Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

WANITA PUAS SEKS LEBIH JELITA

on 16 December 2012


Dikatakan hubungan seks mampu mengubati apa jua penyakit yang singgah ke tubuh. Malah, kenyataan ini mulai dipersetujui oleh penyelidik-penyelidik perubatan. Kata mereka, aktiviti seks yang teratur berupaya memperbaiki peredaran darah, menghalang penyakit dan berkemungkinan besar meningkatkan tahap imunisasi badan.

Begitu juga dari sudut emosi. Dipercayai, wanita-wanita yang cukup puas mendapat keperluan jasmani kurang berhadapan masalah tekanan perasaan malah memiliki daya keyakinan diri yang tinggi selain penampilan keseluruhan yang lebih positif. Sebenarnya, apa yang dinyatakan itu hanya sebahagian daripada keseronokan mengadakan hubungan asmara. Ada beberapa keistimewaan melakukan seks selepas berkahwin.

Wajah berseri

Tidak dinafi, kebanyakan wanita berkongsi pendapat yang sama iaitu hubungan seks yang dilakukan secara teratur mampu membuatkan kulit menjadi lebih mulus dan bersinar malah jelita. Benarkah begitu?

Dikatakan, kebangkitan fizikal tidak hanya meningkatkan peredaran darah sebaliknya berupaya menaikkan paras estrogen yang berfungsi untuk mengekalkan kulit wajah yang berminyak dan lembut. Dalam masa yang sama, ia juga membuatkan rambut kelihatan lebih lebat dan sihat.

Bentuk tubuh yang menarik

Letih bersenam di gimnasium atau penat berdiet semata-mata untuk mendapatkan tubuh badan yang cantik? Sebenarnya, terdapat cara yang lebih mudah untuk merealisasikan impian anda itu.

Cukup hanya di rumah dan banyakkan belajar dari suami ketika mengadakan hubungan kelamin. Masih tidak faham? Sebenarnya, ketika anda melakukan seks, anda sebenarnya sedang bersenam tetapi gaya senaman yang dilakukan lebih menyeronokkan kerana saling bekerjasama.

Seseorang yang mempunyai kehidupan seksual yang lengkap dan teratur secara automatiknya memiliki daya keyakinan diri yang tinggi lantaran merasakan senaman tersebut serasi dengan tubuh.

Hilangkan lenguh-lenguh badan

Letih bermain badminton belum hilang ditambah pula dengan rasa sengal-sengal badan. Mungkin kerana lama tidak bersukan jadi ada sahaja urat-urat yang bersimpul dileraikan. Lazimnya, khidmat tukang urut diperlukan tetapi dalam hal ini, pasangan adalah ‘doktor’ yang paling hebat.

 Cari waktu yang menarik untuk berdua-duaan dengan pasangan dan nikmati keseronokan tanpa gangguan daripada anak-anak. Pasti kesakitan yang ditanggung itu mampu dipulihkan setelah hubungan seks dilakukan.

Kenapa? Ini kerana setiap kali hubungan kelamin berlangsung, sejenis hormon yang dinamakan endorphin telah dikeluarkan yang mana ia adalah ubat penahan sakit secara semula jadi yang dikeluarkan oleh tubuh.

Malah, penulis buku “The Healing Power of Sex” menjelaskan bahawa sekali orgasma mampu menjauhkan seseorang dari sakit selama enam jam.  

Kitaran haid yang teratur

Menurut Winnifred Cutler, pengarang buku “Love Cycles”, wanita yang mengadakan hubungan seks setiap minggu mudah menjangkakan kedatangan haid berbanding wanita-wanita bujang atau kurang melakukan hubungan kelamin dengan pasangan.

 Ini kerana, wanita yang mempunyai pusingan haid yang teratur lebih mudah menjangkakan bila waktu suburnya. Jadi, dengan mudah keduanya merancang untuk memiliki cahaya mata setelah mengetahui waktu penting tersebut.

GEMPAR!!! VIDEO LELAKI BERCAHAYA DI MASJID NABAWI


GEMPAR!!! VIDEO LELAKI BERCAHAYA DI MASJID NABAWI - Gempar apabila satu video yang dirakamkan di dalam Masjid Nabawi terdapat penampakan seorang lelaki yang bercahaya.


Adakah lelaki itu kelihatan bercahaya kerana pantulan cahaya matahari? Atau apakah lelaki itu adalah malaikat yang menjelmakan diri menjadi manusia, kerana malaikat dicipta oleh Allah daripada cahaya dan mampu menjelma menjadi manusia. Wallahualam...

LIVE STREAMING ANUGERAH PLANET MUZIK 2012

on 15 December 2012


LIVE STREAMING ANUGERAH PLANET MUZIK 2012 - Anuegrah Planet Muzik 2012 akan berlangsung pada 15 Disember 2012 pada jam 8.30  malam. Jangan lupa untuk menyaksikan siaran langsung Anugerah Skrin 2012 di Astro Ria. Kepada mereka yang Astro, Anugerah Planet Muzik 2012 boleh di tonton secara online streaming di sini.

GAMBAR SHAH RUKH KHAN RAIKAN BIRTHDAY KE-87 TUN MAHATHIR

GAMBAR SHAH RUKH KHAN RAIKAN BIRTHDAY KE-87 TUN MAHATHIR - Megastar Bollywood, Shah Rukh Khan telah terbang ke Malaysia untuk beberapa jam demi meraikan pemimpin kesayangan beliau, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Hari ulangtahun kelahiran Tun M yang ke-87 ini telah dianjurkan Lord's Tailor di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Dato' Shah Rukh Khan mempersembahkan lagu Kuch Kuch Hota Hai sempena ulangtahun kelahiran bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamed (Tun M) yang ke-87.

Lagu Kuch Kuch Hota Hai itu dipersembahkan oleh Shah Rukh Khan sewaktu Tun Mahathir selesai memotong kek hari ulangtahun kelahirannya yang setinggi 5 tingkat itu.

 
 
 
 

GAMBAR PEMBANTU RUMAH NORA DANISH YANG SANGAT HOT

on 14 December 2012

GAMBAR PEMBANTU RUMAH NORA DANISH YANG SANGAT HOT - Memang boleh tahan cantik amah yang diupah oleh Nora Danish, mengalahkan tuannya sendiri. Pasti ramai yang akan tergoda apabila melihat gambar di bawah ini.

 

APA SUDAH JADI DENGAN USTAZ DON???

APA SUDAH JADI DENGAN USTAZ DON??? - Tidak dinafikan, nama pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, 28, semakin meniti di bibir masyarakat.

Sejak muncul dengan program 30 Minit Ustaz Don di TV Alhijrah, ramai yang menyukai gaya penyampaian dakwahnya yang bersahaja.

Maka, tidak hairanlah ramai pihak ingin menjemput Ustaz Don di dalam program mereka bagi mendengar sendiri ceramah disampaikannya.

Bagaimanapun, Zass mendapat aduan daripada sumber yang mengatakan ikon baru dakwah ini telah memungkiri janji.

Menurut sumber itu, Ustaz Don sepatutnya menjayakan program anjuran sebuah jabatan di Kuala Lumpur, semalam, tetapi dibatalkan di saat akhir.

Sedangkan, kata persetujuan telah dicapai dan 300 tetamu sudah menanti tetapi bayang Ustaz Don tidak kelihatan.

Zass mendapatkan kenyataan daripada pihak Ustaz Don dan pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Mirza, tidak menafikan kejadian itu sememangnya berlaku.

Bagaimanapun, Mirza menjelaskan, Ustaz Don tidak terlibat dalam hal itu dan kesalahan berpunca daripadanya.
"Memang pada mulanya tarikh telah dipilih tetapi saya kemudiannya mendapati tarikh itu bertembung dengan komitmen lain.

"Saya cuba berhubung dengan penganjur dan memberitahu hal tersebut.

"Namun, saya tidak sedar telah tersilap menyalin nombor penganjur membuatkan mereka tidak mendapat makluman," katanya ketika dihubungi.

Menurut Mirza, dia sudah pun meminta maaf kepada penganjur dan menjelaskan hal yang sebenar.

Ketika dihubungi Zass, Mirza berkata, Ustaz Don belum mengetahui kejadian tersebut.
Dalam pada itu, Mirza menolak anggapan sesetengah pihak bahawa Ustaz Don sudah mula 'demand' dan mengenakan bayaran tertentu untuk menjemputnya.

"Ustaz Don masih sama seperti dulu. Dia sangat komited dengan dakwah dan tidak memikirkan mengenai bayaran.

"Saya harap dengan penjelasan ini akan membersihkan nama Ustaz Don kerana dia tidak bersalah," katanya.

TONTON VIDEO ADAM DAN HAWA EPISOD 64


TONTON VIDEO ADAM DAN HAWA EPISOD 64 - Terlepas menonton Adam & Hawa episod 64, tidak mengapa kami ada sediakan link download dan menonton secara streaming.

KENALI PENGADIL YANG MEMUSNAHKAN HARAPAN HARIMAU MALAYA KE FINAL PIALA AFF SUZUKI 2012


KENALI PENGADIL YANG MEMUSNAHKAN HARAPAN HARIMAU MALAYA KE FINAL PIALA AFF SUZUKI 2012 - Fadhli Shas dibuang padang, Malaysia melawan 12 orang termasuk pengadil ketika melawan pasukan Thailand pada peringkat separuh akhir Piala Aff Suzuki 2012. Inilah orangnya (gambar atas) yang menjadi punca kekalahan Malaysia. Namanya adalah Lee Min Hu, pengadil dari Korea yang berusia 33 tahun. Bekerja sebagai seorang guru bahasa Inggeris. Berpengalaman di peringkat antarabangsa sejak 2005.


Statistik perlawanan antarabangsa yang diadili oleh Lee Min Hu adalah 34. Dari 34 game dia layangkan 137 kad kuning dan 6 kad merah, keseluruhan 143 kad. Ini bermakna 4 kad setiap game. Rekod memang menunjukkan pengadil ini suka beri kad.


Kontroversi bukan perkara baru kerana Lee Min Hu pernah menimbulkan kontroversi bila terus memberikan kad merah pada Neill (pemain Australia) dalam perlawanan antara Australia dan Iraq pada 17 Oktober 2012. Mutu pengadilan Lee Min Hu sudah pun dipertikaikan oleh media antarabangsa, mengapa masih biarkan pengadil tersebut adili kejohanan AFF Suzuki pula?

GAMBAR MAJLIS PERNIKAHAN ZAKIAH ANAS DAN RAJA SHAHRUL AZMI

on 13 December 2012

GAMBAR MAJLIS PERNIKAHAN ZAKIAH ANAS DAN RAJA SHAHRUL AZMI - Tiada angin, tiada ribut yang sebenarnya tidak perlu, selebriti TV3, Zakiah Anas telah selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Raja Shahrul Azmi.

Dengan sekali lafaz, mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri pada jam 11.35 pagi, diwalikan oleh abang Zakiah, Mohd Adnan Anas.

Berpakaian serba putih, Zakiah Anas dan pasangannya, Raja Shahrul Azmi Raja Sahar, 42 tahun dinikahkan dengan masa kahwin RM13,500.

 
 
 
 

GAMBAR MAJLIS RESEPSI BETTY BENAFE DAN BRUCE DARGUS

MAJLIS RESEPSI BETTY BENAFE DAN BRUCE DARGUS - Tarikh 12 Disember 2012 ataupun 121212 menjadi pilihan ramai untuk meraikan detik istimewa dalam kehidupan mereka termasuklah Betty Banafe dan suami Bruce Dargus.

Majlis resepsi Betty Benafe dan Bruce Dargus telah berlangsung di Danga Bay, Johor Bahru menyaksikan pasangan ini tiba penuh bergaya di’atas sebuah kapal pelayaran mewah.

 
 
 
 
 
 
 
 

INIKAH CINTA BARU YUNA???

on 11 December 2012


CINTA BARU YUNA - Seperti semua sedia maklum, penyanyi muda yang berbakat besar, Yuna telah pun bergelar single. Tetapi, ada beberapa gambar Yuna dilihat mesra bersama seorang photografer mat saleh bernama Jules Schratter. Adakah ini kekasih baru Yuna???

APA SUDAH JADI DENGAN NAZMI FAIZ???


APA SUDAH JADI DENGAN NAZMI FAIZ??? - Ibu kepada pemain tengah kelahiran Malaysia, Nazmi Faiz telah diragut oleh seorang peragut yang tidak berguna. Berita ini telah dilaporkan sendiri oleh pemain Beira-Mar itu menerusi laman Twitter miliknya.

TOK GURU NIK AZIZ NIKAHKAN KHAIRUL FAHMI APEX DAN LEUNIEY


TOK GURU NIK AZIZ NIKAHKAN KHAIRUL FAHMI DAN LEUNIEY - Penjaga gol sensasi Harimau Malaya, Khairul Fahmi ataupun lebih dikenali sebagai Apex bakal bergelar suami kepada Leuniey Natasha. Apex, 23, akan diijabkabulkan pada 28 Disember ini di kediaman Leuniey bakal dinikahkan Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

"Alhamdulillah, insya'Allah, pasangan ini akan dinikahkan oleh Menteri Besar Kelantan. Perkara ini telah pun disahkan apabila pihak kami setelah menerima sepucuk surat rasmi dari Pejabat Menteri Besar Kelantan. Mengikut surat berkenaan, majlis pernikahan ini akan diadakan tepat jam 10 pagi," kata ayah kepada Leuniey.

TONTON VIDEO ADAM DAN HAWA EPISOD 61


TONTON VIDEO ADAM DAN HAWA EPISOD 61 - Terlepas menonton Adam & Hawa episod 61, tidak mengapa kami ada sediakan link download dan menonton secara streaming.

APA SUDAH JADI DENGAN NOORKUMALASARI???

on 10 December 2012

 

APA SUDAH JADI DENGAN NOORKUMALASARI??? - Pelakon terkenal era 90-an, Noorkumalasari mengesahkan dirinya tidak lagi mahu berkecimpung dalam dunia hiburan, apatah lagi untuk berlakonan.

Malah, Noorkumalasari, 56, berkata era kegemilanganya ketika popular menerusi filem Mira Edora dan Adik Manja itu sudah lama berakhir dan bersyukur kerana telah dikurniakan hidayah awal sebelum nyawanya diambil oleh Allah s.w.t.

"Sudah lama saya bersara dan tidak teringin untuk kembali berlakon. Bukan kerana sudah puas berlakon tetapi saya rasa bertuah kerana berhijrah pada masa yang tepat.

"Bayangkanlah, jika saya masih seperti dulu dan Tuhan ambil nyawa saya. Pastinya saya merupakan umat yang paling rugi.

"Cukuplah, dulu berkejar-kejar untuk glamor tetapi sekarang saya berkejar-kejar untuk ke Masjid," katanya.

GAMBAR MAJLIS PERTUNANGAN SHAH JASZLE DAN REDZWANI PUTERI

GAMBAR MAJLIS PERTUNANGAN SHAH JASZLE DAN REDZWANI PUTERI - Selebriti tanah air, Shah Jaszle dan Redzwani Puteri yang telah pun selamat bertunang 8 Disember 2012 ataupun hari Sabtu miggu lepas. Kedua-duanya nampak comel sangat dalam persalinan berwarna pink. Memang sama cantik dan sama padan.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

GAMBAR FARID KAMIL DAN DIANA DANIELLE TERIMA ANUGERAH

GAMBAR FARID KAMIL DAN DIANA DANIELLE TERIMA ANUGERAH - Mungkin ramai yang tidak tahu ketika majlis resepsi Farid Kamil dan Diana Danielle baru-baru ini, Diana Danielle telah mendapat anugerah khas daripada PLKN yang disampaikan oleh Ketua Pengarahnya Dato Hadi.

Ini kerana ketika Diana menyertai PLKN di Kem Princess Haliza Sepang, Selangor pada tahun 2009 lalu, beliau telah terpilih sebagai penembak terbaik di kalangan lapan pelatih di situ.

Selain itu, Farid juga telah dianugerahkan sijil perhargaan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Haji Ismail Haji Omar di atas kesudiannya menjayakan program kepolisan secara terbuka.

 
 
 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved