Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

FOUZIAH GOUS SUDAH BERKAHWIN DENGAN VVIP

on 17 December 2012


FOUZIAH GOUS SUDAH BERKAHWIN DENGAN VVIP - Pelakon muda yang cantik menawan, Fouziah Gous menafikan bahawa dia sudah pun berkahwin dengan seorang VVIP sebagaimana yang dihebohkan oleh beberapa pihak.

Fouziah Gous cukup terkejut dan kesal apabila ada pihak yang sengaja menimbulkan isu sensitif seperti ini.

“Bagi saya, isu ini sengaja diwujudkan. Mungkin saya tidak ada gosip untuk diketengahkan, jadi timbul isu mengatakan saya kahwin secara senyap. Kalau saya nak kahwin pun, saya akan pastikan perkara baik seperti ini diketahui ramai dan tidak perlu dirahsiakan,” ujarnya dengan tegas.

Jelas Fouziah lagi, dia seboleh-bolehnya tidak mahu memperbesarkan isu berkenaan tetapi sangat berharap agar pihak berkenaan memeriksa terlebih dahulu kesahihan fakta atau mungkin bertanyakan kepada dirinya dahulu.

“Bagi yang membuat gosip ini, sila kemukakan bukti yang mengatakan saya sudah pun berkahwin, tak perlu cakap tanpa bukti. Apa motifnya saya nak kahwin sorok-sorok? Saya rasa kelakar tentang perkara ini dan saya tidak ambil serius, lainlah kalau perkara itu betul-betul berlaku,” ujarnya lagi.

Menurutnya, dia memang mahu melangkah ke alam perkahwina namun masih belum menemui jodoh yang sesuai lagi buat masa ini.

“Hati saya memang nak kahwin tetapi tiada jodoh lagi. Saya seorang yang memilih dan semestinya saya nak pilih yang terbaik untuk hidup saya. Lagi pun saya bukan jenis yang mudah jatuh cinta,” jelasnya lagi.
Ranking: 5

{ 2 ong gedek gedek... read them below or add one }

Aida Omar said...

elok sangat kalau dia dengan iqram.. sama2 dok cari jodoh lagi tu. hehe..


17 December 2012 at 10:41
Remy hazza said...

ambik jer iqram tu.......senang... cuma bukan VIP ler.....


17 December 2012 at 12:32
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved