FOUZIAH GOUS SUDAH BERKAHWIN DENGAN VVIP - Pelakon muda yang cantik menawan, Fouziah Gous menafikan bahawa dia sudah pun berkahwin
dengan seorang VVIP sebagaimana yang dihebohkan oleh beberapa pihak.
Fouziah Gous cukup terkejut dan kesal apabila ada pihak
yang sengaja menimbulkan isu sensitif seperti ini.
“Bagi saya, isu ini sengaja diwujudkan. Mungkin saya tidak ada gosip
untuk diketengahkan, jadi timbul isu mengatakan saya kahwin secara
senyap. Kalau saya nak kahwin pun, saya akan pastikan perkara baik
seperti ini diketahui ramai dan tidak perlu dirahsiakan,” ujarnya dengan
tegas.
Jelas Fouziah lagi, dia seboleh-bolehnya tidak mahu memperbesarkan
isu berkenaan tetapi sangat berharap agar pihak berkenaan memeriksa
terlebih dahulu kesahihan fakta atau mungkin bertanyakan kepada dirinya
dahulu.
“Bagi yang membuat gosip ini, sila kemukakan bukti yang mengatakan
saya sudah pun berkahwin, tak perlu cakap tanpa bukti. Apa motifnya saya
nak kahwin sorok-sorok? Saya rasa kelakar tentang perkara ini dan saya
tidak ambil serius, lainlah kalau perkara itu betul-betul berlaku,”
ujarnya lagi.
Menurutnya, dia memang mahu melangkah ke alam perkahwina namun masih belum menemui jodoh yang sesuai lagi buat masa ini.
“Hati saya memang nak kahwin tetapi tiada jodoh lagi. Saya seorang
yang memilih dan semestinya saya nak pilih yang terbaik untuk hidup
saya. Lagi pun saya bukan jenis yang mudah jatuh cinta,” jelasnya lagi.