Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

SHILA AMZAH HANGAT-HANGAT TAHI AYAM DALAM BERTUDUNG

on 30 August 2012


SHILA AMZAH HANGAT-HANGAT TAHI AYAM DALAM BERTUDUNG | Artis Bertudung - Artis yang semakin meningkat namanya ini, Shila Amzah telah mengaktifkan laman Twitter miliknya atas desakan peminatnya.

"Saya sebenarnya sangat sibuk sejak kebelakangan ini dan saya tak sempat untuk melayan peminat di Twitter.

"Tetapi banyak pula respons diterima sehingga saya rasa bersalah dengan peminat. Ada yang suka ada juga yang tak suka. Apa pun, demi peminat saya kembali mengaktifkan Twitter," katanya.

Bagaimanapun, gadis yang berumur 22 tahun ini tidak menafikan cemuhan diterima berikutan penampilannya yang tidak bertudung dalam program raya menjadi antara punca dia menutup akaun Twitternya.

"Saya terima banyak teguran dan kritikan akibat penyiaran itu. Mungkin mereka tidak tahu rakaman itu dilakukan sebelum saya bertudung. Ramai yang menyalahkan saya dan menuduh saya bertudung itu hanya sekadar 'hangat-hangat tahi ayam'. Malah ada yang menganggap saya mempersendakan hijab.

"Sejujurnya saya kecewa dan tertekan dengan apa yang berlaku. Namun saya tidak menyalahkan stesen televisyen dalam situasi ini. Walaupun saya cuba menyepikan diri seketika, namun saya sedar masih ada peminat yang menyokong saya dari belakang," kata buah hati kepada Shanaarz Ahmad ini.
Ranking: 5

{ 4 ong gedek gedek... read them below or add one }

wani sc said...

penonton ni biasanya pandai complain je. hehe. takkan tak tau ada rancangan yang dah dirakam beberapa minggu/bulan lebih awal? kesiannn


30 August 2012 at 11:32
Rosalia said...

apa pun biarlah keburukan itu kita tutup dan kebaikan yang kita tunjuk. sebelum berkata-kata kena ah siasat dulu kan? kesian shila hamzah. semoga dia kuat :)


30 August 2012 at 11:35
Unknown said...

kasihan pulak ngan shila.....
biasa la tu dik... sebenarnya ramai tak tahu pasal rakaman nie.... ingat semua live show ker |????? tgk diana amir tu....
byk filem dia yg seksi kuar selepas bertudung..... nak buat camner kan.... tapi alhamdulillah....
perubahan mereka amat positive


30 August 2012 at 12:19
aswadz said...

penonton pun kdg2 otak beku gak, x leh fikir. mulut bertindak dlu sblm otak.


31 August 2012 at 11:43
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved