Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

NAJWA LATIFF ANAK DERHAKA DAN LALAI SELEPAS POPULAR

on 5 December 2012


NAJWA LATIFF ANAK DERHAKA DAN LALAI SELEPAS POPULAR - Bapa kepada Najwa Latiff ,Abdul Latif Ismail, 51, meluahkan perasaan terhadap sikap Najwa Latif yang seakan melupakan beliau.

“Cukup cukuplah menjadi anak derhaka! Yang saya inginkan ialah anak anak datang berjumpa saya serta memohon maaf sebelum saya menutup mata,” luah Abdul Latif.

“Mereka berkata kepada media, hubungan dengan saya keruh kerana masalah keluarga — saya berani mengesahkan ianya bukan masalah keluarga tetapi disiplin anak”


“Selepas bercerai dengan ibu Najwa pada 2008, hubungan saya dan anak anak baik. Kami sering keluar makan & ada kala menonton wayang bersama,” tambah beliau lagi.

“Hubungan kami mula dingin pada 2011 selepas saya menegur sikap mereka. Salahkah sebagai bapa saya menegur anak?” jelas Abdul Latif hari ini yang turut mendakwa Najwa Latif semakin lalai selepas mengecap populariti sebagai penyanyi.

“Paling saya terkilan apabila anak langsung tidak menziarah atau bertanya khabar ketika saya hendak pergi menunaikan haji pada 20 November tahun lalu. Saya ingatkan apabila kembali ke tanah air mereka akan menunggu — luluh hati saya apabila tiada seorang pun daripada mereka yang tunjuk muka”
Ranking: 5

{ 5 ong gedek gedek... read them below or add one }

Diari Si Froggie said...

macam2.. kalau betul lah najwa latif macam tu harap dia berubahlah.. ayah tetap ayah walaupun buruk mana pun dia.


5 December 2012 at 12:38
Unknown said...

camtu pulak..... salah faham kut......


5 December 2012 at 14:59
MalizaMah said...

seburuk mana pun.. itu tetap ayah. mgkin najwa latif boleh kata, yeahhh anda tidak berada di tmpt saya .. tp tnpa ayah, wujudkah kita?


6 December 2012 at 01:56
Unknown said...

masalh anak beranak..biarlah mereka selesaikn secara baik.mungkin ada salah faham.doakan yg terbaik.


8 December 2012 at 21:13
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved