Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

TOYOTA ALPHARD RENTUNG LANGGAR LEMBU

on 3 December 2012


TOYOTA ALPHARD RENTUNG LANGGAR LEMBU - Perjalanan sebuah keluarga termasuk tiga kanak-kanak pulang ke Johor selepas membeli-belah di bandar raya ini, bertukar detik menakutkan apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard dinaiki mereka merempuh seekor lembu sebelum terbabas dan terbakar di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), berdekatan persimpangan Telok Mas, dekat sini, malam kelmarin.

Kemalangan kira-kira jam 11 malam itu turut menyebabkan lembu berkenaan mati di tempat kejadian. Menceritakan detik cemas itu, mangsa, Lim Yok Chin, 46, berkata dia yang memandu kereta berkenaan baru selesai membeli-belah bersama enam ahli keluarganya termasuk tiga kanak-kanak lelaki berusia sembilan dan 10 tahun di sebuah pusat beli-belah terkemuka. “Setibanya di lokasi kejadian, saya yang berada di lorong kiri dipotong sebuah kenderaan lain sebelum terkejut melihat seekor lembu tiba-tiba muncul atas jalan.

“Pada waktu itu, saya gagal mengawal kereta lalu melanggar binatang berkenaan sebelum terbabas. Sejurus rempuhan, saya mendapati enjin turut berasap dan segera mengarahkan semua ahli keluarga keluar menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui Harian Metro di tempat kejadian, kelmarin. Menurut ahli perniagaan itu, dalam tempoh 10 minit, kereta miliknya terbakar dan mereka hanya mampu melihat berikutan api terlalu marak.

“Apabila diperhatikan, saya mendapati lembu yang dilanggar turut mati dan tidak pasti sama ada ia tercampak atau sebaliknya berikutan kejadian berlaku begitu pantas. “Saya gagal menyelamatkan apa-apa di dalam kereta termasuk barangan terutama tilam yang baru dibeli. Nilai semua barangan itu dianggarkan RM1,300,” katanya yang menetap di Muar.

Kata Lim yang masih terkejut dengan kejadian itu, kereta berkenaan dibeli dua tahun lalu dengan harga RM180,000.

“Walaupun mengalami kerugian, saya bersyukur kerana kami sekeluarga terselamat dan tidak mengalami kecederaan serius dalam kemalangan ini.

“Selain itu, saya berterima kasih dengan keprihatinan orang awam yang membantu menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan lanjut,” katanya yang turut meminta pihak berkaitan berbuat sesuatu bagi mengelak kejadian sama berulang.
Ranking: 5

{ 1 ong gedek gedek... read them below or add one }

Unknown said...

sayang nya ...keta masih baru.....


3 December 2012 at 16:41
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved