Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

(Video) Separuh Mati Wanita Ini Ditakutkan Ala-Ala Bang Bang Boom

on 18 February 2012

Salam sejahtera... Sekarang dah jadi semacam trend di seluruh dunia untuk membuat lawak jenaka realiti seperti Bang Bang Boom dan Wakenabeb yang terdapat di Malaysia. Ada yang benar-benar menarik, namun ada jugak yang luar batasan. Kadang-kadang, penerbit pun tak faham batas dan bila nak berhenti apabila membuat lawak.


Daripada lawak berubah menjadi lawak bodoh, terutama dalam kes klip di bawah ini. Klip berkenaan memperlihatkan bagaimana seorang wanita yang baru habis kerja di Brazil dan ingin pulang ke rumah dipermainkan oleh krew sebuah program lawak realiti. apa lagi, jom terjah...


p/s: kalau miera kena camni, da lama saman program lawak bangang ni. hoho

Fitnah Pembangkang | Gambar Najib Memakai Tanda Dahi (Nandek) Dalam Upacara Hindu

on 17 February 2012

Salam sejahtera... nampaknya pihak pembangkang semakin terdesak untuk meraih undi sehinggakan mereka sanggup memfitnah Perdana Menteri kita. miera malas nak cakap panjang (nanti jadi dosa pula), jom terjah gambar fitnah jahat ini...
 

p/s: berhentilah sebelum terlambat wahai pihak pembangkang...

Sanggup Buka Tudung Untuk Menyertai Uji Bakat Program Realiti 'On Air'

Salam sejahtera... Ada peserta wanita yang sanggup buka tudung untuk jadi popular (glamour). Selain itu, ada juga yang sanggup tidur di dalam kereta semata-mata untuk mendapat borang peryertaan uji bakat 'Program Realiti ON AIR' oleh ASTRO. Betapa murahnya iman mereka ini.

Kata Aznil Nawawi dalam kolumnya di HM, 12 Februari lalu mendedahkan gelagat peserta-peserta dalam rancangan realiti On Air yang kini sedang disiarkan di Astro. Kata Aznil, ada yang terus menunggu walaupun borang yang dikhususkan untuk uji bakat itu telah habis diedarkan. Mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk menyertai program itu.

Yang paling mengejutkan, Aznil juga mendedahkan ada peserta bertudung yang gagal dalam uji bakat pada hari pertama sanggup menanggalkan tudung untuk  mencuba nasib pada hari kedua uji bakat.


p/s: betapa hebatnya penangan program realiti yang mampu membuat mereka popular sehinggakan mereka terlupa pada pencipta-Nya.

(Penjelasan Video) Kenapa Forex Haram?

Assalamualaikum... Baru-baru ini, Majlis Fatwa Kebangsaan telah dikeluarkan kenyataan berkaitan pengharaman Forex bagi umat Islam. Akibat daripada pengharaman berikut, ramai broker-broker (trader) Forex tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.


Di sini, miera ingin berkonsi satu video kenapa dikatakan FOREX ITU HARAM di sisi agama islam. Para pembaca khususnya broker-broker Forex, sila tengok dan fahami apa yang terkandung dalam video ini. jom terjah...



Faham tak kenapa dikatakan forex itu haram dan kenapa ada yang mengatakan forex itu halal? Jika para pembaca kurang jelas juga, korang semua boleh lawati di sini.

p/s: janganlah sesekali anda mendekatkan diri kepada yang haram.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved