Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

PUTERA HARRY DITAWAR RM 31 JUTA BINTANGI FILEM DEWASA

on 30 August 2012


PUTERA HARRY DITAWAR RM 31 JUTA BINTANGI FILEM DEWASA | Porno - pewaris ketiga takhta diraja Britain, Putera Harry bakal menerima RM 31 juta jika beliau bersetuju bintangi sebuah filem oleh syarikat Vivid Entertainment.

Dipetik daripada akhbar New York Daily News, Steve Hirsch selaku penerbit filem dewasa syarikat Vivid Entertainment sudah menghantar surat tawaran kepada Putera Harry dan kini hanya menunggu jawapan beliau. Filem yang ditawarkan itu diberi judul The Trouble with Harry.

“Kami ingin menawarkan anda peluang untuk menjadi seorang ‘putera paling hebat’ sepanjang zaman dengan berlakon di dalam sebuah filem dewasa bajet besar yang menyeronokkan.

“Sudah tentu ‘Little Harry’ (merujuk kepada anggota sulit Putera Harry) juga akan ditampilkan, tetapi saya memberi jaminan skrip filem ini ditulis dengan baik dan ‘Little Harry’ akan dipersembahkan dengan cara paling hebat (bermaksud Harry perlu mendedahkan seluruh tubuh termasuk anggota sulitnya tanpa segan silu),” kata Hirsch yang dipetik akhbar itu.

SHILA AMZAH HANGAT-HANGAT TAHI AYAM DALAM BERTUDUNG


SHILA AMZAH HANGAT-HANGAT TAHI AYAM DALAM BERTUDUNG | Artis Bertudung - Artis yang semakin meningkat namanya ini, Shila Amzah telah mengaktifkan laman Twitter miliknya atas desakan peminatnya.

"Saya sebenarnya sangat sibuk sejak kebelakangan ini dan saya tak sempat untuk melayan peminat di Twitter.

"Tetapi banyak pula respons diterima sehingga saya rasa bersalah dengan peminat. Ada yang suka ada juga yang tak suka. Apa pun, demi peminat saya kembali mengaktifkan Twitter," katanya.

Bagaimanapun, gadis yang berumur 22 tahun ini tidak menafikan cemuhan diterima berikutan penampilannya yang tidak bertudung dalam program raya menjadi antara punca dia menutup akaun Twitternya.

"Saya terima banyak teguran dan kritikan akibat penyiaran itu. Mungkin mereka tidak tahu rakaman itu dilakukan sebelum saya bertudung. Ramai yang menyalahkan saya dan menuduh saya bertudung itu hanya sekadar 'hangat-hangat tahi ayam'. Malah ada yang menganggap saya mempersendakan hijab.

"Sejujurnya saya kecewa dan tertekan dengan apa yang berlaku. Namun saya tidak menyalahkan stesen televisyen dalam situasi ini. Walaupun saya cuba menyepikan diri seketika, namun saya sedar masih ada peminat yang menyokong saya dari belakang," kata buah hati kepada Shanaarz Ahmad ini.

NORISH KARMAN KENA UGUT


NORISH KARMAN KENA UGUT | Artis di 'blackmail' - Artis tanah air, Norish Karman telah diugut oleh seseorang berikutan isu gambar bayinya yang disebarkan di alam maya.

“Pada awal selepas kelahiran Haq, saya memang terfikir bagaimana mahu memperkenalkan Haq kepada khalayak. Cara terbaik adalah dengan mengadakan sambutan ulang tahun pertamanya. Tetapi ada pihak yang terlebih dulu mendahului saya apabila menyebarkan gambar kami, kerana gagal mendapat wang ugutan," ujar Norish Karman mengenai kes ugutan ini.

Walaupun begitu, dia enggan membawa kes tersebut ke mahkamah kerana merasa tindakan itu tidak membawa sebarang faedah.

“Tiada gunanya menyaman orang yang menyebar gambar saya itu kerana mereka bukannya ada duit. Lainlah jika mereka mempunyai banyak duit, sekurang-kurangnya berbaloi juga saya bersusah payah naik-turun mahkamah,” ujarnya.

Pelik!!!! Lebih Sayang Anak Patung Dari Suami


Kisah seorang ibu kepada lima anak, Alice Winstone yang tidak boleh mendapat anak kerana masalah kesihatan, dia tetap berazam memenuhi kediamannya dengan bayi. Wanita berusia 39 tahun itu sangat terdesak untuk menjaga bayi hingga dia membelanjakan puluhan ribu ringgit membeli 50 anak patung bayi yang seolah-olah hidup memenuhi seluruh kediamannya. Namun, perbuatannya itu dilihat agak keterlaluan dan dilihat lebih menyayangi anak patungnya dari suami.

Alice meluangkan selama tujuh tahun dan membelanjakan lebih 12,000 pound (RM58,879) memenuhi kediamannya dengananak patung vinil ‘Reborn Dolls’, walaupun tiga daripada lima anak kandungnya masih tinggal di kediaman sama.

Ketaksubannya pada bayi palsu yang berharga 1,200 pound (RM5,891) setiap satu, menyaksikan dia
membelanjakan 50 pound (RM245) sebulan dan memaksa suaminya yang telah lama menderita, Chris untuk berpindah keluar dari kediaman mereka di Cardigan, Wales Tengah.

Alice membeli bayi palsunya yang pertama, anak patung bergelar Emmy dengan harga 180 pound (RM 883) selepas melihatnya di muka belakang sebuah majalah dan ‘jatuh hati’ dengan anak patung berkenaan.

Alice berkata, walaupun Chris meraguinya, dia hairan kerana berasakan mempunyai ikatan yang rapat dengan anak patung.

Alice diberitahu selepas dia hamilkan anak bongsunya, Jessica, kini 12 tahun, dia mengalami masalah gangguan darah menyebabkan kehamilan seterusnya tidak selamat.

Masalah kesihatan itu turut menyebabkan dia tidak bekerja, sebaliknya menjaga 50 bayi palsu selama 24 jam sehari sejak dia mendapatkan mereka. Alice menukar, mencuci, menidurkan dan memberi makan anak patung berkenaan – malah, membawa beberapa anak patung kegemarannya keluar bersiar-siar dengan kereta.

Dia mengaku lebih suka menjaga anak patungnya daripada melakukan hubungan seks bersama suaminya yang keluar dari kediaman mereka lima tahun lalu ekoran terlalu banyak koleksi anak patung di rumah mereka.

Alice begitu bimbang mengenai keselamatan anak patungnya itu setiap kali anak kandung atau kucingnya berada berdekatan mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved