Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Hotel Mewah Dasar Laut

on 8 May 2012

Bandar raya Dubai di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) sememangnya terkenal sebagai tempat kediaman bagi orang kaya dan bagi memenuhi cita rasa golongan ini, sebuah hotel mewah di dasar laut bakal dibina di bandar raya itu.

Syarikat pembinaan Drydocks World telah menandatangani satu kontrak dengan syarikat Switzerland, BIG InvestConsult untuk membangunkan hotel di dasar laut di rantau itu, termasuklah projek Water Discus Hotel di Dubai, lapor news.au.com.


Rancangan pembinaan projek Water Discus Hotels itu melibatkan dua bangunan seperti kapal angkasa yang dibina di atas permukaan air dan di bawah permukaan air.

Hotel itu mempunyai tiga tiang dan satu struktur bangunan menegak yang menempatkan lif dan tangga yang menghubungkan bahagian atas permukaan dan bawah permukaan air.

Ia direka untuk menempatkan 21 bilik, pusat menyelam serta sebuah bar yang kesemuanya terletak 9.8 meter di dasar laut.


Setiap bilik turut dilengkapi pencahayaan khas bagi membolehkan tetamu melihat dengan jelas kehidupan di dasar laut.

Bagi mendapat pengalaman sebenar berada di dalam laut pula, pengunjung boleh menaiki kenderaan mini untuk mengelilingi kawasan dasar laut di sekitar hotel itu.

Deep Ocean Technology merupakan syarikat yang bertanggungjawab memperkenalkan teknologi ini.

Dubai juga menjadi tapak bagi projek "The World" - yang merupakan projek pulau-pulau berbentuk Bumi dengan kira-kira AS$18 bilion dibelanjakan untuk projek tersebut, termasuk projek Burj Khalifa, yang merupakan bangunan tertinggi di dunia.

SUMBER
Ranking: 5

{ 3 ong gedek gedek... read them below or add one }

Unknown said...

unmtung sapa yg duk kat dubai.....
segala kemewahan bermula disana.....


9 May 2012 at 00:13
The day we meet said...

perghhh..
syok nih kalo leh stay situ..
tp mst mahal giler kan harganya..
huehue


9 May 2012 at 00:28
DOSEFIRE said...

ade duit nanti cadang nak pergi..best ni


10 May 2012 at 00:50
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved