Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

permintaan makanan terakhir banduan hukuman mati

on 8 February 2012

Salam sejahtera... 'Barisan Banduan Hukuman Mati' dari dokumen James Reynolds adalah dokumen berkaitan dengan permintaan makanan terakhir para banduan yang bakal menjalani hukuman mati. Makanan yang diminta oleh mereka sangat sadis kerana mereka terlalu memikirkan apa yang ingin dimakan pada saat-saat akhir sebelum menjalani hukuman mati.

Antara pilihan makanan adalah aiskrim, sekotak rokok, seketul buah zaitun ataupun seketul donat. Mungkin kita semua berfikir mereka akan meminta dengan pelbagai hidangan yang luar biasa dan tidak masuk akal tetapi susah untuk kita berfikir bagaimana seketul donut mampu membuat mereka berasa gembira di saat-saat paling genting dalam hidup mereka.


p/s: insaf...

Gambar Ana Rafali Bertudung Semenjak Maulidur Rasul Yang Lalu

on 7 February 2012

Assalamualaikum... bayangkan betapa gembiranya hati bakal suami Ana Rafali apabila Ana mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya semenjak Maulidur Rasul yang lalu. ini satu berita baik untuk Ana Rafali, keluarganya, bakal suami dan kesemua umat Islam. tahniah miera ucapkan kepada Ana Rafali atas penghijrahan ini.


p/s: miera harap Ana Rafali akan terus bertudung sampai bila-bila. jangan hangat-hangat tahi ayam saja.

Gadis cantik ini tidak pernah cuci make-up selama 2 tahun

Salam sejahtera... Apa yang terjadi ketika seseorang mengenakan make-upnya terus menerus selama 2 tahun? Gadis dari korea ini sempat hadir di acara televisyen hingga kemudian ditangani oleh doktor.


 Namanya, Bae-Dal-mi. Seorang gadis berusia 20 tahun berasal korea. "Saya ingin tampil sempurna bila-bila masa, bahkan saya tetap menggunakan make-up ketika tidur," katanya. Kebiasaan ini bermula ketika dirinya jatuh cinta dengan make-up pada usia 14 tahun. Semenjak itu, dari masa ke semasa make-up yang digunakannya semakin tebal.

Dia mengatakan bahawa benda yang paling penting dalam hidupnya adalah cermin. "Saya selalu melihat ke dalam cermin dan membawanya setiap masa," ujarnya pada sebuah acara variety show di korea. Walaupun dirinya termasuk cantik tanpa make-up, ia tetap tidak berpuas hati dengan penampilannya "Saya ingin melakukan operasi plastik di 10 tempat," katanya.

Ibunya yang putus asa atas perilaku Bae-Dal-mi menghubungi sebuah program televisyen di korea dan menceritakan kisah putrinya yang aneh. Ketika tampil di acara itulah seorang doktor ahli kecantikan berjaya memujuk gadis ini untuk menghapuskan make-upnya. Dan setelah pemeriksaan khusus, diketahui bahawa kulitnya kelihatan berumur dua kali ganda dari usia gadis itu sekarang.

   

p/s: umat Islam diwajibkan cuci muka lima kali sehari, jangan gedik nak buat seperti ini. hehe

Nasib Friendster Hari Ini

on 6 February 2012

Salam sejahtera... korang yang lahir tahun 80-an mesti pernah ada account friendster zaman-zaman dahulu kala tu kan? masa miera tengah bosan petang tadi, miera cuba untuk buka friendster sebab nak tengok apa perkembangan friendster hari ini. Sekali tengok, friendster bukan tempat untuk bersosial tetapi sudah jadi tempat main online game.

Ini semua gara-gara populariti Facebook dan Twitter yang buat Friendster ni makin dipinggirkan dengan kejam sekali. waktu Myspace bermaharajaleladulu-dulu pun, Friendster dah hilang banyak pengguna.

p/s: dengar cerita, facebook dah nak tutup. hoho
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved