Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Bakso Oh Bakso!!!

on 18 October 2011

Assalamualaikum.. da lama aku tak menaip entry di blog ini.. asyik asyik copy paste dari facebook je.. :) 0k2, kali nie aku nak bercerita makan bakso pulak. sape pernah makan bakso angkat tangan? nampaknya sikit je yang angkat tangan. sebelum aku merepek lebih detail lagi, takot korang bosan pulak. :)

Bakso nie sejenis makanan yang berasal dari negara seberang. Ia macam sup jugakla tapi ia ade bebola daging (dibuat khas, bukan supermarket punye k) diletak pula dengan mee ataupun mihun. Ia sangat sedap dimakan pabila ade kicap istimewa, cili, sambal belacan (hijau). korang boleh imagine tak rupe bakso camno..

0k2, semalam aku telah memakan bakso, the very first time, itupun setelah disarankan oleh tokey kedai makan yang aku n the gang lepak . beliau cerita punye la sedap lalu aku pun cube la try. Nampaknye, bakso yang aku oder tidak mengecewakan, dapat pulak orang indon yang buat. sebagai perencah tambahan, aku letak kicap, cili dan juga sambal belacan banyak-banyak. abes muka aku berpeluh cam main badminton tiga set je. siyes terbaek wey!!!

ihsan mr google
p/s: terliur pulak nak makan bakso lagi.. lalala

MAK MENCARIKAN JODOH UNTUK ANAK LELAKINYA

on 17 October 2011

Ok..Ceritanya berbunyi macam ni........

Pada suatu hari tu, si ibu pun bawakla calon-calon yang dia rasa sesuai untuk dijadikan isteri kepada anaknya tu merangkap bakal menantunya la kan.

Si ibu ni jemput semua calon-calon tadi datang ke dalam rumahnya. Si ibu ni pun panggil la anak sulung lelakinya tu untuk pilih yang mana-mana dia berkenan...Sebab semua yang datang ni hot-hot belaka..Mustahil tak dak sorang pun yang melekat.

OK..Calon-calonya adalah seperti berikut:
Calon Pertama:

Ciri-ciri: Kulit cerah, rambut ikal mayang, pipi gebu, BUKIT BESAR!
Pekerjaan: Operator telefon a.k.a customer service merangkap receptionist

Si anak lelaki menolak calon pertama. Si ibu tanya la sebab dia menolak. Si anaknya pun dengan selamba berkata:

"Ala Mak...yang ni tak syiioookkkk....dia nih selalu cakap

MAAF, SILA TUNGGU SEBENTAR"
REJECT!!!

Calon Kedua:

Ciri-ciri: Kulit sawo matang, mata bulat dan besar,badan 100% bergetah, BUKITnya very nice..
Pekerjaan: Setiausaha

Yang kedua pun tolak jugak!Haih!!! Alasannya dia tolak "Nih lagi tak syok...asyik-asyik,

HARAP BERSABAR...SILA BERSABAR"
REJECT!!

Si ibu pulak makin risau sebab kebanyakkan calon yang ditunjukkan tak memenuhi kriteria anak
lelakinya tu...Demand sungguh! Si ibu pun jemput calon terakhir...Dengan penuh kecewa dia rasa si anak akan tolak calon ketiga.

Calon Ketiga dan Terakhir:

Ciri-ciri: Kulit gelap-gelita, mata sepet sikit, badan 50% bergetah, BUKITnya kurang memuaskan.
Pekerjaan: Guru.

Tanpa segan silu dan memikir panjang lalu si anak lelaki ini bersetuju untuk memilih calon ini. Si ibu pun yang pening kepala tadi tiba-tiba terkejut lalu bertanya kepada anak lelakinya tu sebab dipilih calon yang terakhir ni. Lalu anaknya pun bagitau... "Hah! mak nih la syok sikit...kalau cikgu best pasal dia selalu cakap

ULANG SEKALI LAGI, BUAT BANYAK-BANYAK, SALAH NI , BUAT MACAM NI 10 KALI LAGI. TERUSKAN..HAAA..TERUSKAN DAH BETUL TU..."
NAK!!NAK!!NAK!!

Tiba-tiba adik lelaki tersebut yang berumur 10 tahun menyampuk.. "Bang!!!....Abang kawin la dengan konduktor bas. Lagi syok!!!!....Diorang selalu cakap....

"NAIK CEPAT,NAIK CEPAT...MASUK, MASUK.....MASUK LAGI, DALAM LAGI...DALAM LAGILAAAAHHHHHHHHHHHHHH, MASUK BELAKANG....BELAKANG LAGI, LAGI BELAKANG"

Boboiboy kartun terbaik
p/s: miera dah share 7 churp churp tuk korang..rjin rjinla jenguk ye di zon cari makan ataupun korang boleh klik nombor bertuah korang kat sini. 1, 2, 3, 4, 5, 6 dan juga 7.  peace!!!

Cerita Ke Masjid

on 16 October 2011

Seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwudu' dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudu', dan, berjalan menuju masjid.

Dlm perjalanan ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yg sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Dirumah, dia, sekali lagi berganti baju, berwudu' dan berjalan lagi menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa lalu lelaki itu menjawab "Saya melihat kamu jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.' Lelaki muda mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.

Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab:

AKU ADALAH SYAITAN !

Lelaki muda itu sungguh terkejut..!

Syaitan menjelaskan, ''Saya melihat kamu berjalan ke masjid,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuatmu merubah fikiran tetapi tetap kembali ke masjid.

Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu. Saya KHUATIR jika saya membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa kamu sampai dimasjid dgn selamat..'



Moral :Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal kita perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat baik tersebut .

SEGMEN NASZ : KUMPUL DAN SERANG ...

on 15 October 2011


kumpul dan serang??
jom kawan-kawan...
ahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved