Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Perkahwinan Paling Menyedihkan

on 11 June 2012

Pernahkah anda membayangkan melakukan pernikahan menjelang detik-detik kematian? Katie Kirkpatrick, 21 tahun menikah dengan Nick, 23 tahun menjelang detik kematiannya. Katie menderita kanser dan menghabiskan beberapa jam setiap harinya untuk terapi. Nick dengan setia menunggu Katie melakukan kimoterapi.


Katie tetap mahu melaksanakan pernikahannya walaupun dia menahan rasa sakit, kegagalan organ dan morphin. Gaun yang akan dipakainya dikecilkan beberapa kali kerana Katie terus menerus kehilangan berat badannya. Pernikahan dengan aksesoris yang luar biasa iaitu dengan tiub oksigen, Katie memakainya baik dalam upacara dan resepsi pernikahannya. Orang tua Nick pun ikut gembira melihat anak laki-lakinya dapat menikahi sang pujaan hati. Dalam resepsi ini, Katie perlu beberapa kali terpaksa beristirehat kerana rasa sakit yang membuatnya tidak boleh berdiri lama-lama.

Katie meninggal dunia 5 hari kemudian setelah pernikahannya. Melihat seorang wanita yang sakit dan lemah melakukan pernikahan dan dengan sebuah senyuman di wajahnya membuat kita berfikir. Kebahagiaan boleh dikecapi walaupun seketika. Kita seharusnya tidak membuat hidup kita menjadi rumit.

 
 
 
 
 
  

Hans Isaac Bela Neelofa, Cabar Zubir Berita Harian Untuk Debat


Semua rasanya sudah sedar akan kekecohan yang timbul antara Neelofa dan Anzalna Nasir sejak 48 jam yang lepas dan semua ini gara gara artikel tulisan seorang wartawan hiburan.

Itu dakwa Hans Isaac yang mengatakan Zubir (wartawan BiPop) sengaja mencari isu dengan menulis kenyataan Anzalna Nasir pada sisipan hiburan itu hujung minggu lalu.

Hans Isaac menerusi akaun Twitter rasmi beliau mengatakan sebagai penerbit filem Neelofa, Lemak Kampung Santan beliau menasihat pelakon itu untuk mengambil tindakan.

“Personally, I think we should not entertain this one bodoh sunday reporter Z. Saya dah kenal dia bertahun. And he is not a good person.” Z dipercayai merujuk kepada Zubir.

Mungkin kerana terlalu memendam rasa terhadap Zubir, Hans Isaac membuka tawaran untuk berdebat secara 'live' di kaca televisyen. Satu cabaran yang agak berani di situ.

 
 
 

SUMBER

Neelofa Dikatakan ‘Busuk Hati’???


Game on. Hujung minggu lalu menerusi sisipan hiburan Berita Harian, Anzalna Nasir tampil berani mengeluarkan kenyataan penuh kontroversi terhadap Neelofa.

Dalam temubual tersebut, Anzalna Nasir mendakwa yang Neelofa mempunyai niat jahat dan busuk hati semenjak mereka sama sama berada dalam persaingan Dewi Remaja 2010.

“Walaupun tidak menang sebarang tempat dalam pertandingan itu, hanya menjadi finalis, Lofa tetap tidak berpuas hati dengan saya. Menerusi laman social Facebook milik keluarganya, Lofa menghina keluarga saya dengan perkataan tak elok”

“Semua pengikut saya di FB tahu Lofa menghina keluarga saya. Lofa juga mewujudkan satu akaun “Kami Benci Anzalna”. Selain itu, saya turut menerima ugutan daripadanya sekiranya saya memenangi pertandingan Dewi Remaja”

Neelofa dalam kenyataan balas menerusi Twitter berkata tindakan Anzalna Nasir memberikan kenyataan kepada surat khabar merupakan tindakan untuk menfitnah diri dan keluarga.

“Nothing in this dunya is in our hands, that Allah cannot take from us and so jgn fikir memfitnah dan menjatuhkan org lain dlm suratkhabar dalah sebaik baik jalan penyelesaian. I know where I stand and as for the TRUTH I will do it the official way,” ujar Neelofa melalui Twitter.

Kami tertarik dengan kenyataan Neelofa untuk menyelesaikan perkara ini secara rasmi (official way), adakah kita akan lihat dua selebriti remaja ini naik turun mahkamah tidak lama lagi?

SUMBER

Tahniah!!! Caroline Dinobatkan Juara Mentor 6

on 10 June 2012


Tahniah buat Caroline kerana telah berjaya menjadi juara Mento rbagi musim yang ke-6. Walaupun pada awalnya Caroline mendapat markah terendah (15 markah) daripada juri awam, tetapi nasib menyebelahi Salma dengan bantuan daripada markah juri tetap dan undian sms. Ternyata kelantangan vocal Caroline berjaya menambat hati rakyat Malaysia yang mengundi beliau.

Dengan markah keseluruhan sebanyak 71 markah untuk Caroline, dia berjaya menjadi Juara mentor 5 diikuti dengan Shiha sebagai naib juara sebanyak 63 markah dan tempat ketiga pula jatuh kepada Iqa dengan 56 markah…

Salma yang juga juara mentor 5 membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan sebuah kereta Chevrolet Cruze bernilai RM97,800. Manakala Erra Fazira selaku mentor untuk Salma pula membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000…

Sementara itu Shiha yang juga naib juara mentor 5 membawa pulang wang tunai RM30,000 dan sebuah Vespa LX150, manakala Datuk Sharifah Aini selaku mentor Shiha pula membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000 sahaja.. Iqa dan Edry KRU yang mendapat tempat ke-3 membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 setiap seorang..

Tahniah buat semua pemenang.. Apa-apa pun jom kita layan gambar Salma ketika diumumkan sebagai juara kat bawah ni..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved