Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

PELEKAT TOLAK NAJIB, SOKONG MUHYIDDIN

on 17 December 2012


PELEKAT TOLAK NAJIB, SOKONG MUHYIDDIN - Penemuan dua pelekat dengan gambaran tulisan seolah- olah menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi menyokong timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada peti pos.

Bagaimanapun, pelekat dengan tulisan ‘Najib Perdana Menteri dok rok cetong. Kami nok Muhyiddin’ dengan lambang 1Malaysia tertera di bawahnya mungkin bertujuan menghangatkan bahang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Tidak pasti sama ada ia dilakukan dengan tujuan tertentu untuk melaga-lagakan ahli dan penyokong Barisan Nasional (BN) ataupun wujud gerakan yang benar-benar menolak Najib, pemimpin Umno bagaimanapun tidak melihat ia sebagai perkara serius.

Pengarah Strategi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan menganggap ia hanya tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba melaga-lagakan kepimpinan BN.

Beliau turut menjangka lebih banyak lagi perkara yang timbul daripada pihak tidak bertanggungjawab untuk menambah kehangatan PRU13.

“Isu-isu untuk melaga-lagakan. Lepas ni, macam-macam lagi yang timbul,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian tanpa mengulas lanjut.
Ranking: 5

{ 1 ong gedek gedek... read them below or add one }

Remy hazza said...

Kehangatan makin terasa.......


17 December 2012 at 10:40
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved