Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Gila!!! Wanita Rela Dibogelkan Semasa On Air Di Konti Radio

on 17 May 2012

Kita terkadang tidak tahu dengan apa yang sedang dilakukan oleh seorang dj radio di sebuah acara di konti, kerana mereka memang tidak kelihatan bukan seperti di kaca televisyen. Dan hanya suaranya saja yang boleh kita dengar.

Tapi pada kesempatan ini, mari kita lihat apa yang sebenarnya terjadi di studio radio ini. Dijamin semua akan terkejut dan mata anda pasti terkeluar dengan ganas!

 
 

SUMBER

Gambar Bulan Madu Awal Ashaari & Scha Al-Yahya Di New York

Pasangan pengantin baru popular, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya telah memilih New York (NYC) sebagai destinasi percutian bulan madu mereka. Mereka akan menghabiskan masa selama 10 hari dengan melawat pelbagai tempat menarik yang ada di sana.

“Pada mulanya kami mahu berbulan madu di Eropah dengan melawat beberapa buah negara di sana, namun disebabkan tempoh bulan madu kami agak singkat maka kami akhirnya sepakat untuk berbulan madu di New York sahaja.

“Perancangan untuk berbulan madu ke Eropah tidak dibatalkan dan mungkin kami hanya akan ke sana pada bulan Disember ini selama dua atau tiga minggu,” kata Awal.

 
 
 

SUMBER

Marvel : The Avengers Kutip Lebih RM 3 Bilion!!!

on 16 May 2012

Admin sendiri tidak tahu sejauh mana kekuatan sebenar filem ini. Adakah dari segi jalan ceritanya, atau kesan khasnya (special effect) atau watak yang ada dalam filem ini kerana penulis sendiri belum sempat menontonnya. Apapun untuk makluman semua, filem The Avengers kini memperoleh kutipan pecah panggung lebih AS$1 bilion (RM3.08 bilion) di seluruh dunia.

Berdasarkan kepada beberapa sumber internet, antaranya laman industri IMDb, filem tersebut memperoleh kutipan sebanyak AS$$1,002,082 (RM3,083,406). Namun menurut agensi Exhibitor Relations yang mengumpulkan jumlah kutipan tiket, filem tersebut mengutip sebanyak AS$207 juta (RM638.3 juta) pada tayangan pembukaan dua minggu lalu menambah kutipan sebanyak AS$103.1 juta (RM317.8 juta) pada hujung minggu lepas di Amerika Utara.

Sinopsis Ringkas Filem The Avengers | Filem arahan Joss Whedon dengan kerjasama pengeluar komik terkenal, Marvel itu diadaptasi daripada komik bersiri paling popular, The Avengers. Ia mengisahkan watak Iron Man, The Incredible Hulk, Thor, Captain America, Hawkeye dan Black Widow mengalahkan kuasa jahat yang diketuai oleh Loki.

 

SUMBER

Penangan Populariti Keluarga Kim Kardashian

Baru-baru ini, saluran Entertainment (E!) membuat keputusan untuk melanjutkan penyiaran kisah kehidupan peribadi dan profesional ahli keluarga Kardashian untuk tempoh tiga tahun lagi. Ia mungkin dilihat sebagai tindakan yang akan mengecewakan beberapa pertubuhan yang sebelum ini dilaporkan telah mengemukakan petisyen bagi mendesak E! menghentikan penyiaran program realiti televisyen itu. Ini kerana menurut mereka, rancangan itu hanya menonjolkan kesombongan, ketamakan, perlakuan seks, kekasaran dan hanya mahu menonjolkan diri keluarga Kardashian sebagai selebriti.

Malah, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama pun dilaporkan tidak mahu dua anak perempuannya menonton rancangan Kardashian itu. Namun, apa sekalipun keluarga Kardashian mempunyai aura dan program realiti melibatkan keluarga tetap menampilkan keghairahan tersendiri, sehingga menjadi kegilaan banyak pihak. Pasti ramai yang tertanya-tanya apa kelebihan dan keistimewaan yang dimiliki keluarga itu sehingga E! sanggup meneruskan rancangan realiti membabitkan keluarga Kardashian untuk tiga musim lagi. Umum mengetahui, kemuncak kisah keluarga itu bermula apabila video membabitkan hubungan seks salah seorang ahli keluarga itu, Kim dengan penyanyi Ray-J didedahkan di Internet pada 2007.

