Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

PAKEJ IBU DAN ANAK, WANITA HAMIL DIJUAL RM 400

on 27 September 2012


PAKEJ IBU DAN ANAK, WANITA HAMIL DIJUAL RM 400 | Isu Semasa - “Tergamak dia menjual saya dan kandungan yang berusia lapan bulan dengan harga semurah RM400,” kata wanita dikenali sebagai Asmah, 25 yang dijual rakan karibnyanya kepada sepasang suami isteri sebelum diselamatkan.

Menurutnya, rakannya itu bersama teman lelaki yang kedua-duanya berusia 30-an menjualnya kepada sepasang suami isteri di Damansara, di sini, jam 9 malam, 20 September lalu selepas dibawa dari rumahnya di Meru, Klang.

Asmah yang juga warga Indonesia berkata, dia mengenali pasangan kekasih terbabit yang juga jirannya sejak beberapa bulan lalu.

“Saya mengandung anak sulung hasil perkahwinan dengan suami yang juga warga Indonesia dan bekerja sebagai buruh sejak tiga tahun lalu di negara ini.
Ranking: 5

{ 1 ong gedek gedek... read them below or add one }

Unknown said...

kesian dia.... kerana wang manusia sanggup buat apa saja.....


27 September 2012 at 09:21
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved