Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

10 Gadis Blogger Paling Popular (Hot) di Benua Asia

on 3 March 2012

Salam sejahtera... Anda seorang blogger??? mari kita tengok senarai top ten blogger paling popular di benua Asia...

  NO.1 Xin Zhang
Jumlah carian pada Google: 5,730,000
Hits blog: 25,675,111
 
 NO.2 Shu Yao Yao Guo
Jumlah carian pada Google: 5,540,000

 
 NO.3 Diao Chan 
Jumlah carian pada Google: 2,710,000
hits blog: 8,697,587

 NO.4 Juliet Lin Ke Tong
Jumlah carian pada Google: 889,000
hits blog: 29,661,125

 NO.5 Elly Tran
Jumlah carian pada Google: 454,000
 NO.6 Liu Yu Qi 
Jumlah carian pada Google: 452,000
Hits Blog: 6,521,818

 NO.7 Ding Beili 
Jumlah carian pada Google: 297,000
Hits blog : 5,295,834

 NO.8 Sun Ting
Jumlah carian pada Google: 179,000

 No.9 Kon Yan Song Sisters
Jumlah carian pada Google: 171,000
Hits blog: 3,708,220

 NO.10. Deng FineJumlah carian pada Google: 46,800
Hits Blog: 338,130

 p/s: rambang mata tengok hits blogger-blogger femes ni. hoho  (SUMBER)

(Unik) Majlis Perkahwinan Versi Drakula

Salam sejahtera... Drakula adalah sejenis hantu yang menghisap darah untuk meneruskan hidup. Banyak filem telah diterbitkan yang menceritakan mengenai drakula ini. Tapi, ada satu majlis perkahwinan ini yang dibuat bertemakan drakula. Unik sangat majlis mereka. Apa lagi, mari kita terjah koleksi gambar satu majlis pernikahan yang bertemakan drakula...


p/s: kalau camni, miera nak kawen tema katak comel la. ehehe

(Biadab) Reka Bentuk Bar Macam Kaabah

Assalamualaikum... semakin lama, orang kafir makin biadab dan sudah pijak kepala kita secara terang-terangan. Yang terbaru, reka bentuk kiblat orang Islam ditiru dan dijadikan bar (disko/kelab malam) di New York. tolong sebarkan entri ini seluas-luasnya jika anda sayangkan Islam...


ingin baca mengenai siri penghinaan orang kafir terhadap Islam yang lain, klik sini

Iklan Panas Luna Maya Diharamkan???

on 2 March 2012

Iklan penyembur badan lelaki yang menampilkan Luna Maya dan tiga selebriti terkenal Indonesia (Uli Auliani, Marissa Nasution dan Chantal Della Concetta) mungkin tidak akan ditayangkan di televisyen kerana terlalu seksi.

Dalam iklan itu, keempat-empat selebriti wanita itu menjelma sebagai ‘malaikat’ yang tergoda dengan haruman penyembur badan yang digunakan oleh seorang jejaka (Ocke). Ia dimulakan dengan Uli Auliani tampil dengan pakaian seksi dan mengenakan sayap menarik selimut dan merangkak ke tubuh badan Ocke, diikuti dengan Marissa Nasution.

Selepas itu, Chantal muncul dengan membawa minuman dan buah ceri. Ketiga-tiga ‘malaikat’ tersebut dilihat bergelak ketawa sambil berlawan bantal sambil diperhatikan oleh jejaka itu. Kemunculan Luna Maya yang tampil seksi dan berambut pendek sambil memegang span penuh dengan buih sabun pada bahagian pengkhirannya.


p/s: macam-macam kontroversi si Luna Maya ni...

5 Hacker Perempuan (Awek) Paling Cantik dan Seksi di Dunia

Salam sejahtera... Bila orang sebut mengenai penggodam (hackers), biasanya yang terlintas di bayangan adalah seorang ulat buku dengan kaca mata tebal dengan gaya hidup yang nerd. Kemampuan serta kehebatan hackers perempuan juga tidak kalah dengan kaum adam. Mari kita terjah hackers perempuan yang cantik, cun dan seksi ini...


Joanna Rutkowska mula dikenali dalam persidangan Black Hat Briefings di Las Vegas pada Ogos 2006. Pada waktu itu, Rutkowska mendemonstrasikan proses serangan (hacking) yang telah dia lakukan terhadap sistem Windows Vista. Tidak hanya itu, Rutkowska juga pernah menyerang Trusted Execution Technology dan System Management Mode milik Intel.

Awal 2007, dia membentuk Invisible Things Lab di Warsawa, Poland. Sebuah syarikat yang memfokuskan  keselamatan sistem operasi VMM serta perkhidmatan rundingan keselamatan internet. Tahun 2010 juga Rutkowska bersama Rafal Wojtczuk membentuk Qubes, sebuah Operating System yang merangkumi 'full protect security'. Rutkowska juga pernah memberikan nasihat terbuka untuk Vice President of Microsoft Security Technology Unit untuk lebih memperketat sistem keselamatan dalam Windows Vista. Rutkowska memang seorang hacker yang sangat dicari untuk diajak bekerjasama.


Kristina Svechinskaya adalah seorang mahasiswi di New York University. Kristina sempat popular kerana  beliau mengodam jutaan dolar dari beberapa bank di Eropah dan Amerika Syarikat.

Bersama dengan pasukannya, Kristina menyedut duit dari ribuan akaun bank sebelum akhirnya tertangkap pada November 2010. Hacker cantik ini menggunakan virus Zeus Trojan Horse untuk menyerang akaun-akaun tersebut. Ramai orang berpendapat bahawa Kristina merupakan salah satu hacker terseksi yang pernah ada.


Raven Adler, seorang gadis bergaya gothic menjadi wanita pertama yang melakukan presentasi di DefCon Hacker Conference. Namun, Raven lebih senang jika untuk dikenali kerana kemampuannya sebagai hacker dan diakui oleh orang lain. Kebelakangan, ia cukup aktif mengubah, mengakses, dan mengaudit untuk keamanan di pelbagai agensi.

 

Xiao Tian, mula dikenali sejak 19 tahun lagi. Kehebatannya dalam dunia hacking juga tidak diragukan lagi. Search engine nombor satu di dunia, Google pun pernah merasakan serangan hebat dari Xiao Tian dan pasukannya,  China Girl Security Team. Xiao Tian melakukan serangan canggih terhadap sistem infrastruktur Google China. Disebabkan tidak tahan dengan serangan Xiao Tian dan hackers-hackers lain, Google telah bertindak menutup smua operasinya di China.


Ying Kracker, memiliki wajahnya yang manis dan cantik membuat ramai orang tak mungkin percaya bahawa beliau adalah seorang hacker. Pekerjaan sebenar Ying pula adalah seorang guru di Shanghai, China.

Ying mengajar langkah-langkah awal sebagai proses hacking, seperti bagaimana mengganti IP Address dan bagaimana memanipulasi password. Ying juga merupakan seorang ahli dalam membuat software khususnya mengenai hacking.

SUMBER

Panas! Nora Danish Dan Ady Putra Nikah Secara Senyap Senyap???

Salam sejahtera... Sejak memegang status janda, pelakon jelita Nora Danish tidak pernah lekang dengan pelbagai cerita sensasi, baik yang berkaitan dirinya ataupun tempias cerita bekas suaminya.

Nora Danish Mohd. Hanif yang bakal mencecah usia 30 pada 7 Mac ini juga dikatakan rapat dengan penjaga gawang pasukan bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat. Namun, ibu kepada Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram menafikan dan menyatakan bahawa beliau pernah menghantar mesej kepada Apek di laman sosial Twitter,itu pun hanya sekali sahaja.


Kini, Nora Danish dikhabarkan sudah bernikah dengan Ady Putra secara senyap-senyap. Majlis pernikahan Nora Danish dan Ady Putra berlangsung secara tertutup dan dihadiri oleh saudara mara dan rakan terdekat ini, diadakan di Masjid Besi, Putrajaya. Dengan sekali lafaz, Nora Danish kini telah dimiliki. Jumlah wang hantaran pun dirahsiakan.  Anda terkejut ??? Cukuplah hanya gambar yang berkata-kata.

Nanti dulu, ini sebenarnya adalah sedutan dari filem Aku Terima Nikahnya yang dilakonkan oleh mereka berdua. Nampaknya, anda telah terkena ENTRY HANGIT!!!

p/s: peace, no war!!!

(Gambar Ngeri) Akibat Mencangkung Di Tandas Duduk

Salam sejahtera... Ramai orang ketika menggunakan tandas awam, terpaksa mencangkung di atas tandas duduk bagi mengelakkan kulit bersentuhan secara langsung bagi mengelakkan terkena jangkitan kuman (bakteria jahat).


Namun, ianya bukan satu tindakan yang bijak. Duduk mencangkung pada tandas duduk sangat berbahaya. Ini kerana tandas duduk diperbuat dari seramik atau porselein dan ianya tidak mampu untuk menyokong berat keseluruhan badan.

Mari kita lihat gambar seorang gadis yang mencangkung pada tandas duduk. Jom terjah...

 
 

(Gambar) Cahaya Malaika, Nama Anak Perempuan Mawi Dan Ekin

on 1 March 2012

Salam sejahtera... Mawi dan Ekin akhirnya telah menamakan anak perempuan mereka Cahaya Malaika yang membawa maksud Cahaya Permaisuriku. Unik betul nama anak mereka. Apa lagi, jom terjah gambar puteri sulung mawi dan Ekin yang sangat comel ini...


p/s: comelnya Cahaya Malaika ni...

Komputer Tablet Paling Murah Di Dunia

Salam sejahtera... Syarikat teknologi British mendakwa telah membangunkan komputer tablet paling murah di dunia untuk akses internet tanpa wayar (wireless).

Dengan kos serendah USD $35 seunit, Datawind berharap untuk membekalkan ia ke pasaran berbilion pelanggan, khususnya di negara-negara mundur. Ia dijangka akan berada pada pasaran pada bulan Oktober tahun ini.

Selain itu, Datawind juga mengeluarkan versi terkini komputer tablet Aakash pada bulan ini untuk pasaran komersial yang berharga USD $50. Ia tampil dengan ciri-ciri yang lebih dari sebelumnya. Tablet Aakash menemui pengguna pertama mereka di bawah program teknologi maklumat yang ditaja oleh kerajaan India.


p/s: tak sabar nak tunggu gajet ni masuk Malaysia... SUMBER

5 Sebab Kenapa Konsert Erykah Badu Perlu Diteruskan

Salam sejahtera... Sejak akhir-akhir ini berita mengenai Erykah Badu yang bertatu Allah di dadanya hangat diperkatakan media massa dan juga elektronik. Dan kali ini miera ingin memberi sebab kenapa konsert Erykah Badu harus diteruskan...



Mungkin ramai yang sudah tahu bahawa Adam Lambert seorang gay... kalau korang ingin tahu, gay ni bukan sahaja agama, nilai kemanusiaan pun turut dihina jugak. kerajaan kita luluskan saja permit.


Macamana dengan Justin Bieber??? dia datang Malaysia bawa awek kot. Korang ingat dia datang tidur bilik asing ke? kompom la ehem ehem di Malaysia dulu, boleh pulak datang Malaysia. Erykah badu? mana ada datang dengan pakwe dia.


Wonder Girl, Avril Lavinge, Mariah Carey... korang tengok pakaian Wonder Girl? skirt pendek, ketat pulak tu. seksi tak menghina agama Islam ke? garis panduan atas pentas tu islamik sangat ke? Badu ni tak seksi pun.. korang tengok pakaian dia, lagi elok dari Inul masa datang Malaysia la!

 

Korang tengok Embun? babak Ummi Aida kena perkosa dengan jepun? Sofia Jane berkemban tepi sungai nampak spender? Maya Karin berpeluk dengan Aaron Aziz atas katil? babak skodeng tu tak menghina islam ke? boleh je lepas.. tak kena haram pun???

 

Last sekali.. Kenapa The Star gunakan gambar badan Erykah Badu bertatoo??? cuba korang google image. 2 baris pertama takde pun gambar bertatoo.. kenapa guna gambar yang kompom orang islam mengamuk? Sebab Dato' Rais Yatim nak jadi hero mempertahankan Islam? Sebab saja nak bagi suasana hangat?dari orang tak kenal jadi kenal? lu pikir la sendiri

p/s: anda baca dan judge sendiri la... SUMBER

(Gambar) Bayi Paling Unik Di Dunia

Salam sejahtera... Setiap hari, ratusan ribu bayi dilahirkan dan kebanyakannya adalah dianggap normal. Namun, ada sesetengahnya dilahirkan dalam keadaan yang tidak cukup sifat ataupun tidak sempurna. Bagaimanapun setiap bayi yang dilahirkan adalah anugerah tidak terhingga dari-Nya. Erm, jom terjah gambar-gambar bayi paling unik di dunia di bawah...


Mati kemudian hidup kembali

Bayi ini dikhabarkan meninggal setelah lahir tetapi setelah dua jam kemudian bayi itu hidup dengan baik dan sihat.


Satu tahun hamil

Bayi perempuan kecil itu membawa kembarnya di perutnya. Sudah melakukan pembedahan dan sekarang dalam keadaan sihat dan normal.


Bayi Berkulit Harimau (Ichthyosis Harlequin)
  
Bayi yang kelihatan seperti kulit harimau dilahirkan di Gilgit, Pakistan lahir pada 2010. Bayi itu meninggal dunia sejurus dilahirkan.


Bayi Bermutasi (Anencephaly)

Bayi ini dilahirkan pada tahun 2006 dengan keadaan yang disebut anencephaly. Apakah ada hubungannya dengan pembentukkan otak yang tidak tepat atau tidak lengkap.


Bayi Berekor

Dilahirkan di India pada tahun 2001. Banyak orang India menganggap dia adalah anugerah tuhan.

p/s: sungguh ajaib ciptaan Ilahi...

Ferrari + Lamborghini + Mclaren = Predator Extreme

Salam sejahtera... hari ini miera ingin menujukkan sejenis kereta yang mempunyai gabungan beberapa jenis kereta lain. Kereta tersebuat diberi nama Predator Extreme. Kereta  ini adalah gabungan dari Ferrari Enzo, Lamborghini Reventon, dan Mclaren F1. Harganya adalah lebih kurang 230 000 dollar. Erm... jom terjah gambar-gambar Predator Extreme yang stylo ini...

 


p/s: kalau jadikan hantaran kawen ni, menarik jugak. ehehe

Avenged Sevenfold (a7x) Live In Malaysia April Ini

on 29 February 2012

Salam sejahtera... anda minat Avenged Sevenfold??? baca ini... Jika sebelum ini Avenged Sevenfold (A7X) telah beraksi di negara jiran seperti Indonesia dan Singapura tanpa singgah di Malaysia, tetapi kali ini Tune Talk telah membawa mereka ke Malaysia bagi menghiburkan peminatnya di Malaysia.

Peminat boleh mendapatkan tiket yang dijual dengan harga RM98, RM198 dan RM298 secara on-line di www.ticketpro.com.my, cawangan kedai Rock Corner, Victoria Music, The Guitar Store serta TicketPro. Walaupun harga tiket agak mahal, tapi rasanya ianya sangat berbaloi kerana kita dapat mendengar nyanyian Matt Shadows yang power dan petikan gitar Synyster Gates yang sememangnya sangat hebat secara 'live'. Siapa setuju???


p/s: miera tulis entri ini sambil layan lagu Dear God. lalala

Lelaki Ini Bunuh, Seret, Kelar dan Gantung Leher Anjing

Salam sejahtera... miera ada satu koleksi gambar yang menunjukkan seekor anjing telah diperlakukan dengan sangat kejam. Tidak cukup dengan membunuh, anjing itu diseret, dikelar dan kemudiannya digantung seperti kesalahan membunuh bagi manusia. Apakah kesalahan anjing itu sehingga ia diperlakukan sebegitu ataupun sekumpulan lelaki itu sudah hilang sifat kewarasannya??? Walau apapun, jom terjah gambar di bawah...


p/s: sifat kasih sayang manusia terhadap haiwan sememangnya semakin menipis sejak kebelakangan ini...

Liyana Jasmay Bertunang Bulan Depan

Salam sejahtera... miera ada satu lagi berita buruk bagi para jejaka seantero Malaya. Selepas Lisa Surihani dan Ana Raffali sah menjadi milik orang lain minggu lepas, Liyana Jasmay pula telah memgumumkan bahawa beliau akan bertunang dengan jejaka pilihannya yang juga seorang ahli perniagaan, Fathuddin Mazlan pada bulan depan.


p/s: mari kita tengok gambar gaun pertunangan Liyana Jasmay, klik sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved