Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

5 Artis Wanita Malaysia Yang Merokok

on 24 April 2012

Apa nak jadi dengan artis Malaysia sekarang ini, nak cari artis yang 100% bersih dari gejala sosial yang tidak sihat memang agak susah. Tambahan pula, jika wartawan-wartawan media hiburan dibarisi oleh orang-orang yang 'banyak pahala'nya sehingga sanggup bersekongkol dengan artis ini dengan merahsiakannya dari pengetahuan peminat.

Niat berkongsi gambar ini bukan nak mengaibkan mereka tetapi biarlah tabiat buruk ini tidak menjadi ikutan remaja ataupun bakal artis nanti. Artis ini sepatutnya menjadi idola atau role model untuk generasi muda sekarang namun jika tabiat ini diamalkan apa akan terjadi dengan dunia hiburan negara kita? Untuk itu, mari kita lihat senarai 6 Artis Wanita Malaysia yang ketagihan rokok.

 
Fasha Sandha

 
Sazzy Falak

 
Sharifah Amani

 
Sharifah Jasmine Soraya

Sharifah Sofea

ingin melihat artis Malaysia yang mempunyai masalah sosial yang paling teruk, klik sini

Islam Akan Menang Jika Jemaah Solat Subuh Seramai Solat Jumaat

Jika melihat kepada kekuatan yang ada pada Israel dan sokongan kukuh Amerika, hampir mustahil umat Islam mampu menewaskan mereka seperti yang pernah dilakukan Sultan Salahuddin al-Ayubi dulu. Akan tetapi, Yahudi boleh dikalahkan jika umat Islam seluruh dunia mampu keluar solat Subuh berjemaah sama seperti mereka keluar solat Jumaat yang seminggu sekali itu.

Seperti mana kita semua tahu, solat subuh adalah solat yang paling sukar untuk ditunaikan kerana waktu subuh yang masih gelap dan dingin membuatkan ramai yang sedang enak tidur menjadi liat untuk bangun. Jika solat subuh yang paling sulit itu dapat ditunaikan secara berjemaah sama seperti solat jumaat, pasti solat yang lainnya akan mudah ditunaikan. Maka dengan sendirinya martabat iman masing-masing akan meningkat dan Allah akan tanamkan kecenderungan masing-masing untuk melakukan ibadat dan kebaikan yang lain.

Yahudi tahu senjata besar umat Islam ialah iman dan jihad. Senjata itu ada pada sebilangan kecil umat Islam sekali pun bilangan umat Islam dunia melebihi satu bilion orang. Yang ramai itu adalah seperti buih di permukaan laut, seperti yang baginda s.a.w. pernah sebutkan. Apabila iman itu menjadi sifat yang dimiliki oleh umat seluruhnya, maka Yahudi tahu mereka tidak boleh bermaharajalela lagi. Sebab itu Yahudi melakukan pelbagai cara supaya umat Islam leka dan meninggalkan solat 5 waktu.

Memang tiada nas yang jelas bahawa Israel akan hancur jika solat Subuh berjemaah sama seperti solat Jumaat. Ia bukan satu keyakinan seperti menunggu turunnya Imam Mahadi. Tetapi ia adalah satu semangat dan kepercayaan, Islam dapat dibangunkan bermula dengan menjadikan solat Subuh berjemaah sama seperti solat Jumaat.


ingin tips cara bangun dari tidur untuk menunaikan solat Subuh, klik sini
SUMBER

Gempar!!! Jual External Hardisk Tiruan Di PC Fair

on 23 April 2012

Salam sejahtera, ramai yang kecoh pasal external hardisk yang kononnya satu barangan penipuan yang dijual di PC Fair. Selagi belum kena mana nak percaya kan? hah, ni dah terang-terang nampak kat gambar ni. external hardisk yang ditambah dengan bolt dan nat untuk buatkannya berat seakan-akan sama seperti hardisk biasa. Inilah produk daripada China!

Kalau benda ini hanya dijual di PC Fair, maka sukarlah nak cari siapa penjual external hardisk tersebut. Oleh itu, perlukah kita buka housing external ni sebelum beli? siapa suruh tipu macam ni kan.

 
 
 

SUMBER

Pelik!!! Ayam Ini Melahirkan, Bukan Bertelur

Seekor ayam betina selalu bertelur untuk membiak. Telur itu kemudian dieram sekitar 21 hari hingga menetas dan mengeluarkan anak ayam.

Namun, BBC melaporkan, media di Sri Lanka sedang dihebohkan oleh berita seekor ayam yang membiak dengan cara 'melahirkan', bukan bertelur. Ayam betina itu mengeluarkan anak ayam hidup, seperti mamalia ketika melahirkan.

Sayangnya, ayam betina itu mati beberapa saat setelah 'melahirkan' anaknya itu. Sementara, anak ayam yang dikeluarkan itu hidup dengan keadaan sihat. Petugas dari dinas penternakan setempat mengatakan kes itu baru pertama kali terjadi di Sri Lanka. Kepala dinas penternakan tempatan, PR Yapa, memutuskan untuk meneliti fenomena pelik ini.

Bangkai induk ayam itu dibedah, diteliti sistem reproduksinya. Setelah bangkai ayam itu dibedah, baru misteri pada ayam betina itu diselesaikan. Induk ayam itu ternyata bertelur seperti ayam biasanya. Namun, telur ayam itu tidak keluar seperti biasa, melainkan tetap tertinggal di sistem reproduksi induknya.

Hasilnya, telur itu menetas di dalam tubuh ayam betina itu. Setelah menetas, anak ayam itu keluar dari induknya. Hasil bedah itu juga menunjukkan induk ayam itu mati kerana mengalami luka di bahagian dalam tubuhnya.


SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved