Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Cinta Monyet Dilarang di Sekolah China

on 9 May 2012

Di saat banyak kes pelajar hamil di negera ini yang diperbolehkan mengikuti Ujian Nasional, justru peraturan yang ketat dan disiplin tinggi sedang diterapkan disebuah sekolah menengah di China Timur. Sekolah Yueqing Yucai di Kota Yueqing ini menerapkan beberapa peraturan kontroversi bagi murid-muridnya. Tujuannya, untuk menghindari terjadinya cinta monyet di kalangan para pelajar sekolah tersebut.

Dalam pengumuman baru tersebut, pihak sekolah melarang para murid berlainan jenis berdua-duaan di tempat sunyi. Contohnya, di sudut-sudut yang gelap atau di bawah pokok. Mereka juga dilarang saling memberikan hadiah mahal. Berpegangan tangan, berangkulan dan berciuman juga dilarang keras. Bahkan murid-murid perempuan dan lelaki tidak dibolehkan berjalan beriringan di halaman sekolah.

"Kami harap semua pelajar kami boleh tetap rasional dan menahan diri jika menyangkut cinta remaja sehingga mereka fokus sepenuhnya pada pelajaran mereka," demikian pengumuman tersebut seperti diberitakan China Daily dan dipetik oleh News.com.au. Diingatkan bahawa jatuh cinta di usia muda belia akan mengganggu pelajaran akademi. Juga boleh menimbulkan gangguan fizik serta tidak menghasilkan apa-apa.

Setiap siswa yang didapati melanggar peraturan ini akan dihukum dan orangtua mereka akan diberitahu.
"Cinta monyet kian marak belakangan ini dan sukar diatasi," kata Li Chunlian, direktor umum sekolah tersebut. "Kami harap peraturan-peraturan ini akan mencegah para murid terlibat dalam cinta monyet terlalu awal," tambahnya. Menurut Li, kebanyakan orang tua dan murid-murid sekolah tersebut menyokong peraturan baru ini.

Namun sebahagian juga menentangnya. "Mengeluarkan peraturan yang didasarkan alasan bahawa cinta monyet boleh mempengaruhi pelajaran seseorang adalah menggelikan," cetus Mo Ding, seorang pelajar di sekolah tersebut. "Saya kenal beberapa pasangan, namun mereka giat belajar dan bahkan saling mendorong satu sama lain," ujarnya.


ingin baca peraturan pelik yang di guna pakai oleh kerajaan Malaysia, klik sini
SUMBER

Hotel Mewah Dasar Laut

on 8 May 2012

Bandar raya Dubai di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) sememangnya terkenal sebagai tempat kediaman bagi orang kaya dan bagi memenuhi cita rasa golongan ini, sebuah hotel mewah di dasar laut bakal dibina di bandar raya itu.

Syarikat pembinaan Drydocks World telah menandatangani satu kontrak dengan syarikat Switzerland, BIG InvestConsult untuk membangunkan hotel di dasar laut di rantau itu, termasuklah projek Water Discus Hotel di Dubai, lapor news.au.com.


Rancangan pembinaan projek Water Discus Hotels itu melibatkan dua bangunan seperti kapal angkasa yang dibina di atas permukaan air dan di bawah permukaan air.

Hotel itu mempunyai tiga tiang dan satu struktur bangunan menegak yang menempatkan lif dan tangga yang menghubungkan bahagian atas permukaan dan bawah permukaan air.

Ia direka untuk menempatkan 21 bilik, pusat menyelam serta sebuah bar yang kesemuanya terletak 9.8 meter di dasar laut.


Setiap bilik turut dilengkapi pencahayaan khas bagi membolehkan tetamu melihat dengan jelas kehidupan di dasar laut.

Bagi mendapat pengalaman sebenar berada di dalam laut pula, pengunjung boleh menaiki kenderaan mini untuk mengelilingi kawasan dasar laut di sekitar hotel itu.

Deep Ocean Technology merupakan syarikat yang bertanggungjawab memperkenalkan teknologi ini.

Dubai juga menjadi tapak bagi projek "The World" - yang merupakan projek pulau-pulau berbentuk Bumi dengan kira-kira AS$18 bilion dibelanjakan untuk projek tersebut, termasuk projek Burj Khalifa, yang merupakan bangunan tertinggi di dunia.

SUMBER

Awek Cun Ini Tidak Pernah Cukur Bulu Ketiak Sepanjang Hayat, Selamba Tayang Di TV

Idealnya, ketika menggunakan baju tanpa lengan, seorang gadis akan mencukur bulu di ketiaknya. Namun Emer O'Toole, gadis Inggeris ini tidak sungkan menunjukkan bulu ketiaknya di satu tayangan TV nasional.

Suka atau tidak, bulu ketiak memang tumbuh secara alami. Namun demi alasan estetika, wanita kerap mencukur bulu yang tumbuh. Bulu pada ketiak di anggap kotor untuk perempuan. Stigma ini sudah tumbuh di masyarakat sejak waktu yang lama.

Emer O'Toole, gadis berusia 18 tahun ini menolak untuk mencukur bulu pada ketiaknya. Emer tampil dengan yakin diri di satu tayangan TV dengan mengenakan dress tanpa lengan. Dia pun tidak malu saat diminta untuk menunjukkan bulu ketiaknya. Dengan penuh percaya diri, Emer mengangkat lengannya.

Gadis asal Dublin ini mulanya juga mencukur bulu ketiaknya. Hal ini dimulai ketika dia berusia 14 tahun. Ia mengaku melakukan hal itu kerana dorongan orang lain. Namun saat ini ia berharap dapat merubah pandangan orang terhadap bulu ketiak.

"Saya mulai menganalisa hubungan saya dengan tubuh dan rambut yang tumbuh di badan saya," ungkap Emer. "Mengapa saya harus bercukur? 'Saya kembali mengenang saat pertama mencukur bulu pada usia 14 tahun., haruskah saya bercukur?' Saya tidak tahu, saya hanya merasa harus mencukurnya."

Emer mengaku telah berhenti mencukur bulunya sejak 18 bulan yang lalu. Kini dirinya merasa nyaman dengan bulu yang tumbuh di badannya. "Saya tidak memiliki suami atau pun kekasih, saya melakukannya untuk diri saya sendiri," ujarnya Emer seperti yang dilansir oleh Dailymail, Sabtu (5/5/2012).

Melalui tayangan ini Emer berharap orang dapat merubah pandangannya tentang bulu yang tumbuh pada perempuan. Serta agar perempuan lebih merasa percaya diri dengan apa yang ada pada dirinya.


SUMBER

Biadab!!! Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Di Hina Dengan Gelaran 'Bapak Kafir'

Salam sejahtera... Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Di Hina Lagi. Jikalau sebelum ini, tok guru dihina dan disamakan seperti Ayah Pin, kali ini beliau dihina dengan lebih dahsyat lagi oleh bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Rahim Noor dengan gelaran 'Bapak Kafir'. Kenyataan ini telah disiarkan oleh News Strait Times (NST).


ingin baca lagi cerita fitnah politik Malaysia, klik sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved