itu yang dikenali sebagai Zabedah berkata, dia mengalami pengalaman menakutkan sepanjang ditahan sekumpulan tiga lelaki yang datang ke rumahnya di Jinjang, di sini, jam 3 petang, Sabtu lalu.

Menurutnya, sebelum kedatangan kumpulan lelaki itu, dia menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki tidak dikenali yang memaklumkan anak lelakinya berusia 20-an berada dalam tahanan mereka.

“Apabila saya tanya kenapa anak saya ditahan, lelaki itu beritahu anak saya meminjam wang dengan mereka dan masih ada baki hutang RM10,000 yang belum dibayar.

“Luluh hati saya mendengar kata-katanya. Bila saya merayu supaya anak dibebaskan lelaki itu beritahu dia hanya akan berbuat demikian jika mendapat semula wang RM10,000 itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved