Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

(Gambar) Penjara Paling Mewah Di Dunia

on 15 February 2012

Salam sejahtera... Penjara Halden di Norway dianggap penjara paling mewah di dunia kerana ia dilengkapi bilik air dan tingkap tanpa jeriji besi serta mempunyai lukisan bernilai AS$1.4 juta (RM4.4 juta).

Pembinaan penjara bernilai AS$ 22.2 juta (RM71.1 juta) itu mengambil masa 10 tahun untuk dibina dan digambarkan sebagai penjara paling berperikemanusiaan di dunia untuk 252 penghuninya. Arkitek penjara itu, Hans Henrik Hoilund mengakui penjara itu turut dihuni oleh banduan yang paling berbahaya di Norway.

Menurut beberapa pegawai penjara itu, setiap penghuni disediakan sebuah bilik persendirian lengkap dengan peti sejuk mini, televisyen skrin rata, sebuah bilik air mewah dan tingkap tanpa jeriji besi. Penjara itu mengandungi trek joging di kawasan hutan berdekatan dan sebuah rumah dua bilik tidur yang disediakan untuk banduan melayan keluarga yang melawat mereka..


p/s: penjara ini serupa dengan hotel lima bintang. hebat!
Ranking: 5

{ 10 ong gedek gedek... read them below or add one }

Azek zk said...

nk juga rasa masuk penjara ni. hehehe..


15 February 2012 at 11:06
Ramona Bunga said...

ni penjara untuk orang-orang kaya je ni.


15 February 2012 at 11:12
Aishah Jahirah said...

mcm hotel....xksh kena pnjra cam2.huhuu


15 February 2012 at 11:35
naiemah_ramli said...

wahhhh...kalau pnjara gtu ramai org berebut nak masuk....hihihi


15 February 2012 at 11:41
Fendy said...

sape xnk masuk penjara...


15 February 2012 at 13:20
Popkorn said...

pergh..
bilik aku pon x cm ni


15 February 2012 at 15:13
Miss Purple Ungu said...

org kaya mana la yg duk penjara mewah camni huhu


15 February 2012 at 22:01
ridoma said...

hehe xgne da msuk pnjara selesa jika tahu ble ajalnya..


15 February 2012 at 23:14
missNick said...

perghhh penjara mcm hotel....klu macam tu senyum je la mana2 yg kena tangkap tu sebab terbayang2 tempat yg bakal dituju hehehe....


15 February 2012 at 23:27
aiNa yaZiD said...

peh kagum~! huhuhu setaraf hotel wei.. =)


16 February 2012 at 00:06
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved