Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

(Gambar) Penjara Paling Mewah Di Dunia

on 15 February 2012

Salam sejahtera... Penjara Halden di Norway dianggap penjara paling mewah di dunia kerana ia dilengkapi bilik air dan tingkap tanpa jeriji besi serta mempunyai lukisan bernilai AS$1.4 juta (RM4.4 juta).

Pembinaan penjara bernilai AS$ 22.2 juta (RM71.1 juta) itu mengambil masa 10 tahun untuk dibina dan digambarkan sebagai penjara paling berperikemanusiaan di dunia untuk 252 penghuninya. Arkitek penjara itu, Hans Henrik Hoilund mengakui penjara itu turut dihuni oleh banduan yang paling berbahaya di Norway.

Menurut beberapa pegawai penjara itu, setiap penghuni disediakan sebuah bilik persendirian lengkap dengan peti sejuk mini, televisyen skrin rata, sebuah bilik air mewah dan tingkap tanpa jeriji besi. Penjara itu mengandungi trek joging di kawasan hutan berdekatan dan sebuah rumah dua bilik tidur yang disediakan untuk banduan melayan keluarga yang melawat mereka..


p/s: penjara ini serupa dengan hotel lima bintang. hebat!

Gambar Pelajar Perempuan (Awek) Pecah Kepala

Assalamualaikum... Seorang pelajar perempuan sekolah menengah bersama neneknya telah dilanggar dengan teruk oleh lori mengikut sumber tempat kejadian adalah di Batu Pahat, Johor. Perkara ini terjadi mungkin disebabkan kelalaian lori ataupun pihak mangsa. Kita haruslah berhati-hati di jalan raya, bak kata pepatah malang tidak berbau. Apabila ajal sudah sampai, maka tidak akan terlewat walau sesaat pun kita dapat mengelaknya.


p/s:sangat ngeri gambar di atas. hoho

Gambar Awan Nano (Seram) di Langit

on 14 February 2012

Assalamualaikum... Apa itu awan? Awan ialah gumpalan wap air yang terapung di atmosfera. Ia kelihatan seperti asap berwarna putih atau kelabu di langit. Pelbagai bentuk yang aneh boleh dihasilkan oleh awan. Jom kita lihat antara awan-awan yang seram dan aneh pernah dijumpai. Jom lihat gambar pelik ni!


AWAN NANO PALING HEBAT
p/s: sungguh hebat ciptaan-Nya

(Mangastream) Selamat tinggal NARUTO, BLEACH & ONE PIECE

Salam sejahtera... miera ada satu berita yang kurang menyenangkan bagi peminat manga (komik dari Jepun). Satu laman web yang terkenal dengan manga Naruto, Bleach, One Piece, Hunter x Hunter, Katekyo Hitman Reborn, Claymore dan D.Gray-man (kebanyakan dari JUMP) telah diberhentikan serta merta atas kerana permintaan daripada Viz Media, sebuah syarikat yang memegang lesen terhadap manga yang disebutkan di atas. Susulan dari kenyataan Viz Media itu, Mangastream terpaksa mengeluarkan semua manga di bawah perlesenan Viz Media.


p/s : rasa-rasanya banyak lagi kan alternatif lain. korang kena bodek sikit pakcik google tu. ehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved