Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

(Gambar Dan Video) Majlis Pernikahan Imam Muda Hassan Adli & Fadatul Ulfah

on 18 February 2012

Salam sejahtera... Tanggal 17 Februari cukup bermakna bagi Juara Imam Muda musim kedua, Mohd Hassan Adli Yahya. Pada tarikh itu, dia bukan saja menyambut ulang tahun yang ke-27 tetapi lebih istimewa bergelar suami kepada wanita yang berjaya membuka pintu hatinya.

Memilih bakal guru, Fadatul Ulfah Jamali sebagai suri hidup, majlis akad nikah pasangan ini berlangsung di Masjid Al Maarufiah, Kampung Parit Baru, Sabak Bernam pada 17 Februari, selepas solat Isyak.

Imam Muda Hassan menyerahkan mas kahwin sebanyak RM666 dan hantaran RM9999. Pihak Hassan membawa sembilan dulang hantaran dan berbalas 11 dulang.









p/s: tak sabar nak kawen la. hoho

(Video) Separuh Mati Wanita Ini Ditakutkan Ala-Ala Bang Bang Boom

Salam sejahtera... Sekarang dah jadi semacam trend di seluruh dunia untuk membuat lawak jenaka realiti seperti Bang Bang Boom dan Wakenabeb yang terdapat di Malaysia. Ada yang benar-benar menarik, namun ada jugak yang luar batasan. Kadang-kadang, penerbit pun tak faham batas dan bila nak berhenti apabila membuat lawak.


Daripada lawak berubah menjadi lawak bodoh, terutama dalam kes klip di bawah ini. Klip berkenaan memperlihatkan bagaimana seorang wanita yang baru habis kerja di Brazil dan ingin pulang ke rumah dipermainkan oleh krew sebuah program lawak realiti. apa lagi, jom terjah...


p/s: kalau miera kena camni, da lama saman program lawak bangang ni. hoho

Fitnah Pembangkang | Gambar Najib Memakai Tanda Dahi (Nandek) Dalam Upacara Hindu

on 17 February 2012

Salam sejahtera... nampaknya pihak pembangkang semakin terdesak untuk meraih undi sehinggakan mereka sanggup memfitnah Perdana Menteri kita. miera malas nak cakap panjang (nanti jadi dosa pula), jom terjah gambar fitnah jahat ini...
 

p/s: berhentilah sebelum terlambat wahai pihak pembangkang...

Sanggup Buka Tudung Untuk Menyertai Uji Bakat Program Realiti 'On Air'

Salam sejahtera... Ada peserta wanita yang sanggup buka tudung untuk jadi popular (glamour). Selain itu, ada juga yang sanggup tidur di dalam kereta semata-mata untuk mendapat borang peryertaan uji bakat 'Program Realiti ON AIR' oleh ASTRO. Betapa murahnya iman mereka ini.

Kata Aznil Nawawi dalam kolumnya di HM, 12 Februari lalu mendedahkan gelagat peserta-peserta dalam rancangan realiti On Air yang kini sedang disiarkan di Astro. Kata Aznil, ada yang terus menunggu walaupun borang yang dikhususkan untuk uji bakat itu telah habis diedarkan. Mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk menyertai program itu.

Yang paling mengejutkan, Aznil juga mendedahkan ada peserta bertudung yang gagal dalam uji bakat pada hari pertama sanggup menanggalkan tudung untuk  mencuba nasib pada hari kedua uji bakat.


p/s: betapa hebatnya penangan program realiti yang mampu membuat mereka popular sehinggakan mereka terlupa pada pencipta-Nya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved