Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Wardina Safiyyah Ditahan Zionis Semasa Penggambaran Al-Hidayah TV3

on 7 May 2012

BIBIRNYA tidak henti-henti melafazkan syukur apabila berjaya melepasi sempadan Jordan kerana impian menjejakkan kaki ke kota suci Baitulmuqadis, nadi bumi Palestin yang menyimpan 1,001 cerita, akhirnya dapat direalisasikan.

Tiada kata-kata dapat menggambarkan perasaan Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, tatkala tanah yang menyaksikan perjuangan nabi terbentang luas depan mata. Bersama kru produksi program Al-Hidayah yang bersiaran di TV3, Wardina yang diberi kepercayaan sebagai hos, memulakan kembara yang sungguh bermakna buatnya sebagai Muslim.

Kata Wardina, Rasulullah SAW pernah bersabda: “Janganlah kamu berasa berat untuk mengadakan perjalanan ke tiga masjid — Masjidil Haram, Masjid ku (Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa. Solat di Masjidil Haram lebih utama daripada 100,000 kali tempat lain kecuali di Masjidil Aqsa.” (Riwayat Ad-Darimi, An-Nasa’i dan Ahmad) “Alhamdulillah, impian saya untuk bersolat di Masjidil Aqsa jadi kenyataan. Semua ini rezeki Allah. Banyak pengalaman menarik saya lalui dalam kembara ini, tidak kurang juga insiden menakutkan.

“Air mata saya mengalir laju di Masjidil Aqsa. Di sana saya bertemu imam pertama, Syakh Yusuf Abu Sunainah yang berkhidmat 30 tahun. Beliau yang dilahirkan di perkarangan Aqsa menyampaikan salam buat rakyat Malaysia dan mengajak kita beramai-ramai sujud di Masjid Aqsa.

“Saya juga melihat mimbar Khalifah Umar, Mihrab Nuradeen, Tiang Jin Nabi Sulaiman, penjara jin, terowong yang digali orang Yahudi, melihat serpihan peninggalan bom, peluru dan kesan kebakaran dilakukan fanatik Yahudi.

“Bagaikan bermimpi apabila dapat bersolat Jumaat di Masjid Kubah Emas. Di situlah terletaknya batu tergantung yang dikatakan ingin mengikut Rasulullah SAW sewaktu perjalanan Mikraj,” katanya.




Kenangan berkunjung ke Hebron menyentuh naluri keibuannya. Masih terngiang-ngiang di telinganya rayuan anak kecil miskin yang tidak terurus, berbaju lusuh serta muka berkudis minta diberikan wang kerana lapar.

Biarpun rasa simpati menggebu, dia tidak dibenarkan memenuhi permintaan itu kerana ramai tentera Israel memerhati dan bimbang kanak-kanak itu dipukul rakan mereka yang cemburu.

“Suasana di bandar itu tidak ubah seperti bandar hantu kerana hanya ada satu kedai dan rumah penduduk di dalam kawasan pagar tinggi dikawal sepenuhnya tentera Israel.

“Di bandar ini saya melawat Masjid Al Haram Ibrahimi, di mana 19 orang Muslim ditembak mati ketika sujud oleh seorang fanatik Yahudi. Kini, ia dibahagi dua. Separuh diambil Yahudi untuk dijadikan kuil, separuh lagi untuk Muslim.

“Lebih menyedihkan, mereka ambil bahagian yang ada makam Nabi Yaakub,” katanya yang turut mengunjungi Masjid Nabi Daud yang kini menjadi kuil Yahudi, Masjid Nabi Musa, Masjid Salman Al-Farisi dan Masjid Nabi Yushak bin Nun.

Berkongsi pengalaman cemas, katanya, mula-mula bertentang mata dengan askar Israel memang terasa takut, apatah lagi mereka tidak lekang dengan senjata. Setiap kali masuk ke dalam Masjid Aqsa, dia dan kru perlu melewati pintu yang dikawal tentera.

“Tentera Palestin hanya berkuasa dalam masjid, itupun tentera Israel sesuka hati memasuki kawasan Aqsa. Pernah saya ditahan sewaktu masuk masjid, di mana askar bertugas bertanya adakah saya Muslim.

“Dia ingat saya rahib Kristian kerana di sana rahib memakai jubah dan bertudung labuh hitam seperti saya. Cuak juga, maklumlah ketika itu saya seorang diri.

“Bas yang kami naiki juga pernah ditahan tentera Israel. Mereka mahu memastikan tiada orang Palestin dalam bas dan bertengkar dengan pemandu pelancong kami.

“Saya difahamkan, orang Palestin tidak boleh keluar dari kampung tanpa permit dan mereka perlu pulang sebelum jam 7 malam jika tidak mahu dipenjara.

“Ketika itu tapak tangan saya berpeluh kerana cemas melihat keadaan tegang dan berdoa kami tidak diapa-apakan. Tentera Israel ada di mana-mana saja.

“Jalan raya dibina dengan tembok tinggi seakan-akan bentuk payung di atasnya kerana bimbang kereta mereka terkena batu dibaling orang Palestin,” katanya.

Ibu tiga cahaya mata ini berkata, luluh hatinya melihat Palestin dikuasai Israel, melihat rumah besar dan cantik menjadi milik Yahudi manakala masyarakat Islam hidup daif, membuatnya banyak berfikir sepanjang menjalani penggambaran di bumi anbia itu.

“Menjejaki Palestin membuka mata hati dan minda saya. Saya berazam menjadi Muslim lebih baik. Pada kesempatan ini, saya ingin mengajak rakyat Malaysia serta pembaca semua sama-sama bangun menegakkan syiar Islam.

“Palestin menjadi bukti betapa lemahnya kita. Tidak sedarkah selama ini Yahudi menjajah pemikiran kita? Tanpa sedar, kita meniru budaya mereka dan hidup dalam kepalsuan,” katanya.

Untuk mengetahui lebih lanjut pengalaman Wardina di Palestin, saksikan Al-Hidayah yang akan bersiaran menerusi TV3 bulan depan atau layari blognya, wardinasafiyyah.com.

SUMBER

10 Petua Mendapatkan Pasangan

Salam sejahtera... Semua orang mencari cinta yang ingin dimiliki. Namun, dalam pencarian itu ada yang tak tercapai maksud, lalu kecundang di tengah jalan.

Namun, jangan terlalu bersedih hati, berusahalah untuk mencari. Walaupun jodoh dan pertemuan itu adalah ketentuan Ilahi, tidak bermakna anda harus duduk di bawah tempurung menunggu yang lain membuka tempurung anda. Carilah, kerana pencarian dengan niat yang betul akan memberikan peluang kepada anda.


10 Petua Mendapatkan Pasangan


1. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

2.Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

3. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
4. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

5. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

6. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

7. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

8. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

9. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

10. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

Bayi Raksasa Dilahirkan Lebih Besar Dari Biasa

on 6 May 2012

Bayi super besar, Muhammad Akbar Arya Risudin masih menjadi pusat perhatian. Selain didatangi warga dari berbagai kota di Sumatra Utara (Indonesia) bayi yang lahir dengan berat hampir sembilan kilogram itu juga mengundang rasa kehairanan pihak media asing. Setiap hari puluhan orang mendatangi kediaman keluarga Akbar di Desa Dusun Benteng, Sumut.

Menurut keluarga Akbar, minggu lalu, Akbar sempat diserang batuk dan demam. Tetapi kini keadaannya telah pulih, bahkan berat badannya telah naik lebih dari satu kilogram. Sementara itu tetamu terus datang mengunjungi rumah Akbar. Selain warga sekitar, ada juga yang sengaja datang dari berbagai kota di Sumut. Selain sekadar melihat, mereka juga ingin memberikan sumbangan wang mahu pun susu.

Keadaan kehidupan keluarga Akbar memang menakjubkan. Bukan hanya masyarakat, wartawan asing juga silih berganti datang. Akbar yang disebut-sebut sebagai bayi terbesar di dunia ini memang merupakan peristiwa yang sangat jarang terjadi.

Namun, doktor mengingatkan keluarga Akbar agar bayi raksasa harus tidak terlalu terdedah dengan orang ramai. Ini kerana bayi dengan berat tidak normal, mudah diserang berbagai penyakit. Sekumpulan doktor tempatan secara rutin memantau perkembangan Akbar. Tapi mereka belum dapat memutuskan hingga bila keadaan tubuh Akbar benar-benar stabil dan sihat, seperti bayi-bayi lainnya.


SUMBER

(Kisah Teladan) Allah Itu Tidak Wujud???

Ada seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut utk menggunting rambut dan janggutnya. Apabila tukang gunting rambut itu memulakan tugasnya, mereka pun berborak dan bercakap mengenai banyak perkara. Tapi bila mereka mula berbicara mengenai Allah, Tukang gunting rambut itu pun berkata,” saya tak percaya Allah itu wujud.”

”Kenapa kamu kata begitu?” tanya si lelaki tadi.

”Cuba kamu keluar di tengah jalan itu dan tunjukkan pada saya bahawa Allah Itu wujud. Kalau betul Allah wujud, kenapa ramai sangat orang sakit kat luar tu? Kenapa masih ada kanak-kanak yang terbiar? Kalau betul Allah wujud, dah tentu tiada kesakitan dan keperitan hidup dalam dunia ni. Saya tidak dapat bayangkan Allah yang maha penyayang boleh membenarkan semua ini berlaku”.

Si lelaki itu pun berfikir sejenak. Tapi dia tidak memberi sebarang Jawapan kerana tidak mahu memulakan pertengkaran. Selepas tukang gunting itu menghabiskan tugasnya, si lelaki tadi pun pergi. Selepas beberapa langkah,si lelaki tadi ternampak seorang lelaki berambut panjang, selekeh, kotor dan janggut tidak terurus. Si lelaki tadi pun berpatah balik dan pergi semula ke kedai gunting rambut tadi dan berkata,

”Kamu tahu tak yang sebenarnye tukang gunting rambut juga tidak wujud?”

”Kenapa kamu kata mcm tu? Sedangkan saya baru sahaja selesai gunting rambut kamu tadi”..kata tukang gunting rambut tersebut.

”Tidak!” kata si lelaki tadi.”kalau tukang gunting rambut wujud, dah tentu tidak ada orang yang berambut panjang tidak terurus dan kotor serta janggut yang panjang dan kotor macam lelaki di tepi jalan itu”.

”Ah! tukang gunting rambut memang wujud! Lelaki tu jadi macam tu sebab dia tidak datang pada saya untuk menggunting rambutnya!” kata Tukang gunting rambut.

”Tepat sekali!”. Kata si lelaki tadi.

”That’s the point!. Allah juga wujud. Itulah yang terjadi (keperitan & Penderitaan) jika manusia tidak mengingatinya dan kembali padanya untuk memohon pertolongan.”

Wallahualam..


SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved