Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Pembunuh Kejam Adik Nurul Nadirah (Dirang) Ditangkap

on 14 March 2012

Salam sejahtera... Tak dapat nak dibayangkan pembunuh kejam adik Nurul Nadhirah punya hati yang macam mana? Hanya kerana RM30 000, sanggup membunuh seorang kanak-kanak berumur 3 tahun yang tidak berdosa selepas itu dibakar hingga rentung.

Ibu Nurul Nadirah, Roselyn sebelum ini melaporkan menerima panggilan telefon dan SMS daripada seorang wanita yang tidak dikenali mengugut untuk membunuh Nurul Nadirah ataupun nama manjanya, Dirang jika tidak dibayar wang tebusan sebanyak RM30 000. Polis semalam mengesahkan mayat rentung yang ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai dekat sini pada Khamis lalu sebagai Nurul Nadhirah setelah mendapat keputusan hasil ujian asid Deoksiribonukleik (DNA) daripada Jabatan Kimia.


Nurul Nadhirah hilang pada 1 Mac lalu ketika keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit di kawasan kediamannya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengunjungi keluarga Nurul Nadhirah atau lebih dikenali sebagai Dirang di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam Pasir Gudang di sini hari ini.

Sambil menyifatkan individu yang terlibat dalam kes bunuh dan bakar kanak-kanak itu sebagai penjenayah kejam, berhati binatang dan tidak berperikemanusian menyiksa insan kerdil yang tidak berdosa, beliau menegaskan suspek yang terlibat akan dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin.

Katanya, tiga daripada empat suspek termasuk seorang wanita berumur 30 hingga 40 tahun itu didapati positif dadah jenis metamphetamine dan ice manakala dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau bagi kesalahan dadah dan curi.

 

p/s: Semoga Allah cucuri rahmatNya ke atas roh adik Nurul Nadirah dan memberikan ketenangan dan ketabahan kepada kepada ibunya yang mengasihinya. ingin tengok gambar di tempat kejadian, klik sini (SUMBER)
Ranking: 5

{ 10 ong gedek gedek... read them below or add one }

aswadz said...

semoga penjenayah dijatuhkan hukuman seberat2 nyer, setimpal dgn jenayah yg dibuat.

al-fatihah.


14 March 2012 at 09:21
MommyIZZ5 said...

Al fatihah...
semoga roh aruah tenang (sedih sgt bila terbayangkan yg adik dirang lapar time tu)


cuba call nombor yang tertera tu,nombor tu masih aktif lagi..rasa nak jer maki hamun manusia kejam tu...


14 March 2012 at 09:35
Muhamad Rozaide said...

Gila terbaik ! Tapi , malang . Jnayah tuwh xde otak . Mcm lawh Polis xleyh trace kn . ~Blur . xD


14 March 2012 at 12:32
Afiqah said...

err. sangat kejam.
takpe. selamat kat dunia. tapi kat akhirat TAKKAN selamat !


14 March 2012 at 12:38
Unknown said...

moga balasan yg setimpal utk manusia yg sekejam itu....


14 March 2012 at 13:20
gnesop said...

3 tahun ke 5 tahun?


14 March 2012 at 22:50
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved