PUNCA SEBENAR LAWAK JOZAN KURANG MENYENGAT DI MAHARAJA LAWAK MEGA - Persembahan lawak kumpulan Jozan yang kurang menyengat sejak 
kebelakangan ini dalam pertandingan Maharaja Lawak (MLM) adalah strategi
 semata-mata agar mereka tidak kering idea pada penghujung program 
nanti.
Salah seorang ahlinya, Zizan Razak berkata, berdasarkan pengalaman 
yang dilalui, idea membuat lawak semakin kurang memberi impak apabila 
mereka berada di peringkat akhir dalam sesebuah pertandingan dan ia 
sekaligus membuatkan penonton tidak berpuas hati dengan persembahan yang
 dilakukan.
"Diakui, persembahan lawak kami agak kurang menyengat dalam MLM sejak kebelakangan ini, namun semua itu adalah strategi.
"Berdasarkan kajian yang kami buat, apabila terlalu banyak idea yang 
dikeluarkan pada awal pertandingan, kami terus kering idea untuk membuat
 lawak pada penghujung pertandingan.
Tambah Zizan, walaupun tidak memberikan persembahan 100 peratus, dia 
bersama seorang lagi ahlinya iaitu Johan tetap akan memastikan agar 
penonton terutama peminat-peminat mereka tidak bosan dengan persembahan 
yang diberikan.