Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

PUNCA SEBENAR LAWAK JOZAN KURANG MENYENGAT DI MAHARAJA LAWAK MEGA

on 26 December 2012


PUNCA SEBENAR LAWAK JOZAN KURANG MENYENGAT DI MAHARAJA LAWAK MEGA - Persembahan lawak kumpulan Jozan yang kurang menyengat sejak kebelakangan ini dalam pertandingan Maharaja Lawak (MLM) adalah strategi semata-mata agar mereka tidak kering idea pada penghujung program nanti.

Salah seorang ahlinya, Zizan Razak berkata, berdasarkan pengalaman yang dilalui, idea membuat lawak semakin kurang memberi impak apabila mereka berada di peringkat akhir dalam sesebuah pertandingan dan ia sekaligus membuatkan penonton tidak berpuas hati dengan persembahan yang dilakukan.

"Diakui, persembahan lawak kami agak kurang menyengat dalam MLM sejak kebelakangan ini, namun semua itu adalah strategi.

"Berdasarkan kajian yang kami buat, apabila terlalu banyak idea yang dikeluarkan pada awal pertandingan, kami terus kering idea untuk membuat lawak pada penghujung pertandingan.

Tambah Zizan, walaupun tidak memberikan persembahan 100 peratus, dia bersama seorang lagi ahlinya iaitu Johan tetap akan memastikan agar penonton terutama peminat-peminat mereka tidak bosan dengan persembahan yang diberikan.
Ranking: 5

{ 1 ong gedek gedek... read them below or add one }

Unknown said...

boleh pulak camtu.....
kena all out ler bro......


27 December 2012 at 12:45
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved