Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Muka Lisa Surihani Menyerupai Ibunya Semasa Muda

on 1 February 2012

Salam sejahtera... untuk pengetahuan pembaca-pembaca sekalian, miera adalah peminat nombor satu Lisa Surihani. dan entri kali ini adalah berkisar mengenai Lisa Surihani. jom baca...

Kalau para pembaca ingin tahu, wajah Lisa Surihani yang cantik menawan itu sangat menyerupai wajah ibunya semasa muda. Beliau sendiri telah berkongsi gambar ibunya ketika zaman muda dahulu di facebook nya . memang seiras betul wajah anak-beranak ini. benarlah kata orang, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. sekali tengok, memang wajah muda ibunya.


p/s: antara banyak-banyak pembaca yang ada, ada tak yang muka mirip miera. ehehe

Robin Van Persie Sah Ke Barcelona

Salam sejahtera... hari ini miera ada satu berita yang kurang gembira bagi peminat-peminat Arsenal. Nampaknya, Barcelona telah berjaya mengikat ayam tambatan yang juga penyerang berbisa Arsenal iaitu Robie Van Persie (RVP) selama 4 tahun setengah dengan yuran perpindahan sebanyak £83 million sekaligus menjadikan rekod yuran perpindahan paling mahal di dunia. lalala


p/s: Wow! lepas ni meraunglah peminat Arsenal. farewell Arsenal. ahaha

Satria Neo Baru - Proton Artiga

on 31 January 2012

Salam sejahtera... Proton sebenarnya telah mempamerkan model konsep Artiga di Pameran Tokyo Auto Saloon 2012. Model konsep Artiga pernah juga dipamerkan di Pameran motor Shanghai tahun lepas adalah hasil kerjasama dengan Youngman di China.

Rupa bentuk Proton Artiga ini seakan-akan Proton Satria Neo. Dengan bodykit yang lebar dan rim yang besar, kereta ini secara keseluruhannya nampak lebih garang. Lampu depan yang direka semula juga sepadan dengan rekaan gril dan bumper depan. Jom kita tengok gambar menarik Proton Artiga baru ini.





p/s: kalau model ini menjadi realiti dan dipasarkan di negara kita, pasti ramai yang tergila-gila. ahaha

Gambar Guru Paling Cantik Di Dunia

Salam sejahtera... pernah tidak para pembaca sekalian membayangkan seorang cikgu yang cantik bak bidadari mengajar kita? Di China, terdapat seorang guru yang cantik menawan telah mengajar di satu sekolah rendah di sana. Selain itu, beliau juga merupakan model sambilan semakin dikenali ramai selepas muncul di rancangan TV dan ditabalkan 'China Most Beautiful Female Teacher'.
  
Namun, sejak kebelakangan ini, beliau telah mengalami populariti yang besar di internet tetapi pada masa yang sama juga pengalaman yang kritikal dan dicemuh. "Saya hanya orang biasa, saya hanya mahu kehidupan yang normal, tidak cuba untuk mendapatkan publisiti", kata Zhu Songhua, guru yang luar biasa yang tidak pernah memenangi anugerah untuk pengajaran teladan.





p/s: amacam para jejaka, berkenan tak dengan calon ini?? ahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved