Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

5 Rahsia Jurujual Kereta Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

on 15 May 2012

Sekadar perkongsian tentang jurujual kereta yg kadang-kadang kita terlepas pandang:

Iklan

Bila diorang (jurujual kereta) menyiarkan iklan kereta, diorang akan letak harga kereta paling murah. Gambar pula akan diletakkan antara koleksi gambar tercantik.

Bila anda telefon diorang, barulah beritahu bahawa kereta itu tiada air bag, tingkap manual, tiada side skirt dan sebagainya. Apa yang penting adalah untuk mendapatkan reaksi pertama anda. Dan kemudian akan lebih mudahlah kerja mereka.

Trade in

Apabila anda cuba trade in kereta anda mesti anda akan bercakap keadaan kereta anda dijaga dengan elok, tiada kerosakan, pemilik seorang yang cermat dan sebagainya. Jurujual kereta hanya sekadar mendengar sahaja leteran anda.

Itupun disebabkan untuk menjaga hati anda. Kalau nak diikutkan, diorg bukan nak dengar sangat pun. Tapi disebabkan anda yang akan membeli diorang wang diaorang ikutkan sahaja. Anda perlu ingat siapa sebenarnya jurujual. Anda atau mereka?

Tawar menawar

Jurujual kereta suka sangat kalau anda tawar menawar dalam masa yang sama cuba trade in kereta anda. Ini amat-amat memudahkan kerja mereka. Jurujual kereta akan lebih fokuskan kebaikan kepada kereta yang anda hendak beli.

Pasal soal harga trade in? diorang ikut saja berapa yang anda nak. Anda bebellah sorang-sorang. Asalkan harga yang anda mintak jangan lebih daripada harga yang diaorang dah set jer. Kalau anda tidak ada kemahiran tawar-menawar dioanrg akan dapat untung lebih sikit. Yang penting anda beli kereta baru.

Maklumat

Sebenarnya time diorang berborak-borak dengan anda, diorg akan jugak test-test anda dengan beberapa soalan tapi sebenarnya anda tidak akan perasan pun itu sebenarnya soalan. Jurujual kereta bukannya apa, diaorang cuma nak tau berapa banyak maklumat yang anda tahu pasal kereta.

Senangla diaorang nak letak harga nanti. Diaorang lagi sukakan kalau banyak maklumat yang anda tidak tahu. Diaorang sentiasa sudi menceritakan semuanya kepada anda. Upah untuk diaorang bercerita tu tak payah kire la, free of charge. Sebab diorang memang gemar bercerita, al-maklumlah jurujual.

Layanan

Kalau anda tengok kat luar diaorang ni mungkin seorang pendiam, tidak banyak cakap, tetapi time jual kereta diorang berubah tu anda faham2 la ye. Diorang cari rezeki. Kalau boleh memang diorg nak layan anda macam raja, nak puji anda kalau boleh biar sampai balik pun tersengeh-sengeh teringat pujian yang diaorang berikan.

Tapi diorang puji sebenarnya bukan ikhlas sangat pun. Anda janganla perasan lebih sangat. Jurujual rela memberi layanan istimewa kepada anda asalkan anda beli kereta daripada diorang.


SUMBER

Lintah Dalam Dubur Kanak Kanak

Seorang murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Kampung Chengal, Ketereh, di sini melalui pengalaman yang mengerikan apabila seekor lintah sebesar ibu jari orang dewasa, masuk ke dalam duburnya ketika menangkap ikan di sebuah paya berdekatan rumahnya.

Mohd. Farhan Adli Mohd. Alpatah, 7, yang berasal dari Kampung Paya Rambai berkata, dia hanya menyedari kehadiran lintah tersebut selepas mengalami pendarahan di duburnya.

"Saya masuk hospital semalam selepas tengok dubur berdarah ketika nak buang air besar dan beritahu keluarga mengenai perkara itu sebelum mendapatkan rawatan di hospital Raja Perempuan Zainab II.

"Sebelum ini, saya dan tiga orang rakan pergi ke sebuah paya berdekatan rumah untuk mencari ikan, namun tak sangka pula ada lintah masuk dalam dubur," katanya.

Kanak-kanak itu dijangka keluar daripada hospital dalam tempoh sehari dua lagi setelah lintah itu berjaya dikeluarkan.


SUMBER

Ayah Lukis Gambar Anaknya Dalam Keadaan Bogel

Pelukis Zhuangping Li yang melukis anak perempuannya menjadi model bogel telah menimbulkan perdebatan panas. Para ahli budaya menyatakan, dari sudut pandang etika, tindakan Li Zhuangping memang salah. Namun si pelukis dan anaknya berkata: "Tidak peduli warna kacamata apa yang dipakai orang lain untuk melihat kami, kami sangat murah hati."

Li Zhuangping adalah seniman Sichuan, sementara anaknya bernama Li Qin. Katanya dia hanya bersedia menjadi model untuk lukisan minyak ayahnya dan "tidak akan menerima" menjadi model dalam bentuk yang seperti filem. Li Zhuangping dan anaknya menjelaskan bahawa ini semata-mata untuk seni. Isteri Li Zhuangping juga setuju dan dia juga mengatakan bahawa dia "cukup iri" pada anak perempuannya. Menurut sang isteri, suaminya telah menggunakan cara yang begitu indah untuk melukiskan dirinya ketika muda.

 

SUMBER

Kerana Suka Cilok Mencilok, Penduduk Kampung Letak Keretanya Atas Pokok

on 14 May 2012

Muak dengan jenaka jiran mereka, mereka telah membuat sesuatu yang mustahil dan tidak disangka. Mereka mengangkat kereta jiran berusia 24-tahun, Zbigniew Filo ke atas pokok willow di Lubczyna, Poland, dan berharap lelaki itu akan mengubah cara dia memandu. Penduduk tetap menutup mulut tentang siapa yang meletakkan kereta Ford Escort itu ke pokok, tetapi telah mengakui bahawa salah satu kereta crane penduduk tempatan dipinjam untuk melaksanakan misi itu.

Jurucakap polis, Marta Pierko mengatakan: "Kami menerima telefon dari seorang lelaki mengatakan keretanya tersangkut di pokok, dan dia menuduh jirannya yang melakukannya. Seseorang berkata : "Lelaki itu patut menerima 'hukuman' itu kerana cara pemanduannya berbahaya dan mungkin dia akan membunuh ramai orang. Mungkin dia akan berfikir dua kali bila memandu dan mengambil lesen memandu jika tidak mahu kejadian ini berlaku lagi."

Sekarang, lelaki itu malu dan telah berjanji untuk mengubah gaya memandu. "Saya mendapatkan pengajaran, tapi saya fikir itu agak keterlaluan," katanya.


SUMBER

Najib Pergi United Kingdom, Takut Nak Bubar Parlimen

Salam sejahtera... khabar angin kencang mengatakan bahawa Najib Tun Razak, Perdana Menteri kita ingin menghadap Agong kita pada hari ini. tetapi berita terbaru yang admin dengar yang berlegar-legar di facebook, Najib sudah pun berlepas ke United Kingdom. Atas urusan apa, tidak pula pihak admin tahu.

Ada juga yang mengatakan beliau ingin 'shopping' sakan bersama isterinya, ada juga yang andaian mengatakan beliau ingin menghadap Ratu Elizabeth mintak 'berkat' dan pelbagai lagi andaian. Walau apa pun alasan, kita tunggu dan lihat jela apa komen Perdana Menteri kita.


p/s: no hard feeling ya y'all!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved