Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Pelik!!!! Lebih Sayang Anak Patung Dari Suami

on 30 August 2012


Kisah seorang ibu kepada lima anak, Alice Winstone yang tidak boleh mendapat anak kerana masalah kesihatan, dia tetap berazam memenuhi kediamannya dengan bayi. Wanita berusia 39 tahun itu sangat terdesak untuk menjaga bayi hingga dia membelanjakan puluhan ribu ringgit membeli 50 anak patung bayi yang seolah-olah hidup memenuhi seluruh kediamannya. Namun, perbuatannya itu dilihat agak keterlaluan dan dilihat lebih menyayangi anak patungnya dari suami.

Alice meluangkan selama tujuh tahun dan membelanjakan lebih 12,000 pound (RM58,879) memenuhi kediamannya dengananak patung vinil ‘Reborn Dolls’, walaupun tiga daripada lima anak kandungnya masih tinggal di kediaman sama.

Ketaksubannya pada bayi palsu yang berharga 1,200 pound (RM5,891) setiap satu, menyaksikan dia
membelanjakan 50 pound (RM245) sebulan dan memaksa suaminya yang telah lama menderita, Chris untuk berpindah keluar dari kediaman mereka di Cardigan, Wales Tengah.

Alice membeli bayi palsunya yang pertama, anak patung bergelar Emmy dengan harga 180 pound (RM 883) selepas melihatnya di muka belakang sebuah majalah dan ‘jatuh hati’ dengan anak patung berkenaan.

Alice berkata, walaupun Chris meraguinya, dia hairan kerana berasakan mempunyai ikatan yang rapat dengan anak patung.

Alice diberitahu selepas dia hamilkan anak bongsunya, Jessica, kini 12 tahun, dia mengalami masalah gangguan darah menyebabkan kehamilan seterusnya tidak selamat.

Masalah kesihatan itu turut menyebabkan dia tidak bekerja, sebaliknya menjaga 50 bayi palsu selama 24 jam sehari sejak dia mendapatkan mereka. Alice menukar, mencuci, menidurkan dan memberi makan anak patung berkenaan – malah, membawa beberapa anak patung kegemarannya keluar bersiar-siar dengan kereta.

Dia mengaku lebih suka menjaga anak patungnya daripada melakukan hubungan seks bersama suaminya yang keluar dari kediaman mereka lima tahun lalu ekoran terlalu banyak koleksi anak patung di rumah mereka.

Alice begitu bimbang mengenai keselamatan anak patungnya itu setiap kali anak kandung atau kucingnya berada berdekatan mereka.
Ranking: 5

{ 2 ong gedek gedek... read them below or add one }

aswadz said...

laaaa... ingatkan x leh beranak langsung. tp dah ada anak rupa nyer. ni meroyan nama nyer. tahap mental dah nih.


30 August 2012 at 09:07
Unknown said...

mental dah kiok ler nie......
kesian kat laki dia....


30 August 2012 at 09:32
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved