Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Bayi Dibuang Dihurungi Semut

on 16 June 2012


Dua bayi perempuan termasuk seorang dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam dua kejadian berasingan selang 14 jam di Taman Saujana Puchong dan USJ 12, dekat sini.

Dalam kejadian pertama kira-kira jam 4.20 petang kelmarin, seorang lelaki terkejut apabila bungkusan hitam yang disangkakan kucing sebenarnya seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat diletakkan di tepi tong sampah di depan rumah jirannya.

Lelaki terbabit, S Prakash, 29, ketika ditemui berkata, dia diberitahu mengenai bungkusan itu oleh adiknya yang terdengar bunyi seperti bayi menangis di luar rumah.

“Saya kemudian keluar untuk melihat kandungan bungkusan itu sebelum dikejutkan dengan penemuan bayi perempuan yang tali pusatnya masih berdarah dan dihurung semut.

“Lebih menyedihkan, cuaca ketika itu panas terik dan bayi terbabit hanya dibungkus dengan baju-T hitam,” katanya .

Menurutnya, panik melihat tali pusat bayi itu masih berdarah, dia terus membawa bayi itu masuk ke rumahnya untuk dibersihkan sebelum menghubungi polis dan membawanya ke sebuah klinik di Batu 14, Bukit Puchong untuk rawatan lanjut.

Katanya, terdapat banyak kesan gigitan serangga di seluruh badan bayi terbabit.

Dalam kejadian kedua, seorang peniaga kios berdekatan sebuah sekolah menengah di USJ 12 menemui seorang bayi perempuan diletakkan di bahagian bawah tempat memasak gerainya kira-kira jam 6.30 pagi semalam.

Peniaga terbabit, Rusiah Hamzah, 48, berkata dia sedang membuka kios seorang diri apabila terlihat satu bungkusan diletakkan di bawah para kedainya yang bergerak-gerak.

“Pada mulanya saya menyangkakan ia tikus ataupun kucing, namun sebaik menyelak bungkusan selimut berkenaan, alangkah terkejutnya saya apabila mendapati ia seorang bayi.

“Badan saya menggigil sebelum menghubungi suami dan anak-anak supaya segera datang memberikan bantuan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Rusiah berkata, sebaik suaminya, Norizan Mahyuddin, 54, tiba, dia terus menghubungi polis untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi berkata, dalam kejadian pertama, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 4.20 petang memaklumkan penemuan bayi berkenaan.

Katanya, keadaan bayi itu masih bertali pusat dipercayai cuba dipotong selain terdapat kesan tompokan merah di seluruh badan bayi itu akibat digigit semut.

“Bayi malang itu kemudian dibawa ke Hospital Kajang oleh kakitangan klinik berkenaan dan kita percaya bayi perempuan cukup sifat itu baru dilahirkan dalam tempoh 24 jam berdasarkan pemeriksaan doktor,” katanya.

Dalam kes kedua, Yahaya berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 7.15 pagi oleh saksi memaklumkan penemuan seorang bayi perempuan dalam kios perniagaannya berhampiran sebuah sekolah menengah di USJ 12, di sini.

Menurutnya, bayi itu ditemui dalam balutan sehelai kain berjalur kelabu dan ungu serta masih bertali pusat sebelum dihantar ke Hospital Serdang.

“Hasil pemeriksaan, kita percaya bayi itu dilahirkan antara dua atau tiga hari lalu, namun tidak dapat mengenal pasti bangsa bayi itu.

“Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya.

SUMBER

Anak Ular Berkepala Naga Pula Ditemui

Seekor anak ular dilahirkan dalam keadaan mempunyai sifat anggota badan yang pelik. Anak ular pelik tersebut dikenali sebagai ular berkepala naga. Ular naga ini lebih dikenali Dragon mungkin selama ini dianggap simbol bagi kebanyakan masyarakat di cina. Cuba tengok di kedai emas pasti kebanyakan dompet atau ikon labelnya gambar naga, begitu juga tahun naga dianggap tahun keberuntungan kepada sesiapa yang dilahirkan pada tahun naga.


Tetapi gambar unik seekor anak ular berkepala naga ini mempunyai berukuran sama dengan jari manusia bermakna bukan la dongeng, anda cuba lihat di bahagian tanduk ular pelik ini, tidak ubah seperti seekor naga.


SUMBER

Sharnaaz Ahmad Berlagak Diva Ketika Sesi Penggambaraan???

on 15 June 2012


“Saya tidak suka baca skrip. Setiap kali hendak mulakan penggambaran, pengarah kena jelaskan kepada saya apa yang dia inginkan. Saya tidak bergantung kepada pemahaman sendiri. Saya percaya sesebuah skrip tidak boleh membuatkan seseorang pelakon faham keseluruhan cerita.
Setiap orang pasti punya pemahaman yang berbeza. Jadi, cara terbaik untuk memuaskan hati pengarah ialah dengan meminta penerangan daripadanya. Seseorang pengarah sudah ada gambaran yang diinginkan. Jadi, rasanya cara saya ini tidak salah. Bukan mahu susahkan pengarah, tetapi mahu puaskan hati mereka,” ulas Sharnaaz tentang tindakannya yang tidak suka membaca skrip.

Persoalannya, adakah Sharnaaz pergi ke set penggambaran tanpa sebarang rujukan atau tidak menghafal skrip? Jawab teman lelaki Shila Amzah ini, dia bukanlah seorang yang tidak rasional. Sebaliknya, dia tetap menghafal dialog yang disediakan.

“Kalau sampai di set baru saya hendak hafal dialog, memanglah tidak patut. Bukan sahaja menyusahkan pengarah, tapi menyusahkan pelakon-pelakon lain. Saya tidaklah seteruk itu. Jadi, jangan salah faham pula,” ujar Sharnaaz lagi.

Sementara itu, Sharnaaz juga mengakui yang dia kini sudah mula memilih tawaran berlakon. Bukan kerana mahu bayaran tinggi, tetapi mahu memilih watak yang sesuai.

“Kalau boleh saya tidak mahu bawa watak yang sama sahaja. Bimbang nanti, penonton bosan melihat karektor saya. Untuk elakkan perkara ini terjadi, saya buat keputusan untuk pilih watak yang benar-benar sesuai dan pelbagai. Saya mahu cuba watak yang mungkin orang tidak terfikir saya boleh bawa. Kalau watak remaja dan jejaka macho saya dah beberapa kali jayakan. Sesekali, biarlah muncul dengan sesuatu yang lain daripada lain. Selain puaskan penonton, ia juga boleh puaskan hati saya,” ujar Sharnaaz.

Bermula 15 Jun, Sharnaaz Ahmad akan menemui penonton di TV3, jam 9.00 malam menerusi drama bersiri terbaru berjudul ‘ Bukan Bidadari’. Drama arahan sutradara, Faisal Ishak ini mengisahkan tentang Inas yang terpaksa mengharungi pelbagai cabaran demi mengecapi sebuah kehidupan mewah. Namun, takdir telah menemukan Inas dengan beberapa orang lelaki yang tidak berhati perut, yang sanggup merosakkannya.

Sharnaaz menggalas watak Ariff, seorang jejaka kaya yang jatuh cinta dengan Inas (Nad Zainal) dan berkahwin dalam usia muda. Jelas Sharnaaz wataknya kali ini tidak sama dengan lakonannya dalam telemovie ‘Ungunya Cinta’. Sebaliknya karektornya lebih tenang dan bersahaja.

SUMBER

10 Batu Yang Unik Di Dunia

Batu-batu yang unik di dunia ini di mana batu yang besar boleh bertenggek di batu yang kecil. Itulah kuasa kebesaran-Nya.

 
 
 
 
 

SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved