Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Kerana Suka Cilok Mencilok, Penduduk Kampung Letak Keretanya Atas Pokok

on 14 May 2012

Muak dengan jenaka jiran mereka, mereka telah membuat sesuatu yang mustahil dan tidak disangka. Mereka mengangkat kereta jiran berusia 24-tahun, Zbigniew Filo ke atas pokok willow di Lubczyna, Poland, dan berharap lelaki itu akan mengubah cara dia memandu. Penduduk tetap menutup mulut tentang siapa yang meletakkan kereta Ford Escort itu ke pokok, tetapi telah mengakui bahawa salah satu kereta crane penduduk tempatan dipinjam untuk melaksanakan misi itu.

Jurucakap polis, Marta Pierko mengatakan: "Kami menerima telefon dari seorang lelaki mengatakan keretanya tersangkut di pokok, dan dia menuduh jirannya yang melakukannya. Seseorang berkata : "Lelaki itu patut menerima 'hukuman' itu kerana cara pemanduannya berbahaya dan mungkin dia akan membunuh ramai orang. Mungkin dia akan berfikir dua kali bila memandu dan mengambil lesen memandu jika tidak mahu kejadian ini berlaku lagi."

Sekarang, lelaki itu malu dan telah berjanji untuk mengubah gaya memandu. "Saya mendapatkan pengajaran, tapi saya fikir itu agak keterlaluan," katanya.


SUMBER

Najib Pergi United Kingdom, Takut Nak Bubar Parlimen

Salam sejahtera... khabar angin kencang mengatakan bahawa Najib Tun Razak, Perdana Menteri kita ingin menghadap Agong kita pada hari ini. tetapi berita terbaru yang admin dengar yang berlegar-legar di facebook, Najib sudah pun berlepas ke United Kingdom. Atas urusan apa, tidak pula pihak admin tahu.

Ada juga yang mengatakan beliau ingin 'shopping' sakan bersama isterinya, ada juga yang andaian mengatakan beliau ingin menghadap Ratu Elizabeth mintak 'berkat' dan pelbagai lagi andaian. Walau apa pun alasan, kita tunggu dan lihat jela apa komen Perdana Menteri kita.


p/s: no hard feeling ya y'all!!!

Gempar!!! Selena Gomez Lesbian???

on 13 May 2012

Di internet, banyak foto-foto tersebar. Tidak peduli itu milik siapa, peribadi ataupun memang untuk diperlihatkan kepada awam. Terlebih lagi, banyak foto-foto peribadi selebriti di seluruh dunia yang ‘bocor’ masuk ke internet. Mungkinkah ini yang terjadi pada Selena Gomez?

Beberapa hari yang lalu, ditemukan sebuah foto yang mengejutkan. Dalam foto tersebut, terdapat dua orang gadis remaja sedang berciuman dengan intim. Salah satu dari gadis itu kelihatan seperti wajah Selena Gomez dari sebelah tepi. Dari warna rambutnya hingga bulu matanya.

Dipetik dari Gossip Cop, hal ini mungkin adalah hal yang paling liar yang dilakukan oleh Selena setelah dia menjadi agak ‘nakal’ dalam proses pembuatan filemnya, Spring Breakers.


SUMBER

Model Wanita Gemuk Tercantik

on 12 May 2012

Menjadi model memang biasanya hanya dipelopori oleh perempuan-perempuan bertubuh langsing bahkan cenderung amat kurus. Namun sekarang agaknya anggapan itu sudah dipatahkan oleh model-model wanita dengan ukuran tubuh besar namun mampu menjadi model-model dunia.

Model wanita cantik ini memang memiliki tubuh diluar ukuran rata-rata namun kecantikan dan keseksian mereka tak kalah dengan model wanita langsing yang memang sudah terkenal. Lima model wanita cantik ini membuktikan bahawa mereka masih tetap boleh berhijrah ke dunia modelling dengan ukuran tubuh yang lebih tepat disebut 'berisi'.

1. Ashley Graham


Melihat wajah cantiknya tak hairan jika model wanita cantik bertubuh gemuk ini amat laku untuk menjadi model pakaian dalam. Graham walaupun bertubuh besar namun mampu untuk menunjukkan keseksian tubuhnya.

2. Barbara Brickner


Model wanita cantik yang memiliki tubuh gemuk ini memang telah menekuni kerjaya di dunia modeling selama lebih dari 10 tahun. Brickner telah banyak digunakan oleh designer termasuk sebuah syarikat Itali, Elena
Miro. Tak hanya itu Brickner juga membuka usaha baju hamil sendiri yang dilabel BB Martenity dan dijual di pelbagai department store di Amerika Syarikat.

3. Christina Mendez

Model wanita cantik dengan ukuran tubuh plus ini membuat sejarah di dunia model dengan menjadi model Hispanik bertubuh besar pertama di pelbagai kempen fashion. Siapa yang tak tertarik melihat wajah cantiknya apalagi ia memang seksi walaupun bertubuh besar.

4. Fluvia Lucerda

Kecantikan dan keseksian Model wanita cantik dari Brazil ini memang tak dinafikan. Ia sebelum ini pernah bekerja sebagai nanny di New York apabila seorang editor majalah memintanya untuk menjadi model. Bahkan ia ketika ini disebut sebagai Gisele Bundchen versi gemuk.

5. Tara Lynn

Melihat gambarnya yang cantik dan seksi memang wajar jika Tara Lynn menjadi salah satu model wanita gemuk yang paling seksi di dunia. Tara Lynn merupakan model plus size yang terkenal melalui cover model majalah Elle Perancis. Lynn membuktikan bahawa trend di dunia model dan fesyen boleh berubah dan gemuk itu boleh juga seksi.

SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved