Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

UPACARA MELEMPAR DOSA KE DALAM KOLAM IKAN

on 28 September 2012

UPACARA MELEMPAR DOSA KE DALAM KOLAM IKAN - Kaum Yahudi ortodoks di Bnei Brak mengelilingi sebuah kolam plastik yang mengandungi beberapa ekor ikan bagi membuang dosa masing-masing ke dalam air. Cebisan roti dibaling ke dalam kolam tersebut sebagai lambang keluarnya dosa-dosa penganut agama Yahudi itu.

 
 
 
 
 
 
 

KEPUTUSAN SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA ATM VS NEGERI SEMBILAN 28 SEPTEMBER 2012



KEPUTUSAN SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA ATM VS NEGERI SEMBILAN 28 SEPTEMBER 2012 - Perlawanan hangat malam ini, 28 September 2012 antara ATM melawan Negeri Sembilan. Perlawanan ini akan menentukan pasukan mana yang akan beraksi di separuh akhir.

ATM vs NEGERI SEMBILAN 
3-1

ISI KANDUNGAN BELANJAWAN 2013 28 SEPTEMBER 2012


ISI KANDUNGAN BUDGET 2013 - Di bawah ini saya kongsikan ringkasan BELANJAWAN 2012 yang telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak petang tadi.  

Fokus 1 : Mengarang Aktiviti Pelaburan

PELAKSANAAN 12 NKEA | BAJET 2013
1.Pelaksanaan projek permulaan (EPP) NKEA dengan peruntukan RM3 bilion:
   - Penanaman semula kelapa sawit berkualiti tinggi, pengeluaran produk herba bernilai tinggi serta pengeluaran padi berskala besar;
   - Pengindahan Sungai Klang (River of Life) ;
   - Penggantian Rangkaian Paip dan Baik pulih Pembetungan  

MENGGALAK PELABURAN DOMESTIK | BAJET 2013
2.Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik, RM1 bilion – MIDA
3.Insentif pengambilalihan syarikat asing dan kadar cukai khas kepada penyedia perkhidmatan tempatan.

MEMPERGIAT PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA | BAJET 2013
4. Pembangunan PKS -Skim Pembangunan PKS
    - RM1 Bilion (SME Bank)
    - Pelan Induk PKS (2012-­‐2020)
    - RM 30 juta bagi tahun 2013
    - Dana Industri Halal –> RM200 juta bagi pembiayaan modal kerja PKS yang mengusahakan pengeluaran produk halal
5. Penjaja dan peniaga kecil
    - Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil (perlindungan maksimum sehingga 5,000 ringgit)
    - Kemudahan pinjaman mudah kepada penjaja dan peniaga kecil (RM25,000 bagi licensee dan RM500,000 kepada licensor)

SEKTOR PELANCONGAN | BAJET 2013
6. Merancak Sektor Pelancongan
    - Program Tahun Melawat Malaysia 2013 / 2014 dengan sasaran 26.8 juta pelancong
    - Pengecualian cukai pendapatan selama 3 tahun bagi pengusaha pelancongan yang mengendalikan 750 pelancong asing atau 1,500 pelancong tempatan.

HAB DAGANGAN MINYAK DAN GAS | BAJET 2013
7. Insentif cukai bagi pelaburan dalam aktiviti penapisan produk petroleum:
    - Pengecualian cukai pendapatan 100% untuk tempoh 10 tahun -Pengecualian cukai peganga
    - Pengecualian duti setem
8. Projek pelaburan minyak dan gas:
    - Petronas Refinery and Petrochemical Integrated Development (Rapid)
    - Terminal minyak dan gas –> Johor dan Sipitang, Sabah
    - Loji Regasifikasi di Melaka
9. Insentif cukai ke atas Program Global Incentive for Trading (GIFT) sebagai menjadikan Malaysia Hab dagangan komoditi antarabangsa:
    - Pengecualian cukai pendapatan 100% untuk tempoh 3 tahun pertama operasi syarikat dagangan LNG
    - Memperluas dagangan komoditi di bawah program GIFT seperti pertanian, bahan mentah bertapis, logam asas dan kimia.

PENEKANAN KEPADA SEKTOR PERTANIAN | BAJET 2013
10. Mencergas sektor pertanian & perladangan
     - Pembangunan program pertanian melalui aplikasi teknologi terkini –> RM 30 juta
     - Meningkatkan pengeluaran produk makanan dan kesihatan –> RM75 juta
     - Program penanaman semula pokok kelapa sawit –> RM432 juta
     - Pembangunan bahan terbitan oleo bernilai tinggi –> RM127 juta
     - Memperkasa Projek Azam Tani –> RM 41 juta (manfaat hampir 6,700 peserta)
11. Menambah 4 kawasan jelapang padi baru – keluasan 19 ribu hektar
     - Kota Belud, Batang Lupar, Rompin & Pekan
     - Jangkaan menghasilkan 104 ribu tan metrik dan penyertaan 12,237 pesawah.

INSENTIF UNTUK NELAYAN | BAJET 2013
12. Elaun bantuan sara hidup RM 200 sebulan –> manfaat 55 ribu nelayan
13. Insentif 10 hingga 20 sen sekilo bagi hasil tangkapan ikan
14. Skim perlindungan insurans nelayan –> perlindungan hingga RM100,000

MENINGKAT AKTIVITI PERTANIAN | BAJET 2013
15. Penerusan subsidi dan insentif pertanian –> RM2.4 bilion
      - Pemberian Subsidi Harga Padi -> RM 480 juta
      - Pemberian Subsidi Baja Padi -> RM465 juta
      - Insentif Peningkatan Hasil Padi -> RM80 juta
      - Insentif Pengeluaran Padi -> RM563 juta ringgit
      - Subsidi Harga Beras -> RM528 juta
      - Subsidi Benih Padi Sah ‐> RM85 juta
16. Skim Perlindungan Takaful Pertanian
      - Jumlah pampasan sehingga RM13,000
      - Manfaat kepada 172 ribu pesawah.

MENCERGASKAN PASARAN MODAL DAN KEWANGAN | BAJET 2013
17. Pasaran Modal
      - Menerajui terbitan sukuk –> RM171 bilion @ 71% drpd jumlah terbitan sukuk global
      -Terbitan sukuk tunggal terbesar dunia dengan nilaian RM30.6 bil. –> PLUS Berhad
      - Penubuhan Pusat Promosi Pasaran Modal di Suruhanjaya Sekuriti
      - Program Graduate Representative –> melatih 1,000 graduan dalam pasaran modal
18. Tawaran Awam Awal (IPO)
      -Terbitan dua daripada tiga IPO terbesar di dunia – FELDA Global Ventures Holdings (RM9.9 bilion) dan IHH Healthcare Berhad (RM6.3 bilion)
19. Pasaran Bon dan Sukuk
      - Rangka kerja terbitan bon dan sukuk runcit –> Suruhanjaya Sekuriti
      - Pegangan bon dan sukuk runcit oleh individu
      - Potongan cukai dua kali bagi menerbitkan bon dan sukuk runcit
      - Pengecualian duti setem ke atas surat cara dalam urus niaga bon dan sukuk runcit
      - Potongan cukai dua kali bagi tempoh 4 tahun bagi terbitan AgroSukuk.

MENGGALAKKAN AMANAH PERNIAGAAN | BAJET 2013
20. Pengendalian perniagaan melalui Amanah Perniagaan
      - Layanan cukai sama seperti syarikat
      - Pengecualian duti setem dan cukai keuntungan harta tanah
21. Tambahan peruntukan modal Danajamin ­‐ RM400 juta ; 2 tahun
      - Merancak penerbitan bon dan sukuk oleh syarikat
22. Penubuhan Yayasan Pasaran Modal ‐> RM 100 juta
      - Pembangunan modal insan bagi industri sekuriti
23. Tun Razak Exchange (TRX)
      - TRX dijangka menarik 250 syarikat perkhidmatan kewangan antarabangsa dan menawakan 40 ribu peluang pekerjaan
     - Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange (TRX)
    - Pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee
    - Pengecualian cukai bagi pemaju hartanah
24. Pembangunan Wakaf Korporat
      - Merangka Pelan Induk Wakaf Korporat –> JAWHAR bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri.

PEMBANGUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA | BAJET 2013
25. Projek MRT ­‐ sebanyak RM9 bilion atau 43% daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera
26. Penyediaan Dana Pembiayaan Bumiputera, SME Bank ‐> RM 1 bilion
27. Galakan insentif bagi syarikat Bumiputera di bawah Skim Jaminan Modal Kerja (SJMK)
     - Melanjutkan tempoh kemudahan Skim sehingga 31 Disember 2013
     - Memperluas kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS)
     - Meningkatkan kelayakan pemegang syarikat sehingga RM20 juta
28. Pembiayaan TEKUN bagi usahawan kecil & sederhana
     - Peruntukan 2013: RM350 juta, termasuk RM50 juta bagi Skim Usahawan Masyarakat India.

Fokus 2: Memperkasa Pendidikan & Latihan 

MEMPERKASA PENDIDIKAN DAN LATIHAN | BAJET 2013
29. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013 ‐ 2025
     - Peruntukan sektor pendidikan ­‐> RM38.7 bilion @ 15% dari keseluruhan peruntukan
     - Peningkatan kemahiran guru (subjek: Bahasa Kebangsaan, BI, Matematik & Sains)
     - Mewujudkan Unit Pelaksanaan Pendidikan (EDU)
30. Pembangunan Sektor Pendidikan
     -Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan & Penyelenggaraan sekolah (RM1 Bilion)
31. Memperkukuh Peranan Taska Dan Prasekolah
    - Pendidikan prasekolah di bawah KEMAS, KPM, PERMATA & JPNIN –> RM1.2 bilion
    - Geran pelancaran (RM10,000) kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak‐kanak swasta
    - Potongan cukai dua kali ke atas majikan yang menyediakan elaun atau subsidi kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan Taska dan pusat jagaan kanak‐kanak
    - Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 5 tahun dan elaun bangunan industri pada kadar 10 % setahun diberi kepada pengusaha Taska, pusat jagaan kanak‐kanak dan prasekolah swasta
32. Projek perintis bagi melaksanakan TASKA OKU – 6 kategori OKU.

LATIHAN & KEMAHIRAN | BAJET 2013
33. Peruntukan dalam latihan teknikal dan vokasional –> RM3.7 bilion
      - Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran –> RM440 juta
      - Peralatan ILP & IKBN –> RM366 juta
      - Program latihan berstrategik tinggi –> melatih 5,000 orang
      - Program RAPID di Pengerang –> melatih 300 belia dalam bidang minyak dan gas
      - Program latihan kemahiran dibawah ILP & skim SLDN ‐> melatih 3,200 pelajar India
34. Penubuhan Graduate Employability Taskforce (GET) –> memperkukuh kebolehpasaran graduan & bidang kerjaya
35. Skim Latihan 1M’sia –> potongan cukai 2 kali ke atas perbelanjaan syarikat
36. Pemeriksaan percuma sebanyak 2 kali kepada 1.4 juta ahli PERKESO

Fokus 3: Membudaya Inovasi, Meningkat Produktiviti

MEMPERGIAT PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA | BAJET 2013
37. Pembangunan PKS
     - Harta intelek dijadikan cagaran untuk peroleh pembiayaan
     - Penyediaan Dana Pembiayaan Harta Intelek ­‐> RM200 juta (Kerajaan menanggung 2% kadar faedah dan CGC menjamin 50%)
    - Program latihan penilai harta intelek –> RM19 juta

MEMPERGIAT AKTIVITI R&D | BUDGET 2013
38. Peruntukan R&D kepada 5 Universiti Penyelidikan –> RM600 juta
      - Menjalankan penyelidikan berimpak tinggi
      - Bidang strategik: nano teknologi, automatif, bio-teknologi & aero-angkasa
39. Insentif cukai kepada syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti R&D
      - Potongan cukai bersamaan jumlah pelaburan
      - Pengecualian cukai 100% ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun
      - Potongan cukai bersamaan jumlah pelaburan oleh pelabur pemangkin dalam syarikat teroka dibenarkan ditolak daripada semua jenis pendapatan
40. Mengarusperdanakan program kreativiti dan inovasi -Program Inovasi Inklusif –> kerjasama agensi Kerajaan & NGO

PEMBANGUNAN TEKNOLOGI HIJAU | BAJET 2013
41. Menambahbaik Skim Pembiayaan Teknologi Hijau
     - Tambahan peruntukan bagi SPTH RM2 bilion
     - Pelanjutan tempoh permohonan sehingga 31 Disember 2015

Fokus 4: Konsolidasi Fiskal dan Mempercekap Penyampaian Perkhidmatan Awam

PENGUKUHAN KONSOLIDASI FISKAL | BAJET 2013 
42. Memastikan defisit fiskal terus berkurangan dan mencapai bajet berimbang –> 3% menjelang 2015
43. Memperkukuh sistem percukaian negara
     ->Peralihan daripada sistem cukai berasaskan pendapatan kepada sistem cukai yang lebih menyeluruh serta saksama
44. Perolehan Kerajaan dan pembelian berdasarkan prinsip value for money.

MENGUKUH PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM | BAJET 2013
45. Meningkat kecekapan Perkhidmatan Awam
      - Penekanan kepada amalan kerja secara cepat, tepat dan berintegriti
      - Perkhidmatan yang lebih efisyen, efektif dan responsif
46. Pesara Kerajaan
     - Menyelaras mininum pencen yang berkhidmat sekurang­-kurangnya 25 tahun: daripada RM720 kepada RM820
     - Manfaat kepada 50,371 pesara (termasuk penerima pencen terbitan)
47. Warga Emas
     - Diskaun 50% bayaran pemprosesan pasport (tempoh 5 tahun:RM300 ke RM150 dan tempoh 2 tahun:RM100 ke RM80)
    - Berkuatkuasa Januari 2013
48. Penambahbaikan Skim Perkhidmatan ATM
      - Menambah baik kelayakan masuk (Ijazah – pegawai; Diploma – askar Laskar)
      - Kenaikan pangkat secara time-based (8 tahun: Prebet ke Lans Koperal & Lans Koperal ke Koperal)
     - Bayaran insentif khas RM200 sebulan (manfaat: 125,708 anggota ATM)
     - Menaikkan elaun khidmat tugas anggota Askar Wataniah, Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut dan Udara (dari RM4.00 sejam ~ RM7.80 sejam)
49. Pesara Tentera tidak Berpencen (berkhidmat kurang 21 tahun)
      - Bantuan tunai one-off, RM1,000 –> manfaat 224 ribu bekas tentera.

PINJAMAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM | BAJET 2013
51. Bahagian Pinjaman Perumahan (MOF) akan disusun semula
     - Bank komersial sebagai panel bak yang menguruskan pinjaman
     - Manfaat dan bantuan sedia ada kekal (kadar peratus 4%)
52. Wang proses permohonan pinjaman perumahan
     - Mengurangkan caj wang proses (dari RM1 setiap RM1,000 pinjaman kepada RM100 falt rate)

PELATIH PRA PERKHIDMATAN | BAJET 2013
53. Pelarasan elaun Pra­Perkhidmatan
     - Menaikkan kadar elaun pra perkhidmatan
     - Manfaat kepada 13 skim dengan anggaran 31,135 pelatih.

Fokus 5: Mensejahterakan Rakyat
INISIATIF PEMBIAYAAN SWASTA – PFI 2 | BAJET 2013
 54. Menyediakan peruntukan RM6 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek dan program untuk memastikan kesejahteraan rakyat.

MENGURANGKAN KADAR JENAYAH | BAJET 2013
55. Inisiatif mengurangkan kelakuan jenayah
     - Tambahan perjawatan baru polis
     - Penubuhan Unit Rondaan Bermotosikal –> rondaan 1,000 motosikal di kawasan perumahan
     - Tambahan 10,000 bilangan ahli Pasukan Sukarelwan Polis
     - Pemasangan Sistem Kamera Litar Tertutup atau CCTV sebanyak 496 unit di 25 buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
56. Penglibatan pihak swasta dan komuniti dalam mewujudkan persekitaran selamat dan aman
     - Aktiviti rondaan di kawasan kejiranan –> geran RM10,000 kepada persatuan penduduk
     - Mempertingkat peranan rukun tetangga (KRT) –> 6,500 KRT menjelang 2013
     - Penyediaan pakaian seragam kepada hampir 300,000 anggota RELA aktif
    - Galakan Elaun Modal Dipercepatkan kepada syarikat yang membelanjakan pemasangan peralatan keselamatan.

GAMBAR TERBARU IZARA AISHAH SEPTEMBER 2012

GAMBAR TERBARU IZARA AISHAH SEPTEMBER 2012 | Gambar Artis - Pelakon muda, cantik dan berbakat, Intan Ladyana baru-baru ini telah menghadiri majlis pelancaran BodyCurve daripada Cosry Fashion. Izara Aishah yang selalu kelihatan ceria dan manja dengan semua orang pasti membuatkan banyak jejaka ingin memancing beliau tetapi awas, Izara sudah berpunya. Ahaha

 
 
 
 
 

GILIRAN MAJALAH SEPANYOL PULA TERBIT KARIKATUR HINA NABI MUHAMMAD


GILIRAN MAJALAH SEPANYOL PULA TERBIT KARIKATUR HINA NABI MUHAMMAD - Selepas beberapa hari majalah Perancis menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad, kini giliran majalah Sepanyol menerbitkan karikatur menggambarkan wajah Nabi Muhammad SAW pada muka depan, langkah yang dijangka mencetuskan lagi kemarahan umat Islam.

Edisi terbaru El Jueves muncul di pasaran semalam dengan karikatur muka depan menggambarkan beberapa Muslim berbaris dengan nombor tahanan polis masing-masing manakala kapsyennya pula menyebut "adakah sesiapa tahu rupa Nabi Muhammad."

Laporan Reuters menyebut isu terbaru ini turut mencetuskan debat di Barat mengenai soal tapisan kandungan dan kebebasan berucap.

Kedutaan Sepanyol semalam mengeluarkan nasihat kepada warganegaranya di Mesir agar berhati-hati jika tercetus protes dan tindak balas ekoran penerbitan karikatur itu.

GAMBAR MESRA KHAIRUL FAHMI CHE MAT BERSAMA LEUNIEY, MEREKA SUDAH BERCINTA???

on 27 September 2012

GAMBAR MESRA KHAIRUL FAHMI CHE MAT BERSAMA LEUNIEY, MEREKA SUDAH BERCINTA??? | Gambar Artis - Penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat ataupun lebih dikenali dengan gelaran Apek sudah menemui cintanya dengan Leuniey setelah pelbagai gosip dilemparkan kepada Apek.

Beberapa minit sebelum entri ini ditaip, Apek dan Leuniey telah memuat naik gambar yang sama ke dalam akaun Instagram milik mereka. Adakah ini hanya kebetulan ataupun ??? ehem ehem...

 

GAMBAR CUTE NORA DANISH MENYARUNG BAJU SEKOLAH

GAMBAR CUTE NORA DANISH MENYARUNG BAJU SEKOLAH | Gambar Artis - Pelakon comel dan berbakat, Nora Danish hari ini telah memuat naik beberapa keping gambarnya berpakaian baju kurung sekolah menerusi akaun facebook miliknya bersempena dengan filem Lagenda Budak Hostel.

Kalau zaman sekolah dulu ada awek secomel Nora Danish, pastinya menjadi rebutan pelajar-pelajar lelaki. Silap-silap boleh putus member dibuatnya. Ahaha

 
 
 
 
 
 

GEMPAR!!! GAMBAR PELAKON KAU YANG TERINDAH, EMMA MAEMBONG ATAS RANJANG TERSEBAR


GAMBAR PELAKON KAU YANG TERINDAH, EMMA MAEMBONG ATAS RANJANG TERSEBAR | Gosip | Gambar Artis - Pelakon drama bersiri, Emma Maembong semakin lama semakin mendapat perhatian dari para peminat. Artis remaja ini memiliki wajah yang cantik dan comel.

 

KEMENANGAN SHILA AMZAH PADA ASIAN WAVE 2012 DIPERTIKAI


KEMENANGAN SHILA AMZAH PADA ASIAN WAVE 2012 DIPERTIKAI - Meskipun sudah memenangi pertandingan Asian Wave 2012 di Shanghai, namun kredibiliti pelantun lagu Patah Seribu, Nur Shahila Amir Amzah atau Shila Amzah masih lagi dipertikaikan segelintir pihak yang berasakan bahawa juara Mania, Hafiz Suip sepatutnya layak ke sana dan seterusnya memenangi pertandingan berkenaan.

Pertikaian tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana Shila memberitahu dia dan Hafiz mempunyai tahap pengalaman dan cara nyanyian yang berbeza.

"Bagus atau tidak bukan dinilai dari penjurian atau pengundian sahaja, bagi saya kemenangan saya ini adalah ketentuan dan rezeki daripadaNya. Malah saya rasa saya dan Hafiz tidak patut dibandingkan.

"Bagi saya kalau orang hendak bandingkan saya dengan seseorang itu, biarlah kami mempunyai persamaan. Malangnya saya dan Hafiz tidak mempunyai apa-apa persamaan pun dan hanya usia kami sahaja yang sama.

"Lainlah jika saya merupakan juara program realiti Akademi Fantasia sama dengannya, boleh juga dibandingkan. Saya dan dia punya tahap yang berbeza kerana saya sudah 12 tahun berada dalam industri, manakala dia hanya beberapa tahun dalam industri tetapi sudah mencipta kejayaannya tersendiri.

"Bukan sahaja dari segi pengalaman malah cara nyanyian dan jantina kami juga berbeza dan saya tidak rasa kami perlu dibandingkan kerana masing-masing punya keistimewaan tersendiri," ujar Shila Amzah.

GAMBAR PERCUTIAN NAZIM OTHMAN DI PHUKET

GAMBAR PERCUTIAN NAZIM OTHMAN DI PHUKET | Gambar Artis - Siapa yang tidak kenal dengan seorang pelakon lelaki kacak dan berbakat yang sedang menempa nama dalam industri tanah air ini, Nazim Othman. Namanya semakin popular apabila berlakon dalam drama bersiri, Kau Yang Terindah.

Baru-baru ini, Nazim Othman telah bercuti di Phuket, Thailand. Untuk tatapan para peminat, beliau telah memuat naik gambar percutiannya ke dalam laman Twitter miliknya. Dikhabarkan juga, Neelofa telah bercuti ke Phuket juga bersama kawan-kawannya.

 
 
 
 
 

GAMBAR KEPULANGAN SHILA AMZAH DARI ASIAN WAVE 2012 DI KLIA

GAMBAR KEPULANGAN SHILA AMZAH DARI ASIAN WAVE 2012 DI KLIA | Gambar Artis - Juara Asian Wave 2012, Shila Amzah baru sahaja pulang ke tanah air Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam. Kepulangannya disambut oleh peminat setianya.

Shila Amzah akan terbang semula ke China November ini sebagai jemputan untuk konsert bintang negara tersebut iaitu Eric Moo di Beijing.

 
 
 

PAKEJ IBU DAN ANAK, WANITA HAMIL DIJUAL RM 400


PAKEJ IBU DAN ANAK, WANITA HAMIL DIJUAL RM 400 | Isu Semasa - “Tergamak dia menjual saya dan kandungan yang berusia lapan bulan dengan harga semurah RM400,” kata wanita dikenali sebagai Asmah, 25 yang dijual rakan karibnyanya kepada sepasang suami isteri sebelum diselamatkan.

Menurutnya, rakannya itu bersama teman lelaki yang kedua-duanya berusia 30-an menjualnya kepada sepasang suami isteri di Damansara, di sini, jam 9 malam, 20 September lalu selepas dibawa dari rumahnya di Meru, Klang.

Asmah yang juga warga Indonesia berkata, dia mengenali pasangan kekasih terbabit yang juga jirannya sejak beberapa bulan lalu.

“Saya mengandung anak sulung hasil perkahwinan dengan suami yang juga warga Indonesia dan bekerja sebagai buruh sejak tiga tahun lalu di negara ini.

BEKAS KEKASIH FRANK LAMPARD YANG CANTIK DAN HOT

on 26 September 2012

BEKAS KEKASIH FRANK LAMPARD YANG CANTIK DAN HOT - Pemain Chelsea dan juga England, Frank Lampard mempunyai seorang bekas kekasih yang cantik, seksi dan teramatlah hot. Namanya Saskia Boxford, seorang model.

 
   

BAJET ALTERNATIF 2013 PAKATAN RAKYAT

 

BAJET ALTERNATIF 2013 PAKATAN RAKYAT - Bajet alternatif 2013 Pakatan Rakyat mengandungi peruntukan untuk tindakan afirmatif yang tidak berasaskan kaum. Membentangkan dua hari lebih awal daripada bajet 2013, Anwar Ibrahim berkata tindakan itu diambil ekoran pengalaman mentadbir negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Bajet ini akan menelan kos RM234 bilion dengan pendapatan sebanyak RM197 bilion, bermakna defisit 3.5 peratus.

Dalam dokumen cadangan belanjawan yang diumumkan di bangunan Parlimen petang ini, perikatan tiga parti itu, dalam usaha menuju ke Putrajaya berkata, cadangan pihaknya akan membolehkan rakyat memiliki pendapatan boleh diguna pakai tambahan sebanyak RM930 setiap bulan.

Angka itu adalah hasil penjimatan harga kereta yang lebih rendah iaitu sebanyak RM70, penjimatan daripada penghapusan tol (RM50), penghapusan pinjaman bagi peminjam PTPTN yang layak (RM200), elaun pengajaran khas yang dijanjikan dalam Buku Jingga (RM500), sumbangan kerajaan ke dalam Caruman Wanita Nasional (RM50) dan penjimatan daripada harga makanan dan barangan susulan kos minyak dan pengangkutan (RM60).

"Negara mesti bergerak ke fasa baru kerana dasar bumiputera telah disalahguna untuk memperkayakan beberapa pihak sahaja.

"Sokongan (kepada yang memerlukan) melalui tindakan afirmatif, akan diteruskan tetapi tidak perlu berdasarkan etnik untuk membantu golongan miskin," kata Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim.

Tambahnya, di Selangor dan Pulau Pinang, dasar seperti skim mikro kredit tidak berasaskan kaum, tetapi sebahagian besar bumiputera menerima manfaatnya.

"Ini bermaksud, kaum India yang layak juga akan dibantu, dan ini tidak merompak hak orang Melayu," katanya.

Bajet alternatif itu juga mensasarkan tindakan untuk membatalkan 1Malaysian Development Berhad (1MBD) yang ditubuhkan kerajaan, dengan semua kepentingannya diambil alih oleh cabang pelaburan persekutuan Khazanah Malaysia.

GAMBAR TERBARU NORA DANISH YANG COMEL SEPTEMBER 2012

GAMBAR TERBARU NORA DANISH YANG COMEL SEPTEMBER 2012 | Gambar Artis - Pelakon dan juga janda meletup 1Malaysia, Nora Danish sering kali memuat naik gambar terbarunya ke dalam laman sosial miliknya. Dan di bawah ini adalah gambar terbaru yang kami dapat tangkap dan ianya sangat comel ibarat gadis remaja yang masih bersekolah.

GAMBAR MAYA KARIN SAMBUT HARI JADI DI NEPAL


GAMBAR MAYA KARIN SAMBUT HARI JADI DI NEPAL | BIRTHDAY PARTY | Gambar Artis - Selebriti cantik dan popular tanah air, Maya Karin bakal meraikan hari lahir di Nepal. Tidak cukup dengan itu, beliau bercadang ingin mendaki gunung di sana.

Beliau bersama bapanya akan mengembara selama 10 hari ke Nepal dan merancang untuk mendaki gunung. Percutian yang dirancang sekitar bulan hadapan ini kebetulan bertindan dengan tarikh hari lahir Maya Karin iaitu 29 Oktober.

 
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved