Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Wanita Ini Membuat Panggilan Sebanyak 65 000 Kali Setahun

on 24 July 2012


Bertemu dan bercinta dengan seseorang lelaki ideal membuat seorang wanita berasal dari Belanda melakukan hal nekad. Bahkan membuatnya berurusan dengan mahkamah. Si wanita ini menyerang lelaki ini dengan menelefon sebanyak 65 ribu kali dalam setahun. Lantaran merasa sangat terganggu lelaki, yang berusia 62 tahun itu mendakwa wanita itu ke mahkamah. Nama keduanya dirahsiakan mahkamah. Dalam dakwaan itu lelaki menuduh wanita menelefonnya dengan tidak sopan. Sedangkan keduanya belum sekalipun bertemu.

Yang menghairankan, adalah menelefon sebanyak 65 ribu kali itu. Dengan jumlah sebanyak itu, "Wanita ini menelepon 178 kali setiap hari," seperti ditulis ABC News. Ini bererti, dia menelefon sekitar lapan kali tiap jam, selama tujuh hari seminggu atau satu panggilan telepon setiap lapan minit, tanpa pernah berhenti," ujar lelaki yang merasa terganggu dalam dakwaannya. Menurut jurucakap pendakwa, Nicolette Stoel kepada Associated Press, dalam mahkamah, wanita yang namanya tak disebutkan, menyatakan dia menelefon dengan jumlah yang wajar.

Dia juga membantah pernyataan lelaki yang menyatakan mereka tak pernah menjalin hubungan. Pengadilan akhirnya memutuskan, agar si wanita tak lagi menelefon lelaki tersebut.

SUMBER

Kepala Berasap, Galah Aluminium Tersangkut Pada Kabel Elektrik


“Dia menggelupur hampir tiga minit ketika badannya terkena renjatan elektrik dan saya nampak kepala serta tubuhnya berasap,” kata Mohd Faizal Abdul Aziz, 23, yang melihat rakannya, Riduan Hashim, 31, terkena renjatan elektrik ketika mengait buah kelapa berhampiran rumahnya di Kampung Kroh, Batang Padang, Tapah, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, batang galah aluminium yang digunakan Riduan ketika mengait buah kelapa terkena kabel elektrik menyebabkan dia terkena renjatan elektrik. Bagaimanapun, mangsa terselamat daripada maut dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.

Faizal berkata, insiden berlaku ketika dia dan Riduan mengait kelapa tua untuk dijual selepas mereka mendapat tempahan sempena Ramadan.

“Riduan meminta saya membantunya mengait kelapa tua. Saya serta seorang lagi rakan, Suhaimi bersetuju membantunya dan kami ke rumahnya jam 5.50 petang.

“Kami memulakan kerja mengait kelapa tua beberapa minit kemudian di kawasan kira-kira 100 meter dari rumahnya. Ketika itu galah aluminium Riduan tersentuh kabel elektrik menyebabkan dia terkena renjatan elektrik,” katanya.

Subhanallah!!! Bayi Wajah Ganjil Dilahirkan di Nigeria

on 23 July 2012


Seorang ibu berusia dalam lingkungan 30-an di Iyin Ekiti, Nigeria melahirkan seorang anak yang kelihatan seperti gambaran makhluk asing dalam filem, lapor sebuah akhbar.

Ibu itu yang sudah mempunyai dua anak, hamil selama 13 bulan sebelum dia melahirkan anak istimewa tersebut di sebuah hospital di sini menerusi pembedahan pada pukul 2.15 petang pada Khamis lalu.

Kelahiran bayi itu mencetuskan kekecohan di hospital berkenaan kerana beberapa pegawai perubatan membincangkan keganjilan bayi berkenaan.

Akhbar Vanguard mendapat maklumat bahawa suami wanita tersebut bersetuju supaya pengebumian dilakukan terhadap bayi ganjil itu dengan segera.

Satu sumber memberitahu akhbar tersebut bahawa bayi ganjil itu mempunyai dua mata yang membonjol dan beberapa helai rambut di dahinya. Bayi itu tidak mempunyai otak. Satu lagi sumber menyatakan bahawa bayi itu terlalu kecil semasa dilahirkan.

 

Bapa Belasah Anak Sebelum Bakar Rumah Sendiri


Seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah kesihatan mental, memukul anak lelakinya berusia 15 tahun sebelum membakar rumahnya dua jam kemudian di Taman Serdang Utama, di sini, hari ini.

Bapa berusia 53 tahun itu, bagaimanapun, tidak melarikan diri malah berada di kawasan rumahnya yang hangus sebelum ditangkap polis yang tiba di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Deputi Superitendan Lam Chien Fei, berkata lelaki itu menyerang dan memukul anaknya pada kira-kira jam 4 pagi sebelum isterinya membawa mangsa bersama tiga anak yang lain ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan.

Semasa ketiadaan keluarganya, lelaki itu bertindak membakar rumahnya pada kira-kira jam 6 pagi, katanya ketika dihubungi di sini.

Lam berkata, semasa ditangkap dan disoal siasat, lelaki itu mengaku membakar rumahnya dan pihak polis percaya dia mempunyai masalah mental.

Katanya, lelaki itu kini ditahan reman sehingga Rabu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun keseksaan atas kesalahan melakukan khianat dengan api serta Seksyen 324 kanun yang sama kerana mendatangkan kecederaan.

Gempar!!! Rita Rudaini Bakal Kahwini Rosyam Nor


Pelakon cantik, Rita Rudaini mengakui ada terfikir untuk berhijrah imej menjadi seorang wanita yang bertudung. Bagaimanapun, Rita yang kini sibuk menjalani penggambaran filem Balistik di sekitar Lembah Klang mahu berhijrah dengan kerelaan hati.

"Insya-Allah, suatu hari nanti saya akan berhijab. Terus-terang, saya ada terfikir untuk ke arah itu. Kalau boleh, biarlah saya bertudung atas kerelaan hati tanpa ada paksaan orang lain," katanya kepada murai.com.my.

Dalam pada itu, Rita Rudaini memberitahu, lamaran untuk menjadi isteri Rosyam Nor dalam filem Balistik diterima kerana dia tahu produser hebat ini seringkali memberikan watak yang terbaik buat dirinya.

"Sebenarnya, sebelum ini Rita ada mendapat tawaran untuk berlakon dalam filem lain. Namun, Rita tidak terima tawaran berkenaan kerana berasakan ianya tidak bersesuaian dengan Rita.

"Namun, Rita setuju untuk terima berlakon dalam filem Balistik kerana Rita tahu Rosyam tidak pernah mengecewakan Rita.

"Buktinya, setiap kali drama yang Rita berlakon di bawah syarikat produksinya, pasti ianya akan memberikan impak yang bagus buat diri Rita. Lagipun, Rita pun serasi bekerja dengan dia," jelasnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved