PEREKA FESYEN TIDAK PUAS HATI DENGAN ALYAH - Dua orang pereka fesyen terkenal tanah air, Hatta Dolmat dan Rizman Ruzaini meluahkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap Alyah yang didakwa tidak memakai baju rekaan mereka.
Kedua dua pereka ini mendakwa yang Alyah meminta mereka untuk mereka persalinan untuk menghadiri Anugerah Planet Muzik 2012, juga untuk persembahan beliau malam itu.
Namun, Alyah sebaliknya tidak memakai persalinan yang telah diberikan tanpa sebarang penjelasan, Hatta Dolmat dan Rizman Ruzaini juga mendakwa tiada permohonan maaf.
Menerusi akaun Twitter beliau, Hatta Dolmat mengatakan yang Alyah seakan ‘mengejar’ beliau untuk baju, tetapi akhirnya tidak dipakai pada majlis anugerah muzik serantau itu.