Lebih Gosip Bersama katakcomel.my

Marvel : The Avengers Kutip Lebih RM 3 Bilion!!!

on 16 May 2012

Admin sendiri tidak tahu sejauh mana kekuatan sebenar filem ini. Adakah dari segi jalan ceritanya, atau kesan khasnya (special effect) atau watak yang ada dalam filem ini kerana penulis sendiri belum sempat menontonnya. Apapun untuk makluman semua, filem The Avengers kini memperoleh kutipan pecah panggung lebih AS$1 bilion (RM3.08 bilion) di seluruh dunia.

Berdasarkan kepada beberapa sumber internet, antaranya laman industri IMDb, filem tersebut memperoleh kutipan sebanyak AS$$1,002,082 (RM3,083,406). Namun menurut agensi Exhibitor Relations yang mengumpulkan jumlah kutipan tiket, filem tersebut mengutip sebanyak AS$207 juta (RM638.3 juta) pada tayangan pembukaan dua minggu lalu menambah kutipan sebanyak AS$103.1 juta (RM317.8 juta) pada hujung minggu lepas di Amerika Utara.

Sinopsis Ringkas Filem The Avengers | Filem arahan Joss Whedon dengan kerjasama pengeluar komik terkenal, Marvel itu diadaptasi daripada komik bersiri paling popular, The Avengers. Ia mengisahkan watak Iron Man, The Incredible Hulk, Thor, Captain America, Hawkeye dan Black Widow mengalahkan kuasa jahat yang diketuai oleh Loki.

 

SUMBER
Ranking: 5

{ 6 ong gedek gedek... read them below or add one }

Unknown said...

filem nie best....cuma melerek sikit.... kekadang bosan.... sebab terlalu panjang.....


16 May 2012 at 23:46
Hanim Irsyad said...

citer ney best sebab ade hulk :) hehe


17 May 2012 at 00:00
shahrazali said...

cite ni biasa2 jek pasal lawan2,,,yg baik menang,,yg jahat kalah....yg best sebab byk part kelakar...


17 May 2012 at 05:48
duan said...

cerita ni best bila hujung-hujung..cuma masa mula2 je kawan boleh tertido tengok cite ni. pape pon cite ni memang terbaik sangat la..huhuhu


17 May 2012 at 08:26
rAIHan said...

sob sob tak tgk lagi~
TT_TT


17 May 2012 at 09:18
yusuflaili(Goku) said...

Belum tonton lagi..


18 May 2012 at 10:19
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
© katak comel All Rights Reserved