Ia terus menarik minat Ryan Seacrest untuk menerbitkan program realiti Keeping Up with the Kardashian dengan memaparkan kehidupan Kim bersama anggota keluarganya. Kisah keluarga itu pula menjadi semakin menarik apabila perkahwinan mewah Kim dengan Kris Humphries pada tahun lalu yang dikatakan mencecah AS$10 juta (RM30juta) hanya bertahan 72 hari. Di sebalik segala kontroversi yang menyelubungi keluarga itu, tidak boleh dinafikan, mereka sebenarnya layak untuk menikmati kehidupan mewah dan kemasyhuran tersebut.

Ahli keluarga Kardashian iaitu Kim, Kourtney, Rob, Khloe, Odom, Bruce Jenner, Kris, Kendall dan Kylie memenuhi kriteria yang menarik, cukup untuk membuatkan mana-mana penerbit rancangan televisyen menyiarkan rancangan realiti mengenai mereka. Keluarga itu yang sentiasa menjaga keterampilan mereka sebenarnya menjadi tarikan kepada pelbagai lapisan masyarakat, khasnya wanita, dengan remaja perempuan menjadikannya panduan bagaimana untuk kelihatan cantik dan seksi, sekali gus diminati ramai.

Kemasyhuran kehidupan sosial keluarga Kardashian yang boleh disifatkan agak bebas, turut mendapat perhatian lelaki untuk turut menyaksikan rancangan realiti keluarga berkenaan. Kemasyhuran mereka itu pula kini diikuti adik tiri Kim, Kendall dan Kylie yang bukan sahaja sibuk dengan rakaman rancangan realiti Kardashian, malah turut menempa kemasyhuran dalam dunia peragaan dan menjadi model untuk muka depan majalah. Penampilan ibu dan bapa tiri mereka, Bruce Jenner dan Kris juga mendapat perhatian apabila Bruce dikatakan gemar melakukan pembedahan plastik dan memastikan rambutnya tidak kelihatan beruban.

Pihak media juga memainkan peranan memastikan kelangsungan populariti keluarga Kardashian dengan mengaitkan mereka dengan pelbagai kisah cinta termasuk perbalahan. Terbaru, Kim dikatakan sedang hangat bercinta dengan Kanye West apabila penyanyi itu dipercayai meluahkan perasaannya terhadap bintang realiti televisyen itu menerusi single terbarunya, Theraflu. Selain itu, perkahwinan Khloe dengan Odom kini dilaporkan sedang retak berikutan pemain bola keranjang itu 'dibuang' daripada pasukannya.

Bagaimanapun di sebalik kontroversi itu, tiga beradik Kardashian juga bijak mengorak langkah dalam dunia perniagaan apabila bekerjasama dengan syarikat pembuat alat permainan Amerika Syarikat (AS), Mattel untuk menghasilkan anak patung Barbie versi selebriti itu dalam edisi terhad. Keluarga Kardashian juga tidak sekadar muncul di stesen televisyen kerana mereka tegas terhadap syarikat atau pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan bertindak menyaman mereka di mahkamah. Pada 2007, Kim bertindak menyaman Vivid Entertainment sebanyak AS$5 juta (RM15 juta) kerana syarikat itu bertindak membeli klip video adegan seksnya yang tersebar di Internet.

Syarikat jenama pakaian, Old Navy juga disaman kerana menggunakan model yang mirip Kim manakala satu syarikat lain diambil tindakan kerana menjual patung menyerupai dirinya di kedai-kedai serbaneka di Amerika Syarikat. Kerana pakej lengkap keluarga itu, keputusan E! menyambung rancangan realiti televisyen popular itu, untuk tiga musim lagi dilihat ada rasionalnya. Ini kerana, lima daripada 10 rancangan paling banyak ditonton dalam sejarah rangkaian itu melibatkan program Kardashian malah musim keenam drama realiti itu yang disiarkan baru-baru ini ditonton purata tiga juta orang.


SUMBER

Gempar! Akaun Kewangan Negara Kini Sudah Tenat???

Semalam 14 hb Mei 2012, Sk menghadiri satu mesyuarat jabatan di Ibu Negara Kuala Lumpur. Kebiasaannya mesyuarat ini di pengerusikan oleh seorang ketua jabatan yang sebelah paginya membincangkan mengenai kerja-kerja teknikal projek itu dan projek ini, projek-projek pembangunan yang dilaksanakan adalah diseluruh negeri tanah air. Suasana mesyuarat berjalan dengan selesa dan baik.

Selesai waktu rehat sekitar jam 1.30 hari disusuli pulak mesyuarat kedua disebelah petang mengenai peruntukan kewangan mengurus negeri. Mesyuarat ini agak panas apabila pengerusi mengajukan pelbagai soalan kepada ahli-ahli mesyuarat mengenai peruntukan yang diberikan tapi masih lagi tidak dibelanjakan. Soalan yang diajukan oleh pengerusi kebanyakan dapat dijawab dan dapat diselesaikan namun ada juga beberapa waran peruntukan yang diberikan masih tidak dibelanjakan oleh negeri masing-masing dan peruntukan tersebut terpaksalah ditarik balik.

Dalam kerancakkan perbincangan dan kehangatan pelbagai isu yang dibangkitkan, tiba-tiba pengerusi ada menyebut :

“tahukah kamu semua, MOF (Kementerian Kewangan) kini tenat” ketika itu semua terdiam seketika.

“Saya bersusah payah turun naik MOF untuk memohon peruntukan yang kamu semua mohon tapi bila dapat kamu tidak belanjakan”.

Untuk makluman semua, peruntukan yang diterima oleh suatu agensi kerajaan perlulah dibelanjakan semaksima yang boleh pada perkara yang perlu. Kepada mereka dikalangan kakitangan kerajaan memang dah maklum perkara ini.

“Kamu semua tahu tak, sekarang ni kerajaan pusat dah tak ada duit untuk belanja. Saya di maklumkan kementerian dah ambil langkah untuk menggadaikan tanah negara semata-semata nak tampung belanja, saya sebenarnya dah takut bila pegawai kementerian bagitau benda ni” ujar pengerusi tersebut.

“Apa yang PM umum untuk bagi tu bagi ni semuanya umum sahaja. Lepas pilihanraya ni kita akan lagi akan teruk sebab kerajaan tak ada duit. Mungkin permohonan bajet kita lepas ni tidak akan dapat sebanyak sekarang, saya dah bocor rahsia hari ni, tapi tak apa lah” sambungnya sambil meneruskan agenda mesyuarat sehingga selesai.

Apa yang di dedahkan oleh ketua jabatan itu sebenarnya memang benar. Kalau sebelum ini sudah banyak kali ahli politik pembangkang mengungkitkan perkara ini di setiap program ceramah-ceramah Pakatan rakyat. Sudah berbuih mulut ahli politik menerangkan tindakan menggadai tanah rizab negara oleh PM Najib selaku Menteri yang bertanggungjawab keatas Kementerian Kewangan sekarang. Kalau rakyat tak nak percaya maklumat yang disampaikan oleh golongan politik tak apa, tapi maklumat yang disampaikan sendiri oleh pegawai berkaitan adakah kita tak nak percaya? Adakah nak tunggu negara kita tergadai dan merempat barulah kita percaya. Nasi sudah menjadi bubur.

Sikap berbelanja boros, penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa menteri yang bertanggungjawab ini adalah faktor utama sehingga menyebabkan akaun negara berada dikedudukan yang amat tenat. Pemberian BR1M, Bonus tahunan atau imbuhan untuk warga FELDA RM15,000.00 yang sepatutnya untuk hujung tahun dan bermacam-macam lagi imbuhan, semua ini adalah umpan cacing yang akan dicangkuk di mata kail.

Walaupun Ketua Jabatan tersebut tidak menceritakan tanah kawasan mana yang menjadi mangsa kerakusan Menteri Kewangan ini dan Jika ditakdirkan kerajaan tidak dapat menebus kembali tanah yang dipajakgadai tersebut, apa akan terjadi seterusnya kepada negara kita?

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved