Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Lintah Dalam Dubur Kanak Kanak

on 15 May 2012

Seorang murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Kampung Chengal, Ketereh, di sini melalui pengalaman yang mengerikan apabila seekor lintah sebesar ibu jari orang dewasa, masuk ke dalam duburnya ketika menangkap ikan di sebuah paya berdekatan rumahnya.

Mohd. Farhan Adli Mohd. Alpatah, 7, yang berasal dari Kampung Paya Rambai berkata, dia hanya menyedari kehadiran lintah tersebut selepas mengalami pendarahan di duburnya.

"Saya masuk hospital semalam selepas tengok dubur berdarah ketika nak buang air besar dan beritahu keluarga mengenai perkara itu sebelum mendapatkan rawatan di hospital Raja Perempuan Zainab II.

"Sebelum ini, saya dan tiga orang rakan pergi ke sebuah paya berdekatan rumah untuk mencari ikan, namun tak sangka pula ada lintah masuk dalam dubur," katanya.

Kanak-kanak itu dijangka keluar daripada hospital dalam tempoh sehari dua lagi setelah lintah itu berjaya dikeluarkan.


SUMBER

Ayah Lukis Gambar Anaknya Dalam Keadaan Bogel

Pelukis Zhuangping Li yang melukis anak perempuannya menjadi model bogel telah menimbulkan perdebatan panas. Para ahli budaya menyatakan, dari sudut pandang etika, tindakan Li Zhuangping memang salah. Namun si pelukis dan anaknya berkata: "Tidak peduli warna kacamata apa yang dipakai orang lain untuk melihat kami, kami sangat murah hati."

Li Zhuangping adalah seniman Sichuan, sementara anaknya bernama Li Qin. Katanya dia hanya bersedia menjadi model untuk lukisan minyak ayahnya dan "tidak akan menerima" menjadi model dalam bentuk yang seperti filem. Li Zhuangping dan anaknya menjelaskan bahawa ini semata-mata untuk seni. Isteri Li Zhuangping juga setuju dan dia juga mengatakan bahawa dia "cukup iri" pada anak perempuannya. Menurut sang isteri, suaminya telah menggunakan cara yang begitu indah untuk melukiskan dirinya ketika muda.

 

SUMBER

Kerana Suka Cilok Mencilok, Penduduk Kampung Letak Keretanya Atas Pokok

on 14 May 2012

Muak dengan jenaka jiran mereka, mereka telah membuat sesuatu yang mustahil dan tidak disangka. Mereka mengangkat kereta jiran berusia 24-tahun, Zbigniew Filo ke atas pokok willow di Lubczyna, Poland, dan berharap lelaki itu akan mengubah cara dia memandu. Penduduk tetap menutup mulut tentang siapa yang meletakkan kereta Ford Escort itu ke pokok, tetapi telah mengakui bahawa salah satu kereta crane penduduk tempatan dipinjam untuk melaksanakan misi itu.

Jurucakap polis, Marta Pierko mengatakan: "Kami menerima telefon dari seorang lelaki mengatakan keretanya tersangkut di pokok, dan dia menuduh jirannya yang melakukannya. Seseorang berkata : "Lelaki itu patut menerima 'hukuman' itu kerana cara pemanduannya berbahaya dan mungkin dia akan membunuh ramai orang. Mungkin dia akan berfikir dua kali bila memandu dan mengambil lesen memandu jika tidak mahu kejadian ini berlaku lagi."

Sekarang, lelaki itu malu dan telah berjanji untuk mengubah gaya memandu. "Saya mendapatkan pengajaran, tapi saya fikir itu agak keterlaluan," katanya.


SUMBER

Najib Pergi United Kingdom, Takut Nak Bubar Parlimen

Salam sejahtera... khabar angin kencang mengatakan bahawa Najib Tun Razak, Perdana Menteri kita ingin menghadap Agong kita pada hari ini. tetapi berita terbaru yang admin dengar yang berlegar-legar di facebook, Najib sudah pun berlepas ke United Kingdom. Atas urusan apa, tidak pula pihak admin tahu.

Ada juga yang mengatakan beliau ingin 'shopping' sakan bersama isterinya, ada juga yang andaian mengatakan beliau ingin menghadap Ratu Elizabeth mintak 'berkat' dan pelbagai lagi andaian. Walau apa pun alasan, kita tunggu dan lihat jela apa komen Perdana Menteri kita.


p/s: no hard feeling ya y'all!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved