Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

GONCANG BAYI SAMPAI KOMA

on 27 December 2012


GONCANG BAYI SAMPAI KOMA - Seorang bayi perempuan berumur 38 hari terlantar koma di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar dipercayai akibat didera termasuk digoncang badannya dengan kuat oleh bapa kandungnya.

Mangsa yang dikenali Sofia Juliana dimasukkan ke hospital itu jam 5 pagi Isnin lalu, selepas mengalami sawan dan tidak sedarkan diri selepas diperlakukan dengan kasar termasuk ditepuk belakang badan dengan kuat oleh bapanya berusia 20-an.

Difahamkan, bayi itu diperlakukan sedemikian selepas bapanya berang kerana dia tidak berhenti menangis.

Datuk mangsa, Mahamud Hassan, 58, ketika menceritakan perbuatan tidak berperikemanusiaan lelaki terbabit berkata, dia juga percaya anak perempuannya yang juga ibu mangsa, Junita Mahamud, 23, turut dipukul suaminya jika dia cuba menghalang perbuatan mendera bayi mereka itu.

Mahamud dari Jalan Padang Besar, dekat sini, berkata, dia diberitahu mengenai kejadian itu oleh abang Junita ketika berada di Songkhla, Thailand.
Ranking: 5

{ 3 ong gedek gedek... read them below or add one }

Hidayu Bolia said...

sengal punyer bapak...


27 December 2012 at 09:35
Unknown said...

bapak tak sedar diri......
kesian kat baby tu....


27 December 2012 at 12:41
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved