Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

GILIRAN MAJALAH SEPANYOL PULA TERBIT KARIKATUR HINA NABI MUHAMMAD

on 28 September 2012


GILIRAN MAJALAH SEPANYOL PULA TERBIT KARIKATUR HINA NABI MUHAMMAD - Selepas beberapa hari majalah Perancis menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad, kini giliran majalah Sepanyol menerbitkan karikatur menggambarkan wajah Nabi Muhammad SAW pada muka depan, langkah yang dijangka mencetuskan lagi kemarahan umat Islam.

Edisi terbaru El Jueves muncul di pasaran semalam dengan karikatur muka depan menggambarkan beberapa Muslim berbaris dengan nombor tahanan polis masing-masing manakala kapsyennya pula menyebut "adakah sesiapa tahu rupa Nabi Muhammad."

Laporan Reuters menyebut isu terbaru ini turut mencetuskan debat di Barat mengenai soal tapisan kandungan dan kebebasan berucap.

Kedutaan Sepanyol semalam mengeluarkan nasihat kepada warganegaranya di Mesir agar berhati-hati jika tercetus protes dan tindak balas ekoran penerbitan karikatur itu.
Ranking: 5

{ 0 ong gedek gedek... read them below or add one }

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